Alhamdulillah tahun ni umur ana
cukup 18 tahun, tahun ni ana belajar banyak mengenai hati.
~ Ana dah faham dah macam mana rasa suka, sayang, cinta itu mula tumbuh dan mekar dalam hati ni dan ana dahpun tahu yang cinta dan sayang tu boleh dibunuh
dengan sedikit racun benci.
Ya! Kita kena tahu serba sedikit keburukan lelaki
atau perempuan tu supaya ia mampu menjadi racun yang ampuh untuk membunuh rasa
cinta yang sudah mulai kembang membiak di dalam hati.
~ Jika tak dibunuh, takut kita pula yang
mati rasa... kalau cinta dan sayang itu tumbuh atas dasar dan tapak cinta yang
suci tak mengapa tapi, kalau ia tumbuh atas dasar yang kurang suci a.k.a haram
seperti couple... Emm maaf! Ana takkan terima semua yang ni macam punya! Bukan
apa ana nak jaga hati.. takut hanya jadi kotor dek kerana melayan perasaan
yang indah ini...
Ya, melayan rasa hati pada tempat dan orang yang salah...
~ Rasanya tak ada orang yang
bercouple berdoa macam ni,
“Ya Allah, berkatilah dan mekarkanlah rasa cinta
kami ini di bawah lindungan redha-Mu, ya Allah... kalau orang bertunang
mungkinlah ada doa macam ni terutama orang yang dah hampir-hampir sangat nak
diijab kabulkan... kalau orang dah berkahwin lagilah selalu doa-doa macam ni baru
berkat rumah tangga... Ya! Terlalu berkat di bawah naungan redha Illahi...
~ Kalau ada orang bercouple doa
macam ni, baik dia orang nikah jewla...
Nampak sangat dah sedia dan dah ikhlas
dah tu,
nak menerima cinta dan kasih sayang daripada insan yang BAKAL bergelar
suami atau isteri...
Tak yahlah couple beriya-iya,
***** Kalau betul dia jodoh kamu,
kamu kena yakin dengan perkara itu!
Kalau dia bukan jodoh kamu !
Mungkin Allah
telah sediakan jodoh yang terbaik untuk kamu di syurga nanti
Jika, kamu tidak
mendapatnya di dunia.... tak begitu READERS?
~ Bukankah jodoh, ajal, maut,
rezeki.... Allah dah tentukan di Luh Mahfuz sejak azali lagi, jadi kita sebagai seorang muslim kenalah yakin dengan sepenuh hati semua perkara ni...
~ Kalau orang bercouple tu kata, “
bercouple ni suatu usaha untuk mendekatkan lagi jodoh” Rasanya usaha atas dasar
ni memang salah.... kalau betul dia jodoh kita, kita memang dah boleh rasa dah
semua ni sejak awal-awal lagi pertemuan kita lagi...
Ya, sebab tu kita kena jaga
hati, supaya hati tidak memberikan signal yang salah kepada minda...Kita biasa
dengar orang kata, “Dari mata turun ke hati”....
Ya, cinta tu datang dan akan
berputik sendiri dengan hanya memandang orang itu sekali....
Ana ulang lagi,
dengan SEKALI pandang sa.... ha.... ja...., semuanya boleh jadi...
Mudahnya
cinta itu sebenarnya! Alangkah, indahnya dan amannya dunia kalau semua orang
boleh mengerti hal ni... tak adalah kes buang bayi sana sini... tak adalah kes
lari rumah... alah, murtad pun ada.... sebab cinta manusiawi ni...
Jijiknya
cinta, bila semua ini terjadi... padahal cinta itu fitrah dan fitrah itu
suci...
~~~~~ Ana bagi tips mudah
tentang usaha dalam mencari jodoh dan rezeki.............
Jodoh tu sebenarnya tak payah nak
dicari-cari sangat tapi, usahanya kenalah ada.....
Antara usaha dalam
mendapatkan jodoh:
~~~ FIRSTLY.... first impression kena jaga, pakaian biarlah
kemas... alah, baju kuno atau lama pun boleh jadi cantik kalau korang pandai
gayakannya... dah tahu baju buruk pakailah tudung cantik sikit... Lagipun, tak
baik TABARRUJ, menayang-nayangkan a.k.a berhias diri serta kecantikan kepada
bukan muhrim/mahram..
KEKEMASAN lebih penting, rasanya..... jika nak dibandingkan dengan kecantikan.... Tak begitu READERS?
