Isnin, April 23

Diari ringkasku 2011 – Jalan menuju gerbang SPM

Apa yang ana dah buat sampai dapat result SPM macam ni? Dah agak-agak lupa sebenarnya... mungkin ada beberapa kekurangan dan perkara yang tertinggal dalam diari ni nanti.. Harap-harap readers semua tak kisah....
Tak apa, kan READERS?




* Ok, pagi-pagi... bangun tidur, sarapan... Ha, sarapan itu perkara wajib untuk permulaan hari.. Ha, jangan berani-berani nak SKIP-skip, tak kisahlah makan roti kaya saja pagi tu, dekat dewan makan.. Ha, paksa diri tu makan, telan-telan... Kalau tak pun, minumlah segelas air teh ke? Air milo ke? Alah, yang mak cik dah buat tu... atau just take a glass of pure water, ok > kepada budak-budak yang dah lambat sangat tu... Rasullah bersabda: Sesungguh dalam sahur itu ada berkat ( maaf kalau hadis ni kurang tepat tapi, hadis ni memang ada kebaikan dan hikmahnya yang tersembunyi )

* Naik kelas, check meja dan kerusi, susun buku dekat dalam laci meja... Duduk-duduk dulu dekat atas kerusi tu, ambil feel belajar... Lepas tu, lihat dan dengar suara pagi di Bumi Al-Wosto tercinta... jenguk-jenguk, keluar tingkap sekejap... Buat sajalah apa-apa yang patut asalkan awal-awal pagi, tak rasa stress atau tergesa-gesa dengan itu ini... Relaks saja awal-awal pagi macam ni, mulakan hari anda dengan happy.. Harapnya biar happy belajar sampai balik...

* Habis perhimpunan, terus naik kelas dengan perasaan happy nak belajar, tersenyum dapat belajar lagi hari tu... Senyum sikit dekat diri sendiri, okey! Peringatan: Jangan buat masalah disiplin.. nanti kena kutip sampah, itulah, inilah... nanti penat Nstress pula nak belajar... Kesian sikit dekat diri sendiri...

* Duduk dalam kelas, tunggu cikgu masuk... jangan merayap-rayap... masuk kelas mesti awal, ok! Jangan sengaja lambat atau ponteng kecuali hari tu rasa sakit sangat hati a.k.a bosan dengan suasana PnP subjek-subjek tertentu... Tak adalah, ana gurau je, jangan berani-berani buat kalau takut nak tanggung akibatnya, budak cerdik saja boleh buat benda macam ni, HE x3... Alamak kantoi pernah ponteng! Tak pontenglah, cuma masuk kelas akhir-akhir waktu, bila masa nak habis tu je, Hax3... Tapi, sekali tu je buat benda macam ni, ok! Lepas tu, pandai-pandailah jawab dengan cikgu... kalau cikgu tanya! Mujurlah cikgu tak tanya ana waktu tu... Ah, selamat!

* Ok, cikgu dah masuk kelaslah, doa PLEASE! Ok, selesai doa, duduk, buka buku.... Buku teks, latihan, buku tulis jangan lupa bawa, jangan asyik nak kongsi atau pinjam dengan kawan je.. Tahulah SHARING is CARING tapi, usaha anda bawa buku yang berat itu ke kelas anda yang terletak ke tingkat atas sekali sebenarnya, sudah menunujukkkan kesungguhan anda untuk belajar! Manusia yang bersungguh-sungguh pasti Allah memberi kebaikan atas usahanya itu, INSYA-ALLAH..

* Cikgu dah mula buka mulut tu.. Focus, please! Fokus pada arahan, ajaran dan kata-kata cikgu tu... Kalau boleh catat semua apa yang cikgu cakap tu... tak larat nak catat, rakam pun boleh! Jangan tertinggal apa-apa pun, takut tertinggal poin-poin penting nanti.. Nasihat, tips berguna pasti ada diselitkan sekali, maklum cikgu semuanya dah berpengalaman mengajar... Jangan lupa conteng dekat mana-mana tips-tips berguna kalau minda dan hati tak boleh terima dan fahamkan sepenuhnya waktu tu... Ana taklah salin semua apa yang cikgu cakap tu tapi, fokus semua apa yang cikgu beritahu dan ajarkan dekat depan tu... just take the tips and the main point, okey!

* Alah, mengantuklah pula mata ni.. Hoi! Jangan tidur waktu cikgu mengajar, kena marah nanti baru tahu! Pantang betul, tidur dalam kelas... walau macam mana mengantuk pun hari tu... Alah manusia, duduk asrama pula tu mesti mengantuk dan tertidur punya dalam kelas... Okey, cuba ambil kertas atau buku conteng. Lepas tu, lukis dan contenglah apa yang patut asalkan, tak tertidur dan dapat dengar semua apa yang cikgu tengah cakap tu.... atau senang cerita salin semua apa yang cikgu tengah cakap dekat depan tu... Ha, kepada cikgu-cikgu pula tolong perhatikan budak-budak mana yang mata dia dah mulai kuyu, merah dan dah agak-agak nak tertutup tu, macam biasa... just call her or his name, sure she or he gets back to reality... Alah, memang cikgu saja yang boleh tolong saat mengantuk mula menguasai diri... Kawan dekat sebelah kejutkan pun... kadang-kadang tak sedar... Bukan apa, dia pun tak sedar yang anda dah terlentuk dekat sebelah, yang dia khusyuk dengar cikgu mengajar... anda khusyuk ke lain... Nak buat macam mana, semua pun khusyuk waktu tu... Hex3..

* Waktu rehat, bawa-bawalah berjalan di luar kelas... hilangkan mengantuk dan perasaan bosan dekat dalam kelas tadi... Bab makan pula, janganlah makan benda-benda yang berat-berat.. cukuplah makan roti ke? Kuih ke? Keropok ke? Sebab dah sarapan dekat dewan makan tadi.. Kepada budak-budak yang ada jawatan dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah tu, waktu nilah nak siapkan itulah, inilah maklum, banyak aktiviti dan perancangan sepanjang tahun yang nak dibuat... tapi, lepas rehat jangan lupa cepat-cepat masuk kelas, jangan terlambat walaupun sesaat dan pastikan anda berjaya menjejakkan kaki ke dalam kelas sebelum cikgu naik untuk mula mengajar... Emmm, sebenarnya untuk memastikan PnP dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah ditetapkan dalam jadual dan supaya anda tidak ketinggalan dalam pembelajaran... Budak sekolah agama ni lagilah, kena kejar dua-dua bidang sekali gus... kalau lambat, banyaklah yang akan kita ketinggalan nanti... macam tulah hidup... siapa cepat dia dapat... Tak begitu??

