Sabtu, April 7

Perutusan Hati - Cinta, Jodoh dan Rezeki

Alhamdulillah tahun ni umur ana cukup 18 tahun, tahun ni ana belajar banyak mengenai hati.

~ Ana dah faham dah macam mana rasa suka, sayang, cinta itu mula tumbuh dan mekar dalam hati ni dan ana  dahpun tahu yang cinta dan sayang tu boleh dibunuh dengan sedikit racun benci. 

Ya! Kita kena tahu serba sedikit keburukan lelaki atau perempuan tu supaya ia mampu menjadi racun yang ampuh untuk membunuh rasa cinta yang sudah mulai kembang membiak di dalam hati.

~ Jika tak dibunuh, takut kita pula yang mati rasa... kalau cinta dan sayang itu tumbuh atas dasar dan tapak cinta yang suci tak mengapa tapi, kalau ia tumbuh atas dasar yang kurang suci a.k.a haram seperti couple... Emm maaf! Ana takkan terima semua yang ni macam punya! Bukan apa ana nak jaga hati.. takut hanya jadi kotor dek kerana melayan perasaan yang indah ini... 

Ya, melayan rasa hati pada tempat dan orang yang salah...

~ Rasanya tak ada orang yang bercouple berdoa macam ni, 
“Ya Allah, berkatilah dan mekarkanlah rasa cinta kami ini di bawah lindungan redha-Mu, ya Allah... kalau orang bertunang mungkinlah ada doa macam ni terutama orang yang dah hampir-hampir sangat nak diijab kabulkan... kalau orang dah berkahwin lagilah selalu doa-doa macam ni baru berkat rumah tangga... Ya! Terlalu berkat di bawah naungan redha Illahi...

~ Kalau ada orang bercouple doa macam ni, baik dia orang nikah jewla... 
Nampak sangat dah sedia dan dah ikhlas dah tu, 
nak menerima cinta dan kasih sayang daripada insan yang BAKAL bergelar suami atau isteri...
Tak yahlah couple beriya-iya,

***** Kalau betul dia jodoh kamu, kamu kena yakin dengan perkara itu! 
Kalau dia bukan jodoh kamu !
Mungkin Allah telah sediakan jodoh yang terbaik untuk kamu di syurga nanti
Jika, kamu tidak mendapatnya di dunia.... tak begitu READERS?

~ Bukankah jodoh, ajal, maut, rezeki.... Allah dah tentukan di Luh Mahfuz sejak azali lagi, jadi kita sebagai seorang muslim kenalah yakin dengan sepenuh hati semua perkara ni...

~ Kalau orang bercouple tu kata, “ bercouple ni suatu usaha untuk mendekatkan lagi jodoh” Rasanya usaha atas dasar ni memang salah.... kalau betul dia jodoh kita, kita memang dah boleh rasa dah semua ni sejak awal-awal lagi pertemuan kita lagi... 

Ya, sebab tu kita kena jaga hati, supaya hati tidak memberikan signal yang salah kepada minda...Kita biasa dengar orang kata, “Dari mata turun ke hati”.... 

Ya, cinta tu datang dan akan berputik sendiri dengan hanya memandang orang itu sekali.... 
Ana ulang lagi, dengan SEKALI pandang sa.... ha.... ja...., semuanya boleh jadi... 

Mudahnya cinta itu sebenarnya! Alangkah, indahnya dan amannya dunia kalau semua orang boleh mengerti hal ni... tak adalah kes buang bayi sana sini... tak adalah kes lari rumah... alah, murtad pun ada.... sebab cinta manusiawi ni...

Jijiknya cinta, bila semua ini terjadi... padahal cinta itu fitrah dan fitrah itu suci...