KEKEMASAN lebih penting, rasanya..... jika nak dibandingkan dengan kecantikan.... Tak begitu READERS?
~~~ SECONDLY, baiki hati... jodoh lambat
bukan apa, itu maksudnya Allah nak bagi yang terbaik untuk kita.. Jadi,
sementara tak dapat lagi tu, banyak-banyakkan berdoa dan beristighfar...
perbaki diri..... manalah tahu Allah sengaja buat semua ni sebab nak uji
keimanan kita padanya... Baiki hati, pasti cahaya iman akan berseri di mukamu
nanti... lelaki atau perempuan mana yang tak tertarik pada seri kita tu nanti... Kalau dah jodoh tak ke manakan?
~~~ LASTly... OKEY, cuba amalkan doa ni,
Ustaz Wahid yang bagi doa ni hari tu ................................
Orang sibuk sembahyang hajat nak
periksa tapi, dia sibuk bagi motivasi supaya kami warga SMAW jadi manusia yang berjaya dunia akhirat..
Bagus! Barulah seimbang, berjaya dunia akhirat !
اللهم اررقني روجا صالحا وجميلا وراکيا (Readers perempuan baca & amalkan yang ni)
اللهم اررقني روجتا صالحتا وجميلتا وراکيتا (Readers
lelaki baca dan amalkan yang ni)
* Aik, mana
pergi titik huruf Zal ni ?
~~~~~ Cara
bacaan: Allah,hum,mar zuq,ni zau,jan/zau,ja,tan.... so,li,han/so,li,ha,tan.... wa
ja,mii,lan / ja,mii,la,tan..... wa za,kiy,yan/za,kiy,ya,tan....
***** Maksud
doa ni : Ya Allah kurniakanlah padaku (suami/isteri).... yang (soleh/solehah)...... dan yang (kacak/cantik)..... serta yang (bijaksana/bijaksana)....
* Baca dan
amalkan dengan penuh keyakinan bahawa jika benar Allah dah tentukan dia jodoh
kita tak ke mana.... Allah dah tulis semua tu di Luh Mahfuz jadi TAWAKAL sajalah pada-Nya......... lepas dah amalkan semua tips ni OKEY!
Ustaz
Wahid ada cerita lagi sebenarnya pasal cinta ni... Alah, ana tengok ada dah
readers yang tergedik-gedik nak tahu dah tu... eleh2 ciannya... meh sini....
ana bagitahu....
Ana dah tak
berapa ingat sangat dah sebenarnya, cerita tu..... but I will try my best OKEY!
CERITA CINTA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ok,
ceritanya lebih kurang macam ni... Ada seorang Ustaz kalau tak silap ana, kawan
baik juga dengan Ustaz Wahid tu.... Ustaz Wahid datang rumah dia... tiba-tiba,
ternampak isteri dia... Molek sungguh isteri dia tu! Muda lagi, cantik, ada
agama pula tu... Alah, packagelah katakan.... Ustaz Wahid pun ngeceklah macam
mana mereka boleh jumpa padahal, dia tu boleh dikatakan bujang terlajak
jugalah... kawin-kawin dapat isteri... Pergh! Cun melecun, anak dara sunti lagi
tu....
Kawan ustaz Wahid
tu pun mulalah buka cerita... Cerita cinta mereka berputik di Tanah Suci,
mereka bertentangan mata dalam lif... Tak mudoh! Cinta pandang pertama okey!
Ustaz yang bertuah tu hanya sempat tengok perempuan tu senyum dan tak sempat
nak tanya atau kata apapun pada perempuan tu... Lif pun dah sampai tingkat yang
dikehendaki, mereka pun keluar itulah kali pertama dan kali terakhir mereka
berjumpa... ROMANTIKnya...
Ustaz tu pun mulalah menyimpan rasa di dalam hati,
cinta yang mekar lagi suci itu tak sempat terungkap pada wanita itu tetapi
kekal di dalam hati sehingga dalam doa serta seraya hatinya memohon pada
Illahi.... dipertemukan jodohnya dengan perempuan ini...
Ya! Doa yang ana bagi
tadi tu.... READERS! Ingat ya, amalkan doa tu selalu...
Hampir belasan
tahun menanti jodohnya dipertemukan Illahi, ustaz tu tak pernah berhenti
berdoa... setiap kali solat pasti dia mendoakan cintanya itu.... Suatu hari,
ada lagi seorang ustaz ni... Ustaz ni kira macam seniorlah juga, ajak Ustaz
yang bertuah tu datang rumah dia... Ustaz yang bertuah tu pun, datanglah ke
rumah dia macam yang disuruh...