* Kadang-kadang ada perkara yang tak boleh ditangguhkan dan terpaksa mengambil masa belajar contohnya, anda sakit kepala yang agak kritikal, demam, kematian ahli keluarga, masalah keluarga dan lain-lain... Macam biasa juga, kadang-kadang tu, ada cikgu panggil atau minta tolong satu dua perkara tapi, jaranglah cikgu buat macam ni... ambil masa budak-budak ni belajar... Kalau ada nak minta tolong pun mesti cikgu suruh tolong waktu petang atau malam... Okey, kepada yang dah tertinggal mana-mana kelas tu macam biasalah... Kenalah tanya kawan apa yang dia orang belajar tadi, kerja atau latihan apa yang cikgu suruh buat, apa yang kata tentang kerja kursus atau PLBS tadi... itu saja, asalkan anda tidak ketinggalan dalam pelajaran. Okey!

* Yes! Dah bunyi loceng balik.. jangan kalut, relaks dulu.. tunggu budak lelaki lalu dulu, baru senang nak turun tangga tu... Sementara tu, bacalah apa-apa yang tertulis dekat sudut maklumat belakang kelas tu ke? Menyapu sampah ke? Intai-intai dekat luar tingkap ke? Atau just duduk dekat tempat sendiri.... Senang je, kan?

* Ok, budak laki dah lalu pun! Okey, jom solat! Cepat-cepat, kejar fadhilat solat berjemaah.. Ha, dah sampai surau tu, jangan nak rehat-rehat sangat! Lepas solat, silakan... Jangan sengaja lambat-2kan solat serta rajin-2kan diri SOLAT BERJEMAAH..

* Ah! Gembiranya dah solat.. conquer sekejap kipas dekat dalam surau tu, 5 minit je... biarlah budak-budak lain pergi dewan makan dulu... Malas koi nak berebut...

* Ah, panjangnya barisan! Duduk dululah... belek-belek nota, kerja sekolah, latihan-latihan yang tak buat lagi... kalau rajin buat, kalau tak ada mood nak buat, just tengok-tengok jadilah... “Kalau hari-hari beratur panjang macam ni, esok puasa jelah” Senang cerita, tak yah nak tertunggu-tunggu... buang masa dan tenaga je... buatkan kepala ni tak boleh nak fokus, serabut...  “Kalau puasa mesti boleh terus duduk dekat bawah kipas tu sampai waktu study, bestnya... Jenuh koi menunggu tiap-tiap hari macam ni” Alah, kadang-kadang tu bukan duduk-duduk je dekat bawah kipas tu yang ana buat tapi, siap buka buku, study lagi dekat dalam surau tu sementara, budak-budak lain siap makan... Maklum, budak-budak aspuri semua, kena study dekat dalam dewan makan.. Emmm, macam nilah kehidupan duduk asrama...

* Waktu study petang... “Ya, Allah berikanlah kekuatan pada hambamu ini..” Buat latihan math, baca buku KOMSAS atau novel Sutera dalam Lukisan dua, tiga muka... jangan baca lebih-lebih nanti mulalah mengantuk... Bahang petang memang menjadikan mata ini tak dapat terbuka dengan baik sekali.. Jom berborak-borak, pergi tandas sekejap, jalan-jalan ke perpustakaan... cuci mata tengok buku-buku bergambar... cari buku-buku motivasi, buku-buku bacaan tambahan bagi m/p-m/p tertentu... Tak mampu lagi bertahan, tewas juga akhirnya... terlentuk dekat meja study  a.k.a tidur sebentar untuk 10 minit... zzz.. Suka hatilah nak buat apa-apa pun, asalkan tak study dalam keadaan stress.... Eh, budak seni melukislah... jom menyibuk semeta... Kepada budak-budak Polis, Bomba, Kadet Pertahanan Awam yang ada latihan kawad kaki tu... teruskan usaha, jangan sibuk-sibuk nak study dalam rembang petang macam ni... bukan masuk sangat pun, apa yang dibaca....

* Balik study, solat Asar... Ah, malasnya! Sambung tidur.... Kalau rajin sangat pergi berebut-rebut dekat kolah untuk mandi... ataupun teruskan lagi study math tadi yang latihannya boleh tahan, seronok untuk dijawab. Alah, mula-mula memang tak reti nak buat, bila dah cuba banyak-banyak kali, gian pula jadinya.... Macam biasa, petang-petang macam ni mesti kena angkat kain punya... duduk sekejap dekat atas katil sambil melipat baju-baju yang baru diangkat... Hari ni, kena gotong-royonglah! Jom cabut rumput, cuci longkang, atau berkebun di taman mini aspuri... Buatlah apa-apa petang tu, asalkan tak bosan sangat duduk terperuk dekat aspuri tu... Kadang-kadang, petang-petang macam ni sengaja masuk lambat asrama, duduk mengaji atau study dekat surau besar sorang-sorang.... Takut! Nak takut apa? Cerah lagi dekat luar tu... takkan ada hantu kut, siang-siang macam ni..

* 6.30 petang, loceng dewan makan sekali lagi berbunyi... Makan apa ya, petang ni? Makan tak sedaplah, jap check menu... Malam ni makan apa, ya ?... Wah, malam ni makan makanan yang agak berat, kuew tiew spaghetti... Tak yahlah pergi.. Ana bukan selera sangat nak makan petang ni, kalau perut tu tak berkeroncong, tak berapa rajinlah nak pergi dewan makan tu... Baik duduk relaks-relaks, landing-landing dekat atas katil, atau studylah mana yang patut... atau ajak kawan-kawan nAdik-adik berborak-borak petang-petang macam ni...