Jodohku yang pasti ialah mati... Jika tak sempatku merasai jodoh manusiawi, sekurang-kurangnya sempatku mempersiapkan diri untuk menghadapi jodohku yang pasti. Mensolehkan diri menjadi hamba abdi kepada Allah, Tuhan sekalian Alam.

~~~~~ Ana bagi tips mudah tentang usaha dalam mencari jodoh dan rezeki............. 
Jodoh tu sebenarnya tak payah nak dicari-cari sangat tapi, usahanya kenalah ada.....

Antara usaha dalam mendapatkan jodoh:

~~~ FIRSTLY.... first impression kena jaga, pakaian biarlah kemas... alah, baju kuno atau lama pun boleh jadi cantik kalau korang pandai gayakannya... dah tahu baju buruk pakailah tudung cantik sikit... Lagipun, tak baik TABARRUJ, menayang-nayangkan a.k.a berhias diri serta kecantikan kepada bukan muhrim/mahram.. 
KEKEMASAN lebih penting, rasanya..... jika nak dibandingkan dengan kecantikan.... Tak begitu READERS?

~~~ SECONDLY, baiki hati... jodoh lambat bukan apa, itu maksudnya Allah nak bagi yang terbaik untuk kita.. Jadi, sementara tak dapat lagi tu, banyak-banyakkan berdoa dan beristighfar... perbaki diri..... manalah tahu Allah sengaja buat semua ni sebab nak uji keimanan kita padanya... Baiki hati, pasti cahaya iman akan berseri di mukamu nanti... lelaki atau perempuan mana yang tak tertarik pada seri kita tu nanti... Kalau dah jodoh tak ke manakan?

~~~ LASTly... OKEY, cuba amalkan doa ni, Ustaz Wahid yang bagi doa ni hari tu ................................
Orang sibuk sembahyang hajat nak periksa tapi, dia sibuk bagi motivasi supaya kami warga SMAW  jadi manusia yang berjaya dunia akhirat.. Bagus! Barulah seimbang, berjaya dunia akhirat !

اللهم اررقني روجا صالحا وجميلا وراکيا         (Readers perempuan baca & amalkan yang ni)

اللهم اررقني روجتا صالحتا وجميلتا وراکيتا     (Readers lelaki baca dan amalkan yang ni)

