Isnin, April 23

Pendidikan Syariah Islamiah


##### Jawapan mestilah ditulis dalam tulisan JAWI, jawapan yang ditulis dengan tulisan RUMI akan diberikan ‘0’ markah...

##### Kunci Soalan:
* Nyatakan – ISI sahaja (tak perlu huraian)
* Jelaskan, Terangkan – ISI + Huraian@contoh
~~~ Huraian: Kerana, untuk, agar, oleh itu, sebaliknya, dan, kepada, terhadap, daripada, apabila, sekiranya
~~~ Contoh: iaitu, seperti, misalnya, contohnya

##### Sabab nuzul ayat: Markah tetap (4m) walaupun pendek, tetapi mesti m’punyai 4 poin.

##### Istinbat hukum :
~~~ Markah (4m), mesti berikan 4 poin.
~~~ Mesti menyatakan lafaz/kalimah... Kemudian, terangkan lafaz/kalimah itu apa? Menunjukkan perintah apa? Ceritakan kesimpulan daripada hukum tersebut...
                                                  Contoh:                                                                           ادعوهم لابائهم merupakan Feil amar... yang menunjukkan perintah wajib... Oleh itu, anak-anak wajib dipanggil/dibinkan/dibintikan kepada bapa kandung mereka

##### Perbezaan:
~~~ Pelajar hanya akan diberikan 2 markah jika, kedua-2 jawapan yang diberikan, di kedua-2 bahagian betul..
~~~ Jawapan perlulah setara, jika jawapan ditulis dalam KOLUM...

##### Soalan berbentuk HUJAH/BUKTI:
~~~ Kunci soalan: Mengapa?
~~~ Jawapan: Berikan FAKTA + HURAIAN ( Kerana, oleh itu)
***** Hujah ULAMA’ : WAJIB hafal...

##### Berikan hukum:
~~~ Sah, tidak sah – berkaitan RUKUN sahaja
~~~ Wajib, sunat, harus, makruh, haram – yang TIDAK berkaitan dengan RUKUN...

##### Berikan langkah-2/cara-2 :
~~~ Berikan jawapan yang menggambarkan perbuatan/cara-2  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...