* Pukul 7 lebih dah ni, on the way pergi surau aspuri... Jangan lupa bawa Al-Qur’an terjemahan mini yang comel tu sekali.. Tips: Jangan bawa nBaca nStudy dekat surau walaupun esok exam... Lebih baik, mengaji atau layan bebudak ni bagi tazkirah sementara menunggu Isyak... tak kurang juga, ada yang tidur.... ah, macam penat sangat... sorry, yang tidur tu bukan koi ye! Orang lain! Tak ada kerja tidur maghrib-maghrib ni dekat dalam surau pula tu.. jatuh standard... standard kena jaga ma! Baik mengaji dan tenang-tenangkan diri, bukan selalu dapat masa lapang macam ni... kena hargai... keluar surau fokus nak study pula lepas ni... Yes, keep focus on your study.... Berehat sebentar di surau tadi, bukan maknanya anda berhenti tetapi sebenarnya merehatkan diri supaya dapat mengekalkan prestasi... Berehat sebentar itu penting untuk mengumpul kekuatan baru... Macam parang kalau tiap-tiap hari kita guna pastinya tumpul jadi, sekali-sekala kenalah asah balik untuk memulihkan kembali ketajamannya itu...

* Azan Isyak telah berkumandang... Ok, lepas isyak ni, kena study lagi... Bisinglah budak-budak ni... macam mana nak study ni... buat-buat tak dengar sudah... Tulis sikit nota, itu, ini, apa-apa yang patut... Tak boleh fokus sangat membaca hari ni, menulis pun jadilah... sama saja dapat juga ilmu tu nanti... ana memang suka menulis, sampai tak cukup kertas nak menulis, heeeee! Jap, buka BUKU MODEL peperiksaan sebenar... cuba-cuba buat mana yang patut... Malaslah nak cari jawapan... Ok, baca soalan dan jawapan yang telah disediakan, SALINx2... “Tak salah pun meniru asalkan, kita tak meniru benda yang salah. Ha, yang salah jangan pula kita tiru! Tiru yang kita rasa betul je, yang kita dah tahu salah... tak payahlah tiru, kantoi je meniru nanti...” yang ni serba-sedikit nasihat daripada salah seorang cikgu ana dekat Khairiah dulu... Ok, jangan pula meniru dekat dalam periksa nanti sudahlah, sekarang awak nak meniru boleh, silakan! Ok, ni nasihat ana kepada budak-budak yang memang malas nak selak buku teks satu persatu untuk cari jawapan latihan-latihan dalam buku tu... Ok, yang pasti setiap m/p ada cara belajarnya yang tersendiri sebab kita kena kuasai teknik menjawab soalan yang diberi bukan semata-mata membaca setiap helaian buku teks yang dipinjam tu... Ok, sekali-sekala kena juga buka BUKU KOLEKSI SOALAN peperiksaan tahun-tahun lepas.. untuk kuasai teknik-teknik dan cara-cara menjawab soalan-soalan yang diberi.... Ok, teruskan membaca... akan datang Bimbingan SMART STUDY...

* 10.30 malam, balik bilik... Makan malam pula lepas ni, ada apa ya dekat dewan makan malam ni? Roti? Mi? Kuih ke? Ikutlah apa yang tertulis dekat menu yang diberi... Alah, ada pula budak yang berhutang dengan bendahari ni... Jom jalan-jalan satu aspuri, kutip hutang budak-budak ni.. Kalau tak ada hutang yang nak dikutip oleh ceti ni jadi, teruskan jelah study sikit lagi sampai 11.30 malam sebelum lampu ditutup.. Jap, baju tak digosok lagi... Adik lepas tu ya! Jangan lupa gosok baju sebelum tidur kalau tak nak kalut pagi-pagi esok!

* Dah malam dah ni, lampu ditutup... Tutup pintu, tutup mata, tidurlah pula... Kadang-kadang adalah terjaga 2,3 pagi... macam biasa bangunlah study... emm, tu pun sebulan sekali je kut! Macam tak ada kerja sangat dah ana ni, kan? Asyik-asyik study.. Yalah, dah tu saja tugas yang diberi... Nak buat macam mana? Kenalah study... Tapi, adik-adik bilik ana sampai hairan tanya dekat kakak bilik dia yang satu lagi... Kenapa ana tak pernah study sampai lewat malam? Jawabnya, sebab ana nak menikmati masa-masa rehat yang diberi, melepaskan beban dekat bahu ni... melelapkan sebentar mata dan fikiran yang memang sebenarnya tak boleh berhenti berjaga dan berfungsi ni, itu saja. Ha! Dah puas hati dengan jawapan yang diberi?

* Hari Rabu, Khamis kokurikulum... Bestnya! Waktu-waktu macam ni.... waktu untuk melepaskan tension... bukan buat apa sangat pun, borak-borak, bincang-bincang, itu ini, adalah sikit-sikit aktiviti.... Ok, Puteri Islam kena buat buku log... buat corak sana sini... Ya, jangan lupa buat dengan penuh kesungguhan dan minat... Orang kata, “Waktu belajar, belajar betul-betul; waktu main, main betul-betul” Maksudnya tumpukan sepenuh perhatian pada apa yang sedang anda lakukan, tumpukan dengan sepenuh hati dan tanamkan minat serta kesungguhan... Menang kalah tak penting! Yang penting usaha yang telah dicurahkan dan diberi... Kalau kalah tiada sesalan nanti... kerana yang penting, tawakal setelah berusaha bersungguh-sungguh!