* Aik, mana pergi titik huruf Zal ni ?

~~~~~ Cara bacaan: Allah,hum,mar   zuq,ni   zau,jan/zau,ja,tan.... so,li,han/so,li,ha,tan.... wa ja,mii,lan / ja,mii,la,tan..... wa za,kiy,yan/za,kiy,ya,tan....

***** Maksud doa ni : Ya Allah kurniakanlah padaku (suami/isteri).... yang (soleh/solehah)...... dan yang (kacak/cantik)..... serta yang (bijaksana/bijaksana)....

* Baca dan amalkan dengan penuh keyakinan bahawa jika benar Allah dah tentukan dia jodoh kita tak ke mana.... Allah dah tulis semua tu di Luh Mahfuz jadi TAWAKAL sajalah pada-Nya......... lepas dah amalkan semua tips ni OKEY!

Ustaz Wahid ada cerita lagi sebenarnya pasal cinta ni... Alah, ana tengok ada dah readers yang tergedik-gedik nak tahu dah tu... eleh2 ciannya... meh sini.... ana bagitahu....
Ana dah tak berapa ingat sangat dah sebenarnya, cerita tu..... but I will try my best OKEY!

CERITA CINTA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, ceritanya lebih kurang macam ni... Ada seorang Ustaz kalau tak silap ana, kawan baik juga dengan Ustaz Wahid tu.... Ustaz Wahid datang rumah dia... tiba-tiba, ternampak isteri dia... Molek sungguh isteri dia tu! Muda lagi, cantik, ada agama pula tu... Alah, packagelah katakan.... Ustaz Wahid pun ngeceklah macam mana mereka boleh jumpa padahal, dia tu boleh dikatakan bujang terlajak jugalah... kawin-kawin dapat isteri... Pergh! Cun melecun, anak dara sunti lagi tu....

Kawan ustaz Wahid tu pun mulalah buka cerita... Cerita cinta mereka berputik di Tanah Suci, mereka bertentangan mata dalam lif... Tak mudoh! Cinta pandang pertama okey! Ustaz yang bertuah tu hanya sempat tengok perempuan tu senyum dan tak sempat nak tanya atau kata apapun pada perempuan tu... Lif pun dah sampai tingkat yang dikehendaki, mereka pun keluar itulah kali pertama dan kali terakhir mereka berjumpa... ROMANTIKnya...

Ustaz tu pun mulalah menyimpan rasa di dalam hati, cinta yang mekar lagi suci itu tak sempat terungkap pada wanita itu tetapi kekal di dalam hati sehingga dalam doa serta seraya hatinya memohon pada Illahi.... dipertemukan jodohnya dengan perempuan ini...
Ya! Doa yang ana bagi tadi tu.... READERS! Ingat ya, amalkan doa tu selalu...

Hampir belasan tahun menanti jodohnya dipertemukan Illahi, ustaz tu tak pernah berhenti berdoa... setiap kali solat pasti dia mendoakan cintanya itu.... Suatu hari, ada lagi seorang ustaz ni... Ustaz ni kira macam seniorlah juga, ajak Ustaz yang bertuah tu datang rumah dia... Ustaz yang bertuah tu pun, datanglah ke rumah dia macam yang disuruh... 

Mula-mula, kakinya melangkah di rumah itu... hatinya, biasa-biasa sahaja.... Alah, macam pergi rumah orang lain tapi, bila Ustaz senior tadi panggil nama anak gadisnya dan anak gadisnya muncul di muka pintu... Mulalah, ustaz Bertuah tu malu a.k.a terkejut seraya bertanya, “Lah, ni anak ustaz ke?”..... Anak gadis ustaz tu pula hanya tersenyum dan tunduk tersipu-sipu malu ternampak Ustaz tu... Eleh, perempuan tu senyum sebab malu OKEY! Ceh, sweet giler!

Ustaz bertuah tu betul-betul tak percaya yang perempuan yang dia suka selama ni, rupanya anak Ustaz senior tu... Alah, Allah sengaja lambatkan jodoh Ustaz tu supaya dia dapat CINTA yang lebih SWEET rupanya, bermenantukan anak kenalan sendiri...

Ustaz senior sendiri pelik melihat gelagat mereka berdua, alah orang tua memang faham sangat pasal semua ni... Ustaz tu pun mulalah bertanya lebih kurang macam ni, “Ustaz suka ke anak saya tu... dia tu tak berpunya lagi”.... 


Pucuk dicita ulam mendatang, ibarat orang mengantuk disorongkan BANTAL... Apalagi, bapa mertuaku dah bagi LIGHT GREEN, jalanlah... Begitulah kisah cinta mereka... SWEET, kan?

Itulah orang kata cinta dan rindu itu kalau dipendam lagi manis jadinya.... Cinta tak perlu diluahkan sekarang ni.... Kalau betul masa dan ketikanya.... Kalau hati kedua-duanya dah bersedia nak memberi komitmen....Terutama yang LELAKI.... Terus jewlah kawin!