Mula-mula, kakinya melangkah di rumah itu...
hatinya, biasa-biasa sahaja.... Alah, macam pergi rumah orang lain tapi, bila
Ustaz senior tadi panggil nama anak gadisnya dan anak gadisnya muncul di muka
pintu... Mulalah, ustaz Bertuah tu malu a.k.a terkejut seraya bertanya, “Lah, ni
anak ustaz ke?”..... Anak gadis ustaz tu pula hanya tersenyum dan tunduk
tersipu-sipu malu ternampak Ustaz tu... Eleh, perempuan tu senyum sebab malu
OKEY! Ceh, sweet giler!
Ustaz
bertuah tu betul-betul tak percaya yang perempuan yang dia suka selama ni,
rupanya anak Ustaz senior tu... Alah, Allah sengaja lambatkan jodoh Ustaz tu
supaya dia dapat CINTA yang lebih SWEET rupanya, bermenantukan anak kenalan
sendiri...
Ustaz senior
sendiri pelik melihat gelagat mereka berdua, alah orang tua memang faham sangat
pasal semua ni... Ustaz tu pun mulalah bertanya lebih kurang macam ni, “Ustaz
suka ke anak saya tu... dia tu tak berpunya lagi”....
Pucuk dicita ulam mendatang, ibarat orang mengantuk disorongkan BANTAL... Apalagi, bapa mertuaku dah bagi LIGHT GREEN, jalanlah... Begitulah kisah cinta mereka... SWEET, kan?
Pucuk dicita ulam mendatang, ibarat orang mengantuk disorongkan BANTAL... Apalagi, bapa mertuaku dah bagi LIGHT GREEN, jalanlah... Begitulah kisah cinta mereka... SWEET, kan?
Itulah orang
kata cinta dan rindu itu kalau dipendam lagi manis jadinya.... Cinta tak perlu
diluahkan sekarang ni.... Kalau betul masa dan ketikanya.... Kalau hati
kedua-duanya dah bersedia nak memberi komitmen....Terutama yang LELAKI....
Terus jewlah kawin!
Cinta
pandang pertama tu... Biarlah mekar hanya pada suami atau isteri kita
sahaja.... Orang yang paling wajar dan
tepat sekali untuk kita memberi cinta itu.... Barulah sweet kalau dah
betul-betul rasmi nanti....
Ni belum apa-apa dah banyak sangat kita tahu tentang dia, bila dah kawin mulalah hilang impress kita dekat dia, mulalah hilang nilai curiosity kita dekat dia.... Ewah2, berfalsafah cinta pula ana ni.... Alah jiwa muda memang suka sangat bab-bab cinta ni...
Ni belum apa-apa dah banyak sangat kita tahu tentang dia, bila dah kawin mulalah hilang impress kita dekat dia, mulalah hilang nilai curiosity kita dekat dia.... Ewah2, berfalsafah cinta pula ana ni.... Alah jiwa muda memang suka sangat bab-bab cinta ni...
NASIHAT CINTA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadi, kalau
anak-anak muda, budak-budak sekolah dah mula menggedik nak bercouple tu, orang
tua, akak-akak, abang-abang TOLONG kawallah sikit! Takut jadi benda yang
bukan-bukan pula lepas ni...
Alah bukan tak ada budak sekolah umur 10 tahun mengandung dekat Malaysia ni.... Cuma tak ada orang nak heboh-hebohkan dekat TV tu jew...
Alah bukan tak ada budak sekolah umur 10 tahun mengandung dekat Malaysia ni.... Cuma tak ada orang nak heboh-hebohkan dekat TV tu jew...
Tak percaya!
Pergilah felda-felda, kawasan yang ceruk-ceruk, lorong-lorong di
bandar-bandar raya.... Tengok sendiri macam mana kehidupan mereka dekat sana...
Ana bukan nak salahkan mana-mana warga Felda atau nak memburukkan
mana-mana pihak
Tapi, bila duduk tempat-tempat sunyi macam tu... mulalah gatal kaki, tangan ni nak mencari hiburan... nak berhibur dengan FB.... Ha! Susah betul nak dapat line dekat sini...
Lagipun, kafeteria kurang dekat tempat-tempat macam ni.... Nak pergi. Pergh! Jauh sekaki...