* Minggu ni cuti seminggu, balik kampunglah pula. Ahhh, sampai rumah tempat FIRST yang dituju... katil dekat bilik tu.... mesti kena rasmi dulu tu... maklumlah, nak lepas rindu... Petang-petang, tengok TV... bosanlah rancangan petang ni... Main ‘computer’s games’ semeta... main dengan penuh minat, fokus dan teliti... kalau ada ‘expert’ dalam game tu, kena usaha sampai dapat ‘expert’. Biar puas hati dapat main.... Malam pula, belek-belek majalah Anis, Solusi... komik Ana Muslim, tak kurang juga membaca buku-buku motivasi dan teknik-teknik belajar... hasil tulisan motivator-motivator Malaysia antaranya Nik Nur Madihah, H.M Tuah, Dr. Syukri Abdullah, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah.... Macam tulah cuti seminggu, buku akademik ibarat hilang daripada minda... Baca buku-buku motivasi cukuplah supaya dapat menyuntik semangat dan motivasi baru untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh bila sekolah dibuka nanti... Kalau orang lain tak mampu memotivasikan diri anda, anda perlulah berusaha untuk memotivasikan diri sendiri... Kadang-kadang, masalah keluarga dan peribadi memang menjadikan diri ini hilang seri dan minat untuk terus belajar... Jangan biarkan motivasi diri anda hambar semata-mata dek kritikan dan celaan orang lain tetapi, cubalah tersenyum pada diri sendiri kerana anda yakin anda mampu berjaya, bebas dan lepas daripada masalah itu nanti...

* Kadang-kadang, masuklah juga dapur untuk memasak... Maklum, budak perempuan kenalah tahulah masak sikit-sikit.... Sebenarnya, taklah rajin sangat nak masak-masak ni sebabnya, bukan tahu pun nak masak apa? Tak apalah, tak kisah pun... asalkan, masih ada minat dan usaha untuk belajar memasak, kan READERS? 

* Sepanjang tahun ni, tak ada pergi mana-mana sangat... Cuma, jalan-jalan sekitar Temerloh dan daerah-daerah yang berhampiran dengannya seperti Mentakab, Maran, Bera lebih kurang empat daerah ni je, banyak duduk rumah je... Sebab tu, kalau time cuti, Sabtu, Ahad dan petang-2, ana pergi pusing-pusing satu sekolah... Balas dendam tak dapat pergi jalan-jalan cuti hari tu, HAx3... Jalan-jalan sampai penat biar puas hati, biar lapang sikit fikiran ni... Best pergi jalan-jalan sekitar Wosto, tengok pemandangan yang indah dekat sekolah ana yang tercinta ni... ada padang bola yang luas, hutan-hutan, kebun-kebun.... yang tenang mata memandang.... tenang sekejap pemikiran ana yang kadang-kadang berserabut ni...

* Oh, minggu ni ada programlah... kena jadi fasilitator... kalau dah ada program macam ni, nak study macam manapun mesti tak sempat punya... cubalah curi masa tang manapun... mesti tak dapat punya sebab jadual memang pack.... dah habis program hari tu, waktu balik memang penat sangat-sangat jadi, katil saja tempat yang paling nak ditujui... Okey, kalau hari Sabtu, Ahad ada program macam ni.... Janganlah fikir-fikir sangat nak study... Just be positive and keep the programme smoothly... Bila lagi nak beramah mesra dengan adik-adik... waktu-waktu macam ni saja yang ada... nanti dah keluar sekolah mulalah rindu dan menyesal tak buat dulu...

* Oh, minggu depan nak periksa pulalah.. Ok, ana mulalah study lebih sikit daripada hari-hari biasa... malam berjagalah juga tapi jujur, mata ni memang nak tertutup juga... Kalau macam tu, ana tidurlah dulu... nanti tengah-tengah malam kenalah berjaga sorang-sorang... Mujurlah, ana ni orang yang berani, berjaga malam-malam hari macam ni... dengar bunyi orang main tray dekat dewan makanlah, itulah inilah... seram sejuk juga waktu tu, mujurlah just bunyi-bunyi saja... Ah, malaslah nak fikir yang bukan-bukan, niat dihati kena diteruskan... Alhamdulillah, sepanjang berjaga malam pukul 2,3 pagi tak pernahlah pula kena kacau, tak ada pun nampak kelibat itu ini... Ya, Alhamdulillah...

* Oh, hari ni ustaz baru bagi jadual peperiksaan sebenar... SALINx2, susun kemas-kemas sikit jadual tu dekat kertas lain... rangka masa Nwaktu-waktu lapang supaya senang nak study, supaya tak stress nak study... Minggu-minggu terakhir macam ni,perasaan cemas memang dah mula menguasai sebahagian emosi jadi, persediaan awal dengan membuat jadual dan dapat pula meneliti hari-hari serta waktu-waktu lapang sepanjang peperiksaan nanti, penting... kerana itu sajalah yang mampu menenangkan hati, menaikkan semula seri yang dah mula hambar di muka ini... Susah betul nak jumpa budak-budak yang mampu lagi nak tersenyum happy waktu-waktu macam ni... Ok, dah siap buat jadual tu... tampalkan dekat pintu loker kayu tu.... senang nak ‘check’ dan buat persediaan ala kadar.... mana yang nak kena study lebih, mana yang kena study kurang, mana yang kena study sederhana... Ya, keputusan percubaan dan pertengahan tahun memang diperlukan untuk menentukan semua ni... mana yang lemah lagi tu, kena study lebih... jangan asyik study m/p yang kita minat saja taw...

>P/S: 1. Ambil kalendar atau perancangan sepanjang tahun... check cuti bila? sekolah bila? 2. Tengok result mana yang low, sederhana, tinggi markahnya.. 3. Check jadual peperiksaan sebenar, bila tarikh periksa m/p-m/p berkenaan.... TUMPUkan LEBIH pada subjek yang bermula pada minggu pertama, kedua dahulu... tengok jarak cuti,masa lapang antara subjek... subjek yang sebelumnya ada masa lapang banyak JANGAN STUDY LAGI! Study m/p minggu pertama dan kedua dulu... 4. Hari-hari sekolah study satu subjek sahaja, untuk elak STRESS.... 5. Hari cuti STUDY paling banyak 3 m/p sahaja, elak kepala serabut...

>>>>>> Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka sebenarnya gagal untuk merancang <<<<<<<

* Sebulan saja lagi nak SPM... JAIP telah berbaik hati menganjurkan Bengkel Seminar Skor Semua A... ramai guru cemerlang dijemput untuk memberikan tips dan cara-cara untuk skor dalam semua subjek yang diambil... Habis saja seminar untuk hari tu, ana akan pastikan apa yang diajarkan tadi difahami sepenuhnya dan ana mulalah mempraktikkannya.... Kadang-kadang, sampai tengah malam study untuk memastikan apa yang dicurahkan tadi dapat digunakan nDiamalkan dengan baik bila peperiksaan sebenar nanti... Alhamdulillah, dapat seminar percuma daripada JAIP... Yes, ada peningkatan dalam result SPM sebenar... Kiranya berkesanlah apa yang diajar dan disampaikan oleh guru-guru cemerlang tu, thanks cikgu...