Cinta pandang pertama tu... Biarlah mekar hanya pada suami atau isteri kita sahaja....  Orang yang paling wajar dan tepat sekali untuk kita memberi cinta itu.... Barulah sweet kalau dah betul-betul rasmi nanti....


Ni belum apa-apa dah banyak sangat kita tahu tentang dia, bila dah kawin mulalah hilang impress kita dekat dia, mulalah hilang nilai curiosity kita dekat dia.... Ewah2, berfalsafah cinta pula ana ni.... Alah jiwa muda memang suka sangat bab-bab cinta ni...

NASIHAT CINTA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi, kalau anak-anak muda, budak-budak sekolah dah mula menggedik nak bercouple tu, orang tua, akak-akak, abang-abang TOLONG kawallah sikit! Takut jadi benda yang bukan-bukan pula lepas ni... 


Alah bukan tak ada budak sekolah umur 10 tahun mengandung dekat Malaysia ni.... Cuma tak ada orang nak heboh-hebohkan dekat TV tu jew...

Tak percaya! Pergilah felda-felda, kawasan yang ceruk-ceruk, lorong-lorong di bandar-bandar raya.... Tengok sendiri macam mana kehidupan mereka dekat sana... Ana bukan nak salahkan mana-mana warga Felda atau nak memburukkan mana-mana pihak 


Tapi, bila duduk tempat-tempat sunyi macam tu... mulalah gatal kaki, tangan ni nak mencari hiburan... nak berhibur dengan FB.... Ha! Susah betul nak dapat line dekat sini... 


Lagipun, kafeteria kurang dekat tempat-tempat macam ni.... Nak pergi. Pergh! Jauh sekaki...

Susah-susah sangat... anak-anak muda mulalah merempit sana-sini, anak-anak dara sunti pun join sekaki bersiar-siar membonceng motor sendiri dengan pakai pakaian yang agak seksi.... 


Kalau bersiar-siar di tengah hari takpe, ni bersiar-siar di senja-senja hari.... 


Emmmm, ana ada experince sendiri tengok perangai masyarakat Felda ni tapi, ana tak boleh nak komen lebih-lebih.... 


Ana tengok tu pun sikit jew, ana tak naklah berpra sangka buruk sesama umat Islam.. 


Maaf kalau penulisan ini mengganggu mana-mana pihak... Sejuta KEMAAFAN sekali lagi dipinta...

Kepada yang masih sudi membaca lagi, 

macam biasa READERS TERUSKAN MEMBACA


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okey, selesai bab JODOH buka pula bab REZEKI.................  

Orang kata, “Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari...” Betullah kata-kata itu tapi kalau dah tahu rezeki tu haram jangan pula nak terima... kalau bersedia dibaham api di akhirat nanti, silakan!

"Orang kata cari rezeki itu susah tapi, bagi ana mudah..." 

"Alah! Awak tu kecik lagi mana tahu apa-apa pasal cari rezeki ni, ni kerja orang tua..."

"Tak kira ana nak cakap juga, pasal rezeki-rezeki ni...."

*** Ana rasanya tak berapa layak nak cerita pasal rezeki-rezeki tapi, ana yakin bahawa rezeki tu kurniaan Illahi... ana tak takut jadi, papa kedana nanti... kerana mungkin waktu itu ana papa kedana... akan datang mana tahu, Allah nak bagi rezeki banyak buat ana, Allah bagi rezeki buat READERS.... tak begitu READERS?

Biasalah Allah pasti akan mendatangkan dulu ujian pada hambanya baru dia beri hambanya itu rezeki yang melimpah ruah.... supaya kita TAK LUPAKAN DIA.....

 (6ان مع العسر يسرا   (الشرح ^..... Allah sendiri dah tegaskan dekat dalam FirmanNYA ini, yang bermaksud: Sesungguh bersama kesulitan ada kemudahan..

Mudah saja, tinggal berusaha dan bertawakal.... YAKINLAH sepenuh hati serta serahkan pada Allah segalanya tentang rezeki ni.... 
DOA jangan lupa !    

" Ana still nak cerita pasal rezeki tapi, STILL ada kaitan pasal cinta tadi.... BOLEH TAK?"

"Tak boleh!"

"Tak kira, ana still nak bagitahu dekat readers ana 


yang setia ni, tentang cerita mengenai REZEKI 


ni... lepas itu, baru ana bagi tips tentang rezeki 


OKEY!"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 "Okey, cuba teka cerita yang ana nak bagitahu ni ada kaitan tentang apa?"

"Cinta!"

"Ha, pandai! Korang memang readers yang setia membaca dan fokus..... Sebenarnya cerita ni tentang KAWIN pulak dah ni... tapi STILL ada kaitan dengan CINTA, kan?

