Ahad, Mac 18

* Selamat Hari Jadi *سنة حلوة * Happy Birthday *


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi
Segala puji kepada Allah, Tuhan sekalian alam ini
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi
Penulis blog best stud celup 18 kini  
Umur bukan penghalang untuk meneruskan niat murni
Untuk berkongsi ilmu kurniaan Illahi
Insyaaalllah, hujung bulan ini
Genaplah sudah 100 hari
Bermukim di penulisan maya ini

Bulan ini hanya satu blog entri
Maaf bukan tiada masa untuk post entri
Tapi telah wujud pagar berkawat menghalang diri
Untuk terus berkongsi
Bukan malas menaip tetapi
Ada masalah peribadi yang memusingkan kepala ini
Masalah apa ? Biarlah menjadi rahsia sendiri buat masa ini

Biar sedikit yang telah dikongsi
Biar ada yang kurang berpuas hati
Biar umur akan menjadi penghalang nanti
Entri-entri dalam blog ini
InsyaAllah menjadi saksi
Kepada ilmu yang telah diterima daripada sang penda’ie
Ilmu yang telah dicari
Ilmu yang ditimba sendiri
Ilmu yang belum diamalkan lagi
Ilmu yang ingin dikongsi
Ilmu yang telah diberi
Ilmu yang mendekatkan diri kepada Illahi
Ilmu yang akan disoal di akhirat nanti
Ilmu yang membawa kepada muhasabah diri
Astagfirullah, jujur masih banyak kekurangan perlu diperbaiki
Sama ada dalam penulisan ataupun dalam diri

Andai lidah kelu untuk berbicara
Minda tepu untuk menyusun kata
Agar terkongsi ilmu kurniaanNya
Insyaallah mata pena ini akan mentafsirkannya
Menjadi pengganti diri hamba
Yang malu tetapi,  mahu berkongsi dengan dunia
Biarpun terpaksa menyorok disebalik tembok yang telah lama dibina

Biar umur setahun jagung
Biar baru dalam berblogging
Namun hasrat murni dan ilmu kurniaan Illahi ini
Terlalu sulit untuk disimpan sendiri
Terlalu payah untuk terus dibukukan di hati
Terlalu banyak yang wajib dikongsi

Andai diri tak mampu mengamalkan
Biarlah pembaca melaksanakannya
Jujur diri ini tak mampu bergerak sendiri
Memerlukan pembaca untuk membakar semangat diri
Memerlukan mata untuk menterjemahkan perasaan di hati
Memerlukan tinta dan pena supaya tiada pemikiran yang terkandas nanti
Agar semua yang terbuku di hati
Jelas di mata, senang dibaca, mudah dihayati

Ikhlas dari lubuk hati hamba, yang kerdil ini
Amat memerlukan penulisan ini
Untuk melihat jelas ke dasar hati
Untuk mentafsirkan perasaan dan fikiran yang terbuku di hati
Agar dapat melihat ilmu dengan mata hati
Bukan dengan nafsu dan kepentingan peribadi
Supaya jelas dan nyata antara ilmu yang belum diamalkan lagi
Dengan ilmu yang telah tersemat dalam diri
Yang terbina menjadi peribadi, personaliti dan jati diri

Tak menang tangan untuk menulis entri
Terlalu banyak yang terbuku di hati
Namun masih sedikit yang telah dikongsi
Biarlah selepas ini
Umur, pertikaian dan masalah peribadi diketepi
Agar jelas matlamat penulisan blog ini

Biarlah diri menjadi misteri
Andai pembaca mengenali diri ini
Bersyukurlah ke hadrat Illahi
Kerana penulis blog ini merupakan gadis misteri
Yang suka bersendiri
Yang suka berfikir dan berdikari
Yang sulit dan payah untuk berkongsi
Walaupun dengan kerabat sendiri
Hatta dengan sahabat sejati
Yang telah membina tembok peribadi

Matlamat dan azam tahun ini
Untuk memecahkan tembok peribadi
Agar terkongsi ilmu kurniaan Illahi
Agar tidak kelu dan tepu
Pemikiran dan lidah ini
Supaya tidak lokek memberi
Biarpun tangan kiri akan keliru
apa yang telah diberi oleh tangan yang satu lagi
Agar tidak menang memakai
Kerana ilmu kurniaan Illahi
Terlalu luas dan dalam untuk dikaji
Hatta lautan yang luas menjadi tinta
Untuk menyatakan dan mentafsirkannya
Sehebat mana penulisan dan ILMU manusia tak akan mampu untuk menandingi  kebijaksanaan Illahi

Subhanallah, Allah Maha Suci 

Lagi Maha Mengetahui 

Lagi Maha Bijaksana

Sekian post entry buat kali ini. Wassalam.
Yang benar, best stud celup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...