* Ok, esok dah nak periksa... ‘check’ sikit lagi... mana-mana yang rasa akan keluar periksa nanti, kira macam buat ramalanlah ni... nak study beriya-iya waktu ni, memang dah tak sempat dan tak mampu.... Masa tidur, still kena tidur awal... jangan stress-stress, kalau nak baca pun tinggal baca-baca nota, itu dan ini... sebab waktu-waktu macam memang otak dah kira full dah ni... tinggal nak tulis dekat paper saja lagi... Kunci utama menjawab peperiksaan dan berada dalam dewan nanti ialah KEYAKINAN, apa yang kita dah study, itulah yang akan keluar nanti... kalau ada lari, sikit je tu, tak banyak pun... Jangan cemas dan gusar sangat waktu jawab periksa tu... jawab dengan penuh tenang, baca soalan dengan penuh teliti dan hati-hati... supaya tak cuai nanti... jangan TERLALU YAKIN dan jangan TERLALU BIMBANG.... 


Cuma jawab apa yang anda rasa betul dekat dalam paper tu... apa yang berlegar dekat fikiran anda tu, itulah jawapan yang anda patut beri... anggap saja apa yang anda jawab tu nanti, semuanya betul... 


Ok, bila ketua pengawas kata,” Masa menjawab tinggal 10 minit lagi”... jangan kalut, ‘check’ lagi apa yang anda dah jawab tadi, berulang-ulang kali... pastikan anda puas hati dengan jawapan yang anda dah beri... Pastikan jawapan yang diberi menepati soalan yang dikemukakan... kalau anda rasa ragu-ragu... anda masih ada kesempatan nak betulkan kesilapan tu, sebelum kertas jawapan dikutip....
Itu saja, mudah kan?

* Ok, minggu pertama periksa jadual memang pack... Tak masa sangat nak rehat, balik periksa... terus study nota-nota lain pula... Ok, minggu kedua... jadual agak kosong tapi ada m/p Add Mathlah pula... jadi, subjek ni memang ana lemah sikit.... Hari-hari cuti macam ni perlulah dihabiskan dengan study m/p Add Math je... Ikutlah m/p apa yang anda lemah, kalau lemah m/p Add Math macam ana, study Add Mathlah.... kalau lemah m/p lain, study m/p tulah... Hari-hari sepanjang peperiksaan macam ni sebenarnya, membuatkan fikiran ana lebih lapang, because we just need to focus on one, or two subjects that we get low marks in trial... Tak perlu fikir banyak-banyak, cuma tinggal fokus saja lagi...

* Ok, yang pasti sepanjang menduduki peperiksaan SPM tahun 2011 tu, ana tak stress langsung siap sempat main game lagi.... Alah, game kat handset dan dalam laptop ni je pun... Buatlah apa saja asalkan, bosan tak mematikan minat anda untuk terus berusaha dan study di saat-saat akhir dan genting macam ni... mungkin ada kelemahan yang selama ni tak diperbaiki lagi, waktu-waktu macam nilah nak perbaiki semua tu jadi, pastikan anda tetap STUDY dan check di mana kelemahan anda selama ini... Ok, SELAMAT MAJU JAYA kepada semua pembaca! Lakukan semua perkara dengan bersungguh-sungguh... tiada alasan untuk tidak berjaya... Semoga kita semua mendapat kejayaan di dunia dan akhirat... Aamiiin...

* Okey, itu saja yang ana buat sepanjang tahun ni untuk menghadapi peperiksaan SPM... kalau ana study dan lebih fokus lagi, ana pasti dapat menggenggam straight ‘A tu... tapi, tak mengapa bukan straight ‘A yang ana cari sebenarnya... kalau ana dapat straight ‘A pastinya, ana bukan jadi macam diri ana yang sekarang ni.. mungkin dah jadi macam orang lain tu... Ana rasa mesti ana tak kongsi cerita ni dekat readers semua...

Jadi, kita kenalah sama-sama bersyukur dengan apa yang Allah dah beri...
 “Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya... jadi, jangan mudah berputus asa...
 Oh, teruskanlah usahamu pasti kau akan bertemu... apa yang selama ini kau cari...
 pastikan kau terus mengingati bahawa Allah sentiasa berada di sisi... supaya kau tak buat kesilapan besar nanti” nyanyikan ikut ritma lagu Najwa Latif, Cinta Muka Buku...

* “Eh, tak percayalah!, tipu semua ni”
“ Siapa yang menipu ni... sukalah kalau tak nak percaya... Kalau tak puas hati lagi, silalah tanya akak, abang-abang, adik-adik, abah, emak ana... Semua yang ana buat dan tulis dekat sini, semuanya betul, tak ada apa-apa pun yang terlindung dan tersembunyi... tak ada apa pun yang nak dirahsiakan daripada readers tentang resepi kejayaan ana... yang taklah cemerlang sangat tapi, bolehlah.... kalau nak dijadikan inspirasi....”

* Lastly, ana nak cakap bahawa, dah betul sangat dah tu, apa yang ana tulis tu... Aktiviti-aktiviti dekat asrama tu readers semua bolehlah bertanya kepada rakan-rakan seperjuangan ana dan bekas adik bilik ana... Lagipun dekat asrama tu, mana ada ana buang-buang masa sangat dengan melepak ni... kalau lepak dengan kawan-kawan pun mesti pasal study...  Jaranglah nak tengok muka ni melepak kalau bukan pasal study...

Pesanan ana kepada readers yang duduk asrama tu... ikutlah jadual dan aktiviti yang telah ditetapkan dengan baik, masa-masa lapang janganlah dihabiskan dengan melepak, kalau bosan bawa-bawalah bersiar-siar sekitar asrama dan kawasan sekolah, jangan mematikan minat dan kesungguhan anda untuk belajar dengan terus menghantui diri dengan kebosanan yang dicipta sendiri... 