Ahhhh, ana pun  tak pasti... korang bacalah sendiri dan buat penilaian sendiri, okey! Ana akan kaitkan CINTA, KAWIN dengan REZEKI....

READERS jangan putus asa, 


TERUSKAN MEMBACA OKEY!


FIRST STORY:~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di zaman Rasulullah saw, ada seorang pemuda datang mengadu kepada Baginda...Dia mengadu mengenai kemiskinan yang dialami dirinya... Maka, seru Baginda “Berkahwinlah”... Maka, pemuda ini berkahwin dengan seorang wanita. Tetapi, nasibnya tetap sama tidak berubah.

Dia datang lagi menemui Rasullah saw.... Maka, seru Baginda “Berkahwinlah”.... Maka, dia turuti saranan Baginda Rasulullah saw tersebut... tetapi nasibnya tetap tidak berubah...

Dia datang sekali lagi untuk kali ketiga berjumpa Rasullah saw maka, jawapan Baginda saw tetap sama, “Berkahwinlah”... 


Dia tetap yakin dan patuh akan saranan Baginda tersebut tanpa ragu-ragu... Namun, nasibnya tetap sama...

Dia sekali lagi bertemu Rasullah saw.... Maka, jawapan yang diberi tetap sama iaitu, “Berkahwinlah”.... Kali ini, dia berkahwin lagi.... 

Siapa sangka rupanya, wanita yang dia nikahi itu pandai menenun kain maka, diajarnya madu-madunya yang lain menenun kain... Bermulalah titik baru dalam kehidupan mereka dengan menenun kain serta menjualnya... 


Berubahlah nasib pemuda itu kini daripada miskin kepada kaya...

Ya! Semua atas kurnia rezeki daripada Allah... Yang penting kita kena yakin bahawa kalau dah rezeki tak ke mana.... 


Kalau bukan rezeki kita, nasi yang ada dalam mulut pun boleh keluar balik... contohnya, bila tersedak... Tak begitu READERS?

Cerita kedua:~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada seorang pemuda ini, dia sedang belajar di Mesir tetapi, dia masih juga terpaksa tinggal lama di sana.. Bukan kerana, tidak mahu pulang ke tanah air tetapi kerana, dia masih lagi gagal dalam satu paper ni.... 

Dah beberapa kali dia mengambil ujian yang sama tetapi masih juga gagal dalam ujian tersebut... Adalah dalam 5,6 kali, dia ambil ujian tu tapi STILL GAGAL...

Dah sepuluh tahun dia terpaksa tinggal di Mesir, balik Malaysia sekali sekala saja... Maklum, harga tiket mahal!

Nak dipermudahkan cerita, emaknya telah memilih dan meminangkan seorang gadis untuknya... Maka, berkahwinlah mereka berdua...

Tup, tup... bila periksa sekali lagi, dia lulus pula..


Dah rezeki, isteri dialah tu! Tak payah lama-lama berjauhan daripada dia... tak payah nak pergi Mesir susah-susah naik FLIGHT, melawat si suami... Ana tak pastilah kenapa dia tiba-tiba boleh lulus pula kali ni... tapi, yang pasti MUNGKIN ada kaitannya dengan kahwin? 

READERS fikirlah sendiri dan kaitkan dengan STORY pertama tadi, OKEY!


THIRD STORY:~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Cerita ni mengenai bapa saudara ana sendiri... Kisahnya macam ni, dia dah habis belajar di universiti dan dah pun mendapat segulung IJAZAH tapi, kerja tak ada... Pengganggurlah jadinya.... 

Ada seorang kenalan perempuan dia ni... perempuan seorang ni pensyarah dekat sebuah universiti... zaman tu, pensyarah guna IJAZAH jew lagi... Perempuan tu kiranya berminat dekat bapa saudara ana ni... 


Nak dimudahkan cerita, perempuan ni ajaklah bapa saudara ana ni berkahwin maka, berkahwinlah mereka berdua!

Kiranya isteri tanggung suamilah ya!

Ya, lebih kurang macam tulah... rasanya... Dah beberapa lama berkahwin, isteri bapa saudara ana ni ajaklah bapa saudara ana ni sambung belajar lagi, ambil SARJANA pula kali ni... Tamat sahaja belajar, belum konvensyen pun lagi mereka berdua ni dah pun dipanggil bekerja jadi pensyarah dekat universiti...

Rezeki, kan READERS? Readers rasa macam mana hidup mereka sekarang ni?

Okey, sekarang ni bapa saudara ana tu sedang sambung belajar ambil PhD dekat salah sebuah universiti di Durham, UK.... memang rezeki dia.... 

Mula-mula, mengganggur tapi, STILL ada perempuan yang minat dekat dia...Lepas tu, siap tanggung nafkah zahir lagi tu...Kemudian, ajak sambung belajar pula lepas tu....Siap tolong bantu mana yang patut supaya dapat biasiswa sambung belajar nanti...

Dan, sekarang ni mereka sekeluarga dah pun tinggal dekat Durham, UK atas dasar mengikuti suami atau ayah belajar di sana... 

Bukan dapat elaun belajar saja taw READERS??? Siap dapat elaun untuk Baby Sitter sekali.. 


Tak payah isteri dia susah-susah nak jaga anak mereka yang tiga orang tu... Bertuah sungguh tuan empunya badan!

Doa-doalah ya! Semoga kita semua dimurahkan rezeki.... 

#### Itulah gunanya seorang isteri, bijak mengeksploitasi kebolehan dan kelebihan suami, sentiasa nampak kebaikan suami walaupun tersembunyi, tak pernah bersungut mengenai kekurangannya walaupun sekali, menjadi pendokong dan pembakar motivasi saat si suami lemah....

Jadi, READERS yang belum kahwin tu... nanti cari isteri, carilah yang ada agama okey!

Rupa tak penting, yang penting hati... Hati kalau dah ikhlas, sanggup jew redah lautan api penderitaan serta pahit maung kehidupan bersama suami.... 

Alah, tergedik pulak ana ni! Tiba-tiba, cerita pasal ciri-ciri isteri mithali. Emmm, maaf!

Cukuplah story pasal cinta,kawin,jodoh&rezeki...



Tips mengenai REZEKI ada disediakan di bawah
Kepada READERS yang BERMINAT, bolehlah baca AMBIL POIN-POIN PENTING SAHAJA Malas koi nak paksa-paksa READERS membaca hasil tulisan koi yang memang panjang menjela ni......


Allah S.W.T. telah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 1.Menyempatkan diri beribadah               2.Memperbanyakkan istighfar                                                                  3.Tinggalkan perbuatan dosa                   4. Sentiasa ingat Allah S.W.T.                                                                                                  5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa        6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah                                          7.Tunaikan hajat orang lain                      8.Banyak berselawat                                                                     9.Banyakkan berbuat kebajikan              10.Berpagi-pagi                                                                         11.Menjalinkan silaturrahim                   12.Melazimi kekal berwuduk                                                            13.Bersedekah                                             14.Melazimi solat malam (tahajjud                                                            15.Melazimi solat Dhuha                            16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.  
17. Berdoa                                                      18.Berikhtiar sehabisnya                                                                   19.Bertawakal                                               20.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.

Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. 
Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."
*** Baca ayat seribu dinar, surah al-Mulk....
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam. *****************************************************************************.                                                               


Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.
Artikel iluvislam.com 
Sumber Asal : Majalah ANIS


Allahua'lam... Yang benar, best stud celup.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam

tajuk entry menarik tapi jadi kurang berminat nak membaca sebab saiz font yg ada kecil ada besar. apa kata kalau saiz tu konsisten je kan lebih elok. :)

saya 1269

Unknown berkata...

Maaf akan diperbaiki...entry ini akan disingkatkan utk memudahkan pembaca....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...