Tapi, bila duduk tempat-tempat sunyi macam tu... mulalah gatal kaki, tangan ni nak mencari hiburan... nak berhibur dengan FB.... Ha! Susah betul nak dapat line dekat sini...
Lagipun, kafeteria kurang dekat tempat-tempat macam ni.... Nak pergi. Pergh! Jauh sekaki...
Susah-susah
sangat... anak-anak muda mulalah merempit sana-sini, anak-anak dara sunti pun
join sekaki bersiar-siar membonceng motor sendiri dengan pakai pakaian yang
agak seksi....
Kalau bersiar-siar di tengah hari takpe, ni bersiar-siar di senja-senja hari....
Emmmm, ana ada experince sendiri tengok perangai masyarakatFelda ni tapi, ana tak boleh nak komen lebih-lebih....
Ana tengok tu pun sikit jew, ana tak naklah berpra sangka buruk sesama umat Islam..
Maaf kalau penulisan ini mengganggu mana-mana pihak... Sejuta KEMAAFAN sekali lagi dipinta...
Kalau bersiar-siar di tengah hari takpe, ni bersiar-siar di senja-senja hari....
Emmmm, ana ada experince sendiri tengok perangai masyarakat
Ana tengok tu pun sikit jew, ana tak naklah berpra sangka buruk sesama umat Islam..
Maaf kalau penulisan ini mengganggu mana-mana pihak... Sejuta KEMAAFAN sekali lagi dipinta...
* Kepada yang masih sudi membaca lagi,
macam biasa READERS TERUSKAN MEMBACA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Okey,
selesai bab JODOH buka pula bab REZEKI.................
Orang kata, “Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari...”
Betullah kata-kata itu tapi kalau dah tahu rezeki tu haram jangan pula nak
terima... kalau bersedia dibaham api di akhirat nanti, silakan!
"Orang kata
cari rezeki itu susah tapi, bagi ana mudah..."
"Alah! Awak tu kecik lagi mana
tahu apa-apa pasal cari rezeki ni, ni kerja orang tua..."
"Tak kira ana nak cakap
juga, pasal rezeki-rezeki ni...."
*** Ana
rasanya tak berapa layak nak cerita pasal rezeki-rezeki tapi, ana yakin bahawa
rezeki tu kurniaan Illahi... ana tak takut jadi, papa kedana nanti... kerana
mungkin waktu itu ana papa kedana... akan datang mana tahu, Allah nak bagi
rezeki banyak buat ana, Allah bagi rezeki buat READERS.... tak begitu READERS?
Biasalah Allah pasti
akan mendatangkan dulu ujian pada hambanya baru dia beri hambanya itu rezeki
yang melimpah ruah.... supaya kita TAK LUPAKAN DIA.....
(6ان مع
العسر يسرا (الشرح ^..... Allah sendiri dah tegaskan dekat dalam FirmanNYA ini, yang bermaksud: Sesungguh
bersama kesulitan ada kemudahan..
Mudah saja, tinggal berusaha dan
bertawakal.... YAKINLAH sepenuh hati serta serahkan pada Allah segalanya
tentang rezeki ni....
DOA jangan lupa !
" Ana still
nak cerita pasal rezeki tapi, STILL ada kaitan pasal cinta tadi.... BOLEH TAK?"
"Tak boleh!"
"Tak kira,
ana still nak bagitahu dekat readers ana
yang setia ni, tentang cerita mengenai REZEKI
ni... lepas itu, baru ana bagi tips tentang rezeki
OKEY!"
yang setia ni, tentang cerita mengenai REZEKI
ni... lepas itu, baru ana bagi tips tentang rezeki
OKEY!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Okey, cuba teka cerita yang ana nak bagitahu ni ada kaitan tentang apa?"
"Okey, cuba teka cerita yang ana nak bagitahu ni ada kaitan tentang apa?"
"Cinta!"
"Ha, pandai!
Korang memang readers yang setia membaca dan fokus..... Sebenarnya cerita ni
tentang KAWIN pulak dah ni... tapi STILL ada kaitan dengan CINTA, kan?
Ahhhh,
ana pun tak pasti... korang bacalah sendiri
dan buat penilaian sendiri, okey! Ana akan kaitkan CINTA, KAWIN dengan REZEKI....
READERS jangan putus asa,
TERUSKAN MEMBACA OKEY!
TERUSKAN MEMBACA OKEY!