Kadang-kala, kalau bosan cubalah jalankan hobi seperti berkebun di taman mini aspuri, berjogging, melukis, bermain puzzle... ikutlah minat dan hobi anda yang tersendiri... Kepada budak lelaki, bolehlah bermain bola dekat padang yang luas tu, waktu hari-hari cuti...

Anda mampu menjadi yang terbaik walaupun tanpa pergi ke kelas-kelas tuisyen... Di manapun anda belajar, seceruk manapun tempat itu, jikalau anda berusaha bersungguh-sungguh pasti anda juga mampu berjaya seperti orang lain... Jangan pernah berasa rendah diri.. Yang penting, berikan yang terbaik dari dalam diri anda untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang... 


Di mana ada usaha, di situ ada jalan... bukan semua orang dilahirkan dalam kesenangan tetapi semua orang berhak untuk mendapatkan kesenangan itu... “Tak susah nak jadi susah, tak mudah nak jadi mudah,” kata-kata ustaz ana dulu...

Ok, yang penting! Semua usaha ana selama ni memang berbaloi, tak sia-sia sama sekali... Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada semua guru sama ada yang pernah mengajar ana secara langsung atau secara tidak langsung... Semoga usaha murnimu itu akan mendapat keredhaan daripadaNya... Aamiin.. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasamu wahai guru-guruku!

* Alhamdulillah, semuanya dah berakhir dengan happy ending... lepas ni lebih banyak cabaran baru yang perlu ditempuhi... So, watch out and be more careful, okey... Better try next time... Sekian dulu daripada ana, best stud celup....

Bimbingan SMART STUDY

Assalammualaikum....

Alah, ada adik ni bertanya tips dekat ana macam mana ana STUDY! Jujur, ana ni taklah serajin Nik Nur Madihah dalam bab-bab STUDY ni...
Taklah rajin mana STUDY, main koi rajin! Kalau cuti-cuti sekolah habis semua GAME dekat dalam komputer rumah tu koi main... HAx3...
Baca buku AKADEMIK waktu cuti penggal persekolahan HARAM...
Nak baca, sentuh pun jauh sekali... kalau sentuhpun sebab nak susun tu je... nak baca tak terlintas langsung dekat otak ni kut....
THANKS kepada adik yang sudi bertanya!
Okey, tips-tips SMART STUDY...



TIPS UMUM ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Tumpuan di dalam kelas.... memang ayat tipikal setiap pelajar cemerlang... nak buat macam mana? Ni memang TOP TIPS, untuk belajar dekat dalam kelas... Jadi, jangan bermain atau tidur dalam kelas YA!

2. STUDY dari awal tahun, jangan malas... Sekurang-kurangnya, buatlah latihan yang diberikan oleh guru-2 sahaja... Ni memang tahap PALING MALAS..

3. Mula-mula, dulu memang ana ni malas buat latihan dalam semua subjek tapi, beberapa bulan terakhir sebelum SPM ana baru perasan yang Malaysia sebenarnya, mengamalkan pembelajaran berteraskan peperiksaan jadi, BUKU LATIHAN yang PALING DISYORkan untuk para pelajar beli ialah buku KOLEKSI SOALAN2 TAHUN2 LEPAS.. Lagipun, bentuk soalan peperiksaan ni sebenarnya lebih kurang je tiap2 tahun....

4. Tambahan pula, dengan membuat latihan DENGAN BUKU NI, STUDENT boleh MENGUASAI TEKNIK MENJAWAB soalan-soalan peperiksaan.... dah habis buat semua dalam buku koleksi tu, baru beli buku latihan lain... tak adalah membazir nanti....

5. Letakkan matlamat yang mencabar dalam diri anda. Ini bermakna, “Sukar untuk dicapai tetapi memerlukan kesungguhan untuk berjaya”... Jadi elok diletakkan matlamat di tahap yang agak tinggi, di mana anda berpeluang untuk memperolehnya dengan syarat anda bersungguh2. Dengan berbuat demikian, anda tiada pilihan lain kecuali bertungkus-lumus sepanjang masa untuk mencapainya. Ok, matlamat ana... SILA RUJUK di sini...

6. Menghadiri seminar dan bengkel menjawab soalan-soalan peperiksaan.... Alhamdulillah, ana sendiri dapat bengkel percuma anjuran JAIP tahun lepas... Kalau dah rezeki memang tak ke mana, kan? Allah sentiasa tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Kalau nak pergi seminar dekat luar, jangan haraplah! Nak sampai tempat tu.. dalam mimipi pun susah!Hee

7. Jangan terlalu mempercayai soalan-2 ramalan, STUDY semua bab dalam setiap mata pelajaran daripada awal tahun.... Jangan terlalu berharap kepada soalan-2 ramalan, OKEY!

8. Belajarlah membuat analisa soalan.... Jika tahun lepas, soalan bab tu dah keluar jadi biasanya, JARANG kementerian nak keluarkan soalan yang sama lagi tahun ni... Daripada analisa yang dibuat, anda boleh TARGET soalan apa yang akan keluar dalam PEPERIKSAAN sebenar nanti...  Analisa soalan-2 yang telah keluar pada tahun-2 sebelumnya BIASAnya terdapat dalam setiap buku KOLEKSI SOALAN atau KERTAS MODEL AKTUAL.... Mintalah bantu GURU-2 untuk menyediakannya, kerana guru-2 memang berpengalaman membuat analisa sebegini...

9. Soalan percubaan biasanya, digubal oleh negeri masing-2... Oleh itu, FOKUS pada bahan-2 daripada program khas akademik negeri masing-2, Pahang-JUJ, Kelantak-Gerak Gempur.
10. Sekali-sekala, bacalah buku-buku motivasi, buku teknik belajar atau menghadiri kem-2 motivasi belajar.... kalau rajin cari di internet pun boleh asalkan, anda rajin mencari....

“Jika orang lain tidak mampu memotivasikan diri anda,      anda sendiri yang perlu memotivasikan diri”

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali                                                          mereka sendiri yang berusaha untuk merubahnya.

TIPS KHUSUS ~~~~~~~~~~~~~ Kepada semua PELAJAR SEKOLAH ~~~~~~~~~~~~

Ramai student yang suka sangat beli buku-buku rujukan... Rasanya, tak payah kut! Serious membazir duit je! TERUTAMA kepada BUDAK SAINS TULEN... *** Maaf bukan nak condemn mana2 pihak....

**** Senang cerita SEMUA SUBJEK readers GUNA jelah BUKU TEKS.... Jimat pun jimat! Faktanya tepat! Menepati silibus pun ya!

KEMENTERIAN kalau GUBAL SOALAN tak adanya, nak tanya benda2 yang tak ada dalam buku teks ni.... semuanya IKUT silibus BUKU TEKS....  jadi, JANGAN RAGU2 untuk study guna BUKU TEKS, OKEY!

Cikgu berpengalaman pun ada bagitahu ana, tentang semua ni dekat seminar dulu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~SUBJEK-2 BAHASA seperti Bahasa Melayu, Bahasa Arab nEnglish....                                        
~~~~~ Macam biasalah kena banyak membaca dan rajin-rajinlah buat karangan... Alah, buat ayat-ayat yang SIMPLE je supaya tak banyak kesalahan tatabahasa. Ya, supaya karangan anda GRAMATIS... sifar kesalahan GRAMMAR a.k.a tatabahasa...

~~~~~ Perbendaharaan katapun kena banyak dan kadang-kadang susah nak ingat jadi, sila cuba buat PETA MINDA dan ikut tips ni, okey! Kadang-kadang, cubalah BUAT LAGU ke? Atau apa-apa saja yang lebih menarik supaya dapat tingkatkan VOCABULARY kita dalam subjek-2 ni...

~~~~~ Ya, ANDA MAMPU MENGUASAInya sebagai second languages anda... mungkin anda boleh jadi seorang pakar bahasa suatu hari nanti... Tuah manusia kita tak tahu, kan? Jadi, SELAMAT BERUSAHA,  CAIYOK-2.... Tak rugipun kalau mahir dalam bidang bahasa ni, nak kerja pun senang... Semua syarikat sibuk duk cari mereka yang ada kemahiran macam ni..

LEBIH SPESIFIK ~~~~~~~~ M/p-2 budak SEKOLAH AGAMA punya ~~~~~~~~~~

*** Khusus untuk SPM namun, masih sesuai untuk UPSR dan PMR.. Sekian, dimaklumkan..

******************************* Aliran Agama ******************************


2. ##### Pendidikan Syariah Islamiah


******************************** Subjek Teras *******************************


5. ##### English (Writing)
************* English (

6. ##### Matematik

7. ##### Sains

8. ##### Sejarah

********************************* Aliran Sastera *****************************

9. ##### Prinsip Perakaunan

10. ##### Perdagangan


**************************** Ana tak ambil m/p ni ****************************

12. ##### Ekonomi Asas


14. ##### Sains Tulen (Biologi, Fizik, Kimia)

~~~~~~~~~~~~~~ Disediakan oleh: best stud celup.

Sains Tulen


Ya, salah seorang kawan ana ni dia kata, 
“JANGAN BACA BUKU RUJUKAN” seperti LONGMAN, PanAsia, Pacifik...
sebabnya dalam buku tu kandungan dan infonya terlalu berlebihan. 

Ya > LEBIH DARIPADA SILIBUS buku teks..  Ana tak ambil aliran sains tulen ni jadi, tak mampulah nak cerita lebih-2...

~~~~ Emm, SORRY! Bukan tak layak nak ambil tapi, SERIOUS malas nak berhadapan dengan subjek yang diajarkan dalam Bahasa Melayu di dalam kelas tapi, buku teks dalam bahasa Inggeris....
SERIOUS dah jadi rojak sekejap kepala ni waktu mula-2 dulu...

** Ceritanya macam ni, ana dulu pernahlah, belajar subjek FIZIK, BIO, KIMIA tapi untuk sebulan jewlah.... Lepas tu, ana pindah nAmbil aliran SASTERA IKHTISAS.... 

Kiranya ana ni BERPENGALAMANlah belajar dua-2 aliran. Hebatkan? Orang lain ada!

**** p/s: Emm, maaf sekali READERS! Tak dapet eden nak nolong...

Perdagangan


~~~~ KESELURUHAN SUBJEK
* Dapatkan Modul Pembelajaran Teknikal (M-Tek) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta soalan Projek JUJ.
* Buat dan kuasai latihan setiap topik, jika pelajar mampu menguasainya dengan baik. Pelajar mampu memperoleh ‘A dalam subjek ini.
* Ulangkaji mengggunakan buku teks, 
*** buku rujukan fakta mungkin kurang tepat.

~~~~ Kertas 1 – 40 soalan objektif (40 m)
* Tips : Banyakkan menjawab soalan-soalan tahun lepas, kebiasaannya soalan-soalan subjekif hampir sama setiap tahun.

~~~~ Kertas 2 – 2 Bahagian (25 m ^ 4 = 100 m)
Bahagian A – 5 soalan jawab 3, Bahagian B – 1 soalan wajib jawab (soalan kajian kes)
1. Fakta mestilah jelas&lengkap berdasarkan gambar, dialog bahan ransangan yg diberikan.
2. Jangan ulang sebarang fakta.
3. Tulis jawapan dalam bentuk poin tak perlu dalam bentuk esei.
4. Berikan jawapan mengikut peruntukan markah jika 8 markah, berikan 8 isi/poin.
5. Fakta perlulah relevan dgn soalan yg diberikan. Kenal pasti kata kunci soalan spy jawapan tidak terpesong.
6. Buat rangka serta jawab 30 minit per soalan termasuk bacaan sepintas lalu soalan-soalan.
7. Untuk mendapatkan (100 markah/markah penuh). Pastikan anda telah memberikan 100 poin. 1 poin = 1 markah.

8. Kata kunci soalan
* Apakah – berikan TAKRIF
* Jelaskan – berikan KETERANGAN
* Bandingkan – jawab menggunakan kolum, jawapan mestilah berpasangan, terperinci dan teratur.
* Huraikan – PERIHALkan, berikan fakta+huraian
* Mengapakah – SEBAB BERLAKU, kebaikan/keburukan
* Bagaimanakah – PENERANGAN cara/ keadaan sesuatu
* Soalan membuat keputusan 
– buat pilihan yang sesuai dan berikan sebab pilih/kebaikan yang dipilih..... 
*Boleh buat dua-dua jika, kurang pasti....

