Kertas 1 – Objektif
* Buat soalan tahun-2 lepas, cari jawapan dalam buku teks
dan tuliskan muka suratnya pada soalan berkenaan.
* Soalan biasanya ialah ulangan daripada tahun-2 lepas.
* Banyakkan latihan untuk lebih mahir.
Kertas 2 – Struktur dan esei
~ Soalan STRUKTUR
~ Pecahan soalan
- 1 soalan besar, 3 hingga 5 soalan anak
~ Soalan-2 kadang-2 mengelirukan.
-Jadi, kalau tidak pasti tulis dua-2.
-Tulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran.
~ Peruntukan markah
- 1 hingga 4 markah
~ Persembahan isi
-Tak perlu huraian isi, tuliskan fakta sahaja KECUALI
konsep/takrif
-Jawapan ditulis seringkas mungkin.
(Soalan BERIKAN - 1 PERKATAAN sahaja diperlukan),
*Biasanya jawapan dalam bentuk perbuatan dan cara
**CONTOH: BERIKAN 3 aktiviti ekonomi sara diri.
JAWAPAN:1.Bertani 2.Menternak 3.Memburu
JAWAPAN YANG TIDAK DITERIMA: 1.Pertanian 2.Penternakan
(SIAPAKAH GOLONGAN YANG TERLIBAT- RANGKAI KATA diperlukan),
(MENGAPAKAH? – FRASA diperlukan),
(APAKAH – AYAT TUNGGAL diperlukan)
#Soalan ESEI
#Esei WAJIB ditulis dalam bentuk AYAT.
- Dilarang menulis dalam bentuk poin/ menggunakan tanda
DASH-2 – dipotong ½ m jika buat
- Perenggan jangan terlalu LEBAR. Satu perenggan tulis hanya
3 baris ayat kemudian, selang satu baris. Memudahkan pemeriksa untuk menyemak.
#Pecahan soalan esei – Jawab 1 ESEI 30 minit sahaja
- 1 soalan BESAR, 3 soalan KECIL – fakta, fakta, KBKK
#Bentuk soalan
- Bebas- Tidak menyatakan jumlah isi yang diperlukan
- Terikat- Dinyatakan berapa isi yang diperlukan, perlu
lebih TELITI pada tugasan, kata kunci, kehendak soalan
- KBKK
*Tak perlu huraian/contoh
*Nyatakan setuju/tak setuju jika ditanya.
*Soalan direka atau dibuat berdasarkan RUMUSAN pada setiap
bab.
*Berikan NILAI/iktibar/PENGAJARAN
#Tugasan soalan
Kategori 1 (Sila berikan FAKTA sahaja) - ada 7
-Apakah –Mengapakah –Bagaimanakah –Senaraikan –Nyatakan
–Jelaskan -Ceritakan
Kategori 2 (Sila berikan FAKTA+HURAIAN+CONTOH) – ada 2
sahaja
-Huraikan –Terangkan *SETIAP fakta, huraian, contoh
diberikan 1 markah.
Kategori 3 (Soalan yang terbahagi kepada beberapa bahagian)
***CONTOH:
1. Mengapakah kumpulan *(orang Melayu radikal) dan *(orang
dagang) menyokong Malayan Union?
2. Terangkan faktor-2 penggubalan dasar luar negara
Malaysia.
Dasar Luar Malaysia ( *1. Pro-Barat / *2. Berkecuali / *3.
Kepentingan ekonomi )
* Anda boleh menghuraikan satu fakta sahaja.
* Soalan perbandingan- Jika tahu 1 fakta sahaja, tulis/jawab
mengenai 1 sahaja.
- Jawab dahulu yang anda tahu kemudian disusuli dengan yang
anda kurang tahu.
3. Soalan terikat namum, bersifat berganda.
CONTOH: Huraikan 4 ciri.
* Tak perlu berikan 4 fakta jika, huraian anda banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan