Isnin, April 23

Bahasa Melayu (Kemahiran berbahasa)


(Rumusan, Pemahaman, Pengetahuan dan kemahiran tatabahasa, pengetahuan novel) 

########################## Rumusan (30 m) ##########################
a) Isi- 20 m
b) Bahasa- 10 m

***** Nota penting:
1. Panduan mengira perkataan, perkataan yang dikira satu patah perkataan:
_Nama Khas
_ Kata berganda
_Penggunaan kata sendi di @ ke
_Tarikh
_Angka yang ditulis dalam perkataan/nombor
_Gelaran                

2. Kira dan tandakan jawapan setakat 120 patah perkataan sahaja... jika lebih 2,3 perkataan tidak mengapa....

3. Format Rumusan:
        i.     Pendahuluan   
      ii.      Isi tersurat
    iii.       Isi tersirat
    iv.       Kesimpulan

$$$$$ Bahagian penting dalam Pendahuluan: $$$$$
1. Pendahuluan ditulis dalam satu ayat
2. Pendahuluan ditulis berdasarkan kepada kata kunci pertama.
3. Pelajar perlu menukar kata kunci pertama dengan perkataan seerti @ sinonim  

~~~CONTOH SOALAN: Baca petikan di bawah denagn teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang (KATA KUNCI PERTAMA: *faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik) dan (KATA KUNCI KEDUA: sebab-sebab penubuhannya).  
                                                          *ditukar                                                 
~~~ Contoh jawapan: Petikan membincangkan *peranan/manfaat/kebaikan/kepentingan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik. 

$$$$$ Bahagian penting dalam mengenal isi tersurat $$$$$
1. Isi tersurat berdasarkan kata kunci pertama
2. Jumlah maksimum isi yang perlu ditulis sebanyak 6 isi sahaja
3. Isi tersurat biasanya dapat diketahui apabila menggunakan kata kerja transitif (meN-, meN...i, atau meN...kan) atau kata bantu (untuk, akan, hendaklah, perlu, dapat)
4. Isi tersurat sebaik-baiknya ditulis mengikut tertib.
5. Tidak perlu huraian dan contoh.
6. Tidak perlu menambahkan tanda wacana antara isi tersurat.
7. Jangan terlalu mengubah ayat asal di dalam petikan yang diberi.
8. Mulakan perenggan isi tersurat dengan kata kunci pertama misalnya, Antara peranannya ialah, Faedah-faedahnya ialah, Kelebihannya ialah...

$$$$$ Bahagian penting dalam mengenal isi tersirat $$$$$
1. Isi tersirat berdasarkan kata kunci kedua.
2. Jumlah minimum isi tersirat 2 isi sahaja... ikut keperluan..
3. Ditulis berdasarkan pendapat pelajar itu sendiri.
4. Dicadangkan menyentuh kepada 3 pihak, individu, masyarakat dan kerajaan/negara.
5. Memulakan perenggan isi tersirat dengan kata kunci kedua misalnya, Kesan-kesannya ialah...., Langkah-langkahnya mengatasinya ialah....

$$$$$ Bahagian penting dalam menulis kesimpulan $$$$$
1. Ditulis dalam sebaris atyat.
2. Tidak menggunakan ayat yang sama seperti isi tersurat/ isi tersirat.
3. Kesimpulan mesti ada 2 unsur, iaitu cadangan dan *kesan cadangan. *mesti positif
4. Menggunakan perkataan 
(KESIMPULANNYA, isu dalam petikan + CADANGAN, perlulah/hendaklah/mestilah + bagi/supaya/untuk/demi/bagi + KESAN CADANGAN, sesuatu yang positif yang ada kaitan dengan isu petikan).

*CONTOH :
Kesimpulannya, isu pembalakan haram perlulah ditangani dengan segera agar tidak timbul masalah kerosakan alam sekitar di negara ini.

################ Tips menjawab soalan pemahaman: ###################

1. Fahami petikan yang diberi sepenuhnya.
2. Jawapan biasanya ada dalam petikan.
3. Buat banyak latihan menjawab untuk cepat mahir. Semak soalan dan contoh jawapan yang disediakan dalam buku latihan yang dibeli.
4. Jawab dengan menggunakan ayat yang lengkap.
5. Ubah semua perkataan untuk soalan berikan MAKSUD RANGKAI KATA.
6. Jawapan soalan KBKK, jangan ada kesalahan tatabahasa.

############ Tips menjawab soalan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa #############

***** 1. Membina ayat.
a. Setiap ayat yang betul diberikan satu markah.
b. Tidak boleh dijadikan peribahasa.
c. Tidak boleh dijadikan kata nama khas.
d. Tidak boleh digandakan bagi perkataan yang diberi.
e. Jika ayat memberikan makna yang tepat sahaja diberikan markah.
f. Perkataan-perkataan yang diberi jika, dijadikan satu ayat... dianggap satu ayat.
g. Fakta dalam ayat mestilah betul dan jelas.
h. Jika sengaja menambah/meninggalkan imbuhan, diberikan 0 markah.

***** Keseluruhan:
Banyakkan membuat latihan untuk mengenalpasti kesalahan ejaan, imbuhan, atau istilah.
Banyakkan membuat latihan untuk mengingati peribahasa-peribahasa.

##################### Tips menjawab persoalan novel ####################

1. Jawab berdasarkan satu novel sahaja/ dua novel jika soalan perbandingan.
2. Jawapan mestilah dalam ayat yang sempurna.
3. Markah dinilai daripada segi aspek Isi (I) dan Bahasa (B).
4. Jika 7 markah- Isi (4m) dan Bahasa (3m).
5. Jika 8 markah- Isi (8m) @ Isi (6m), Bahasa (2m)
6. Elakkan kesalahan bahasa yang ketara.
7. Kesalahan ejaan ditolak ½ markah.
8. Banyakkan latihan untuk menguasai keseluruhan novel.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...