Pendidikan Syariah Islamiah


##### Jawapan mestilah ditulis dalam tulisan JAWI, jawapan yang ditulis dengan tulisan RUMI akan diberikan ‘0’ markah...

##### Kunci Soalan:
* Nyatakan – ISI sahaja (tak perlu huraian)
* Jelaskan, Terangkan – ISI + Huraian@contoh
~~~ Huraian: Kerana, untuk, agar, oleh itu, sebaliknya, dan, kepada, terhadap, daripada, apabila, sekiranya
~~~ Contoh: iaitu, seperti, misalnya, contohnya

##### Sabab nuzul ayat: Markah tetap (4m) walaupun pendek, tetapi mesti m’punyai 4 poin.

##### Istinbat hukum :
~~~ Markah (4m), mesti berikan 4 poin.
~~~ Mesti menyatakan lafaz/kalimah... Kemudian, terangkan lafaz/kalimah itu apa? Menunjukkan perintah apa? Ceritakan kesimpulan daripada hukum tersebut...
                                                  Contoh:                                                                           ادعوهم لابائهم merupakan Feil amar... yang menunjukkan perintah wajib... Oleh itu, anak-anak wajib dipanggil/dibinkan/dibintikan kepada bapa kandung mereka

##### Perbezaan:
~~~ Pelajar hanya akan diberikan 2 markah jika, kedua-2 jawapan yang diberikan, di kedua-2 bahagian betul..
~~~ Jawapan perlulah setara, jika jawapan ditulis dalam KOLUM...

##### Soalan berbentuk HUJAH/BUKTI:
~~~ Kunci soalan: Mengapa?
~~~ Jawapan: Berikan FAKTA + HURAIAN ( Kerana, oleh itu)
***** Hujah ULAMA’ : WAJIB hafal...

##### Berikan hukum:
~~~ Sah, tidak sah – berkaitan RUKUN sahaja
~~~ Wajib, sunat, harus, makruh, haram – yang TIDAK berkaitan dengan RUKUN...

##### Berikan langkah-2/cara-2 :
~~~ Berikan jawapan yang menggambarkan perbuatan/cara-2  

Sejarah


Kertas 1 – Objektif
* Buat soalan tahun-2 lepas, cari jawapan dalam buku teks dan tuliskan muka suratnya pada soalan berkenaan.
* Soalan biasanya ialah ulangan daripada tahun-2 lepas.
* Banyakkan latihan untuk lebih mahir.

Kertas 2 – Struktur dan esei
~ Soalan STRUKTUR
~ Pecahan soalan
- 1 soalan besar, 3 hingga 5 soalan anak

~ Soalan-2 kadang-2 mengelirukan.
-Jadi, kalau tidak pasti tulis dua-2.
-Tulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran.

~ Peruntukan markah
- 1 hingga 4 markah

~ Persembahan isi
-Tak perlu huraian isi, tuliskan fakta sahaja KECUALI konsep/takrif
-Jawapan ditulis seringkas mungkin.

(Soalan BERIKAN - 1 PERKATAAN sahaja diperlukan),
*Biasanya jawapan dalam bentuk perbuatan dan cara
**CONTOH: BERIKAN 3 aktiviti ekonomi sara diri.
JAWAPAN:1.Bertani 2.Menternak 3.Memburu
JAWAPAN YANG TIDAK DITERIMA: 1.Pertanian 2.Penternakan  

(SIAPAKAH GOLONGAN YANG TERLIBAT- RANGKAI KATA diperlukan),
(MENGAPAKAH? – FRASA diperlukan),
(APAKAH – AYAT TUNGGAL diperlukan)

#Soalan ESEI
#Esei WAJIB ditulis dalam bentuk AYAT.
- Dilarang menulis dalam bentuk poin/ menggunakan tanda DASH-2 – dipotong ½ m jika buat
- Perenggan jangan terlalu LEBAR. Satu perenggan tulis hanya 3 baris ayat kemudian, selang satu baris. Memudahkan pemeriksa untuk menyemak.

#Pecahan soalan esei – Jawab 1 ESEI 30 minit sahaja
- 1 soalan BESAR, 3 soalan KECIL – fakta, fakta, KBKK

#Bentuk soalan
- Bebas- Tidak menyatakan jumlah isi yang diperlukan
- Terikat- Dinyatakan berapa isi yang diperlukan, perlu lebih TELITI pada tugasan, kata kunci, kehendak soalan
- KBKK
*Tak perlu huraian/contoh
*Nyatakan setuju/tak setuju jika ditanya.
*Soalan direka atau dibuat berdasarkan RUMUSAN pada setiap bab.
*Berikan NILAI/iktibar/PENGAJARAN

#Tugasan soalan
Kategori 1 (Sila berikan FAKTA sahaja) - ada 7
-Apakah –Mengapakah –Bagaimanakah –Senaraikan –Nyatakan –Jelaskan -Ceritakan

Kategori 2 (Sila berikan FAKTA+HURAIAN+CONTOH) – ada 2 sahaja
-Huraikan –Terangkan *SETIAP fakta, huraian, contoh diberikan 1 markah.

Kategori 3 (Soalan yang terbahagi kepada beberapa bahagian)
***CONTOH:
1. Mengapakah kumpulan *(orang Melayu radikal) dan *(orang dagang) menyokong Malayan Union?
2. Terangkan faktor-2 penggubalan dasar luar negara Malaysia.
Dasar Luar Malaysia ( *1. Pro-Barat / *2. Berkecuali / *3. Kepentingan ekonomi )

* Anda boleh menghuraikan satu fakta sahaja.
* Soalan perbandingan- Jika tahu 1 fakta sahaja, tulis/jawab mengenai 1 sahaja.
- Jawab dahulu yang anda tahu kemudian disusuli dengan yang anda kurang tahu.

3. Soalan terikat namum, bersifat berganda.
CONTOH: Huraikan 4 ciri.

* Tak perlu berikan 4 fakta jika, huraian anda banyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...