Ahad, April 1

Tips Happy membaca

Okey, hari ini nak kongsi tips Happy membaca... bukan senang nak suka, cinta membaca... bukan senang nak tanam minat dalam membaca ni... tapi, taklah susah sangat kalau berusaha nak ubah tabiat negatif... malas membaca ni kepada rajin dan cinta akan membaca... 

Ya, bagus program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)! Ajar budak sekolah rajin membaca... Lagipun , tak rugi kalau rajin membaca... sebab membaca itu kunci ILMU pengetahuan... buku apa-apa pun bagus di baca termasuk komik dam majalah... tapi, pandai-pandailah pilih! Jangan pilih hak lucah-lucah, banyak lagha, sembang Nbincang perkara sia-sia... kalau tak makin hitam hati adalah... LU FIKIRLAH SENDIRI...

~~~~~~~ Jangan lupa baca BISMILLAH dan doa sebelum membaca.... kerana sesuatu yang dibuat tanpa menyebutkan nama Allah adalah sia-sia, Al-Hadis......

~~~~ Okey, mula-mula sekali kenal diri sendiri... anda jenis yang macam mana... boleh study Nmembaca waktu suasana apa? Bising, sunyi, sederhana sunyi.. 


Tak kisahlah apa... yang pasti anda boleh fokus dan faham apa yang anda baca waktu tu... Jangan lepas baca jadi, pana tak faham satu habuk pun yang dibaca... 


Yang pasti suasana tu menenangkan, anda pun tak rasa serabut dengan suasana dan keadaan tu...  Kalau dekat situ pasang kipas, anda dapat dengar bunyi kipas itu walaupun anda sedang STUDY.... 


Hal ini kerana, waktu itu anda sangat-sangat fokus... Mendengar bunyi kipas, bunyi rintikan hujan sebenarnya boleh menenangkan lagi emosi anda... CHECK di sini...

~~~~ Kemudian, kalau boleh baca tu kuat sikit... jangan kuat sangat, agak-agak diri sendiri boleh dengar sudahlah... supaya otak boleh tafsir dan fahamkan apa yang terlintas di mata dengan apa yang didengar oleh telinga.. 


Jadi, taklah terkeliru...Maklum, kadang-kadang tulis dekat buku lain, hangpa baca lain, tak ke salah fakta... Ha! Yang pasti kalau nak cepat mengingat boleh guna cara ni..


~~~~~ Elakkan membaca tanpa henti, cuba baca selama 30 minit, diselangkan dengan rehat selama 5 minit supaya tumpuan dapat ditingkatkan semula.

~~~~~ Lepas tu, pastikan anda tenang ketika membaca kalau stess, tension, kecewa, emosi bergelora waktu tu.. baik jangan baca buku ilmiah... sebabnya sure tak masuk kepala punya!


Cuba jalankan hobi ke? Bawa-bawa mengaji dulu ke? Alah 1,2 muka surat jadilah.. Agak-agak rasa hilang tension, cukuplah... Berjalan-jalan dekat koridor dulu ke? Atau apa-apa yang anda suka buat... 


Buatlah apa-apa saja yang anda suka Nminat sebelum membaca untuk memotivasi dan menenangkan diri, ok! Mudah saja, kan? Asalkan anda happy...


Kalau mengantuk baik tidurlah sebentar dahulu, OKEY!

~~~~~ Sesetengah motivator ada mengajarkan satu cara nak hilangkan stress sebelum membaca...


Kaedahnya begini, mula-mula ambil apa-apa kertas yang sudah tidak digunakan............................. Lepas tu, tulis semua perkara yang terbeban dan tersimpan di hati dan fikiran waktu tu..................... Last sekali, remukkan sambil berazam nak buangkan bebanan perasaan waktu itu................................ dan lempar kertas yg diremuk tadi sekuat hati ke dalam tong sampah..............

Kalau tak masuk tong, tolong kutip ya! Jangan biar saja, Allah tak suka kotor, serabut ni weh!


................................................. Allah itu cantik dan sukakan kecantikan ...................................................... 
.............Jadi, jaga kebersihan, kecantikan, kekemasan tempat STUDY a.k.a KEDIAMAN anda.............



~~~ TIPS TAMBAHAN daripada Buku Teknik Berkesan Bijak Belajar karya Dr. Shukri Abdullah



>>> Aktiviti sebelum membaca

1. Mula-mula tetapkan tajuk yang hendak dibaca, berapa m/s, berapa masa yang diperlukan.   Tidak perlu menetapkan masa yang panjang setengah jam sudah mencukupi untuk suatu tajuk dan m/p.

2. Sediakan kamus jika perlu, kamus BM, BI, BA, MT, SC.... ikut m/p yang nak dibaca. Sediakan air minum jangan berais... Minum air dengan banyak baik untuk kesihatan.

3. Mulakan membaca dengan doa ringkas, senyum dan sedut nafas 3 kali. Oksigen adalah makanan utama otak.

>>> Aktiviti semasa membaca

1. Setelah menetapkan apa yang hendak dibaca, jangan buat kerja lain dalam tempoh tersebut. Latih diri agar dapat memberi tumpuan sepenuhnya.

2. Mula-mula, sekali baca soalan-soalan yang ada dihujung bab yang ingin dibaca. Tujuannya semata-mata ingin mendapatkan gambaran mengenai tajuk yang dibaca sahaja, bukan untuk menjawab soalan tersebut. Supaya dari situ, anda boleh mendapat idea perkara-perkara yang dibincangkan di dalam bab atau tajuk berkenaan a.k.a GAMBARAN AWAL BAB atau tajuk yang dibaca.

3. Baca sekali lalu tajuk2 kecil bagi m/s yang ingin dibaca untuk mendapat gambaran kasar tajuk berkenaan. Kini, setelah membaca soalan di hujung bab serta tajuk-tajuk kecil di bab berkenaan, anda sudah mendapat sedikit sebanyak perkara yang akan dibincangkan dalm bab berkenaan.

4. Selepas itu bacalah huraian-huraian di m/s berkenaan. Apabila membaca, sila gambarkan dalam otak apa yang dibaca. Pendek kata, hayati sepenuhnya pa yang dibaca. Cara begini bukan sahaja membuatkan bacaan lebih menarik, malah membantu mengukuhkan lagi daya ingatan bagi tajuk berkenaan.

>>> Aktiviti selepas membaca

1. Setelah habis membaca, semak soalan latihan. Cuba buat latihan berkenaan. Ia boleh menguji sejauh mana adik memahami dan mengingati apa yang dibaca.

2. Jika berpeluang, ceritakan apa yang dibaca kepada sesiapa saja yang sudi mendengar misalnya ibu, ayah, abang, kakak, kawan. Jika anda boleh ber cerita dengan jelas apa yang di baru dibaca, ini bermakna anda bukan sahaja faham teks berkenaan tetapi anda juga mengingati apa yang dibaca itu. SYABAS! 

~~~~~~~~~~~~ Untuk cemerlang membaca, sila amalkan tips ini dan sila rujuk semula segala nasihat yang diberi supaya dapat diikuti dengan betul ~~~~~~~~~~~~~ *kredit Dr.Syukri Abdullah

Semoga anda kini tenang Nhappy nak baca buku lepas ni... Sekian, dulu buat kali ini... ASSALAMMUALAIKUM. Tips daripada, best stud celup...


                                                          JOM TERJAH : Teknik Ulangkaji

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...