FIRST STORY:~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di zaman
Rasulullah saw, ada seorang pemuda datang mengadu kepada Baginda...Dia mengadu
mengenai kemiskinan yang dialami dirinya... Maka, seru Baginda “Berkahwinlah”...
Maka, pemuda ini berkahwin dengan seorang wanita. Tetapi, nasibnya tetap sama
tidak berubah.
Dia datang lagi menemui Rasullah saw.... Maka, seru Baginda
“Berkahwinlah”.... Maka, dia turuti saranan Baginda Rasulullah saw tersebut...
tetapi nasibnya tetap tidak berubah...
Dia datang sekali lagi untuk kali ketiga
berjumpa Rasullah saw maka, jawapan Baginda saw tetap sama, “Berkahwinlah”...
Dia tetap yakin dan patuh akan saranan Baginda tersebut tanpa ragu-ragu... Namun, nasibnya tetap sama...
Dia tetap yakin dan patuh akan saranan Baginda tersebut tanpa ragu-ragu... Namun, nasibnya tetap sama...
Dia sekali lagi bertemu Rasullah saw.... Maka,
jawapan yang diberi tetap sama iaitu, “Berkahwinlah”.... Kali ini, dia
berkahwin lagi....
Siapa sangka rupanya, wanita yang dia nikahi itu pandai menenun kain maka,
diajarnya madu-madunya yang lain menenun kain... Bermulalah titik baru dalam
kehidupan mereka dengan menenun kain serta menjualnya...
Berubahlah nasib pemuda itu kini daripada miskin kepada kaya...
Berubahlah nasib pemuda itu kini daripada miskin kepada kaya...
Ya! Semua atas kurnia rezeki
daripada Allah... Yang penting kita kena yakin bahawa kalau dah rezeki tak ke
mana....
Kalau bukan rezeki kita, nasi yang ada dalam mulut pun boleh keluar balik... contohnya, bila tersedak... Tak begitu READERS?
Kalau bukan rezeki kita, nasi yang ada dalam mulut pun boleh keluar balik... contohnya, bila tersedak... Tak begitu READERS?
Cerita
kedua:~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada seorang
pemuda ini, dia sedang belajar di Mesir tetapi, dia masih juga terpaksa tinggal
lama di sana.. Bukan kerana, tidak mahu pulang ke tanah air tetapi kerana, dia
masih lagi gagal dalam satu paper ni....
Dah beberapa kali dia mengambil ujian
yang sama tetapi masih juga gagal dalam ujian tersebut... Adalah dalam 5,6
kali, dia ambil ujian tu tapi STILL GAGAL...
Dah sepuluh tahun dia terpaksa
tinggal di Mesir, balik Malaysia sekali sekala saja... Maklum, harga tiket
mahal!
Nak dipermudahkan cerita, emaknya telah memilih dan meminangkan seorang
gadis untuknya... Maka, berkahwinlah mereka berdua...
Tup, tup... bila periksa
sekali lagi, dia lulus pula..
Dah rezeki, isteri dialah tu! Tak payah lama-lama berjauhan daripada dia... tak payah nak pergi Mesir susah-susah naik FLIGHT, melawat si suami... Ana tak pastilah kenapa dia tiba-tiba boleh lulus pula kali ni... tapi, yang pasti MUNGKIN ada kaitannya dengan kahwin?
Dah rezeki, isteri dialah tu! Tak payah lama-lama berjauhan daripada dia... tak payah nak pergi Mesir susah-susah naik FLIGHT, melawat si suami... Ana tak pastilah kenapa dia tiba-tiba boleh lulus pula kali ni... tapi, yang pasti MUNGKIN ada kaitannya dengan kahwin?
READERS fikirlah
sendiri dan kaitkan dengan STORY pertama tadi, OKEY!
THIRD STORY:~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cerita ni mengenai bapa saudara ana sendiri... Kisahnya macam ni, dia dah habis belajar di universiti dan dah pun mendapat segulung IJAZAH tapi, kerja tak ada... Pengganggurlah jadinya....
Ada seorang kenalan perempuan dia ni... perempuan seorang ni
pensyarah dekat sebuah universiti... zaman tu, pensyarah guna IJAZAH jew
lagi... Perempuan tu kiranya berminat dekat bapa saudara ana ni...
Nak dimudahkan cerita, perempuan ni ajaklah bapa saudara ana ni berkahwin maka, berkahwinlah mereka berdua!
Nak dimudahkan cerita, perempuan ni ajaklah bapa saudara ana ni berkahwin maka, berkahwinlah mereka berdua!
Kiranya
isteri tanggung suamilah ya!
Ya, lebih
kurang macam tulah... rasanya... Dah beberapa lama berkahwin, isteri bapa
saudara ana ni ajaklah bapa saudara ana ni sambung belajar lagi, ambil SARJANA
pula kali ni... Tamat sahaja belajar, belum konvensyen pun lagi mereka berdua
ni dah pun dipanggil bekerja jadi pensyarah dekat universiti...
Rezeki, kan
READERS? Readers rasa macam mana hidup mereka sekarang ni?
Okey,
sekarang ni bapa saudara ana tu sedang sambung belajar ambil PhD dekat salah
sebuah universiti di Durham, UK.... memang rezeki dia....
Mula-mula,
mengganggur tapi, STILL ada perempuan yang minat dekat dia...Lepas tu, siap
tanggung nafkah zahir lagi tu...Kemudian, ajak sambung belajar pula lepas
tu....Siap tolong bantu mana yang patut supaya dapat biasiswa sambung belajar
nanti...
Dan, sekarang ni mereka sekeluarga dah pun tinggal dekat Durham, UK
atas dasar mengikuti suami atau ayah belajar di sana...
Bukan dapat elaun belajar saja
taw READERS??? Siap dapat elaun untuk Baby Sitter sekali..
Tak payah isteri dia susah-susah nak jaga anak mereka yang tiga orang tu... Bertuah sungguh tuan empunya badan!
Tak payah isteri dia susah-susah nak jaga anak mereka yang tiga orang tu... Bertuah sungguh tuan empunya badan!
Doa-doalah
ya! Semoga kita semua dimurahkan rezeki....
#### Itulah gunanya seorang isteri,
bijak mengeksploitasi kebolehan dan kelebihan suami, sentiasa nampak kebaikan
suami walaupun tersembunyi, tak pernah bersungut mengenai kekurangannya
walaupun sekali, menjadi pendokong dan pembakar motivasi saat si suami
lemah....
Jadi, READERS yang belum kahwin tu... nanti cari isteri, carilah yang
ada agama okey!
Rupa tak penting, yang penting hati... Hati kalau dah ikhlas, sanggup jew redah lautan api penderitaan serta pahit maung kehidupan bersama
suami....
Alah, tergedik pulak ana ni! Tiba-tiba, cerita pasal ciri-ciri isteri
mithali. Emmm, maaf!
Cukuplah story pasal cinta,kawin,jodoh&rezeki...
Tips mengenai REZEKI ada disediakan di bawah
Kepada READERS yang BERMINAT, bolehlah baca AMBIL POIN-POIN PENTING SAHAJA Malas koi
nak paksa-paksa READERS membaca hasil tulisan koi yang memang panjang menjela
ni......
Allah S.W.T. telah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 1.Menyempatkan
diri beribadah 2.Memperbanyakkan
istighfar 3.Tinggalkan
perbuatan dosa 4. Sentiasa
ingat Allah S.W.T. 5.Berbakti
dan mendoakan ibu bapa 6.Berbuat
baik dan menolong orang yang lemah 7.Tunaikan
hajat orang lain 8.Banyak
berselawat 9.Banyakkan
berbuat kebajikan 10.Berpagi-pagi 11.Menjalinkan
silaturrahim 12.Melazimi
kekal berwuduk 13.Bersedekah 14.Melazimi
solat malam (tahajjud 15.Melazimi
solat Dhuha 16.Bersyukur
kepada Allah S.W.T.
17. Berdoa 18.Berikhtiar sehabisnya 19.Bertawakal 20.Mengamalkan
zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran
atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia
mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah,
dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya,
dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat
128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas
solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan
kehidupan dan memurahkan rezeki.
Selain
itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan
dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu.
Contohnya
dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya
Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan
keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."
*** Baca ayat seribu dinar, surah al-Mulk....
Ada juga hadis menyebut, siapa
amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
Wallahu a'lam. *****************************************************************************.
Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.
Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.-
Artikel iluvislam.com
Artikel iluvislam.com
2 ulasan:
Salam
tajuk entry menarik tapi jadi kurang berminat nak membaca sebab saiz font yg ada kecil ada besar. apa kata kalau saiz tu konsisten je kan lebih elok. :)
saya 1269
Maaf akan diperbaiki...entry ini akan disingkatkan utk memudahkan pembaca....
Catat Ulasan