Isnin, Februari 27

Aku bukan TAK NAK CHAT dengan kau TAPI....

###################################################################
Cerita kali ini ada kaitan dengan                                                                        
Jadi, kepada pembaca yang tak ada akaun FB,
jangan segan-segan nak tanya apa 
maksud-maksud istilah yang digunakan itu. HA x3....
Tapi, bukan dekat sinilah... dekat kawan-kawan 
antum, antunna semualah... 
Kalau tanya kat sini 'sure' bukan ana yang tolong 'reply'...

###################################################################

     Tak sangka dia yang sapa ana dulu... 
ana mati-mati tak ingat nak tengok gambar dia, 
lepas hantar 'Friend Request' dan sampai dia 'confirm'kan pun 
ana 'still' tak tengok gambar dia... Yalah, dah ramai sangat orang 'confirm friend'
dengan ana waktu itu... Ana mati-mati tak ingat yang ana pernah kawan
dengan budak nama XXXXX waktu hantar 'friend request itu', 
sampailah dia tegur dan hantar mesej dekat ana dulu.
Lagipun, ana main 'add' saja sesiapa yang sama 'group'
dengan ana tapi, tak semua 'group'lah weh.... 
'group-group' terpilih saja.... 'group' budak-budak baiklah katakan...
Baiklah sangat!! Taklah baik sangat tapi 'still' orang-orang yang boleh dipercayai, okey!!

     "Itulah pasal!! Main FB, sesuka hati kau sajakan nak
'add' orang sana-sini... yang tak kenal pun 'add'... 
Bila orang tak 'approved' a.k.a. 'confirm'kan mulalah kena 'block'
daripada 'add friend'..... HA x3, padan muka kau, siapa suruh buat macam itu!"

Ceh! Padan muka aku? Jahat betul kau,kan?
Nak kutuk-kutuk aku, dulu bukan main suruh buat itu ini.. itu ini...
Sekarang mendabik dada pula nak salahkan aku!
Dulu tak nak nasihat macam ini, sekarang 
nasi dah jadi bubur, baru nak nasihat...
Ah! Sia-sia saja usaha kau itu... Kejam x3...
Betul-betul menzalimi diri sendiri..


    Tapi, tak apa ana memang suka pun kena 'block friend request'...
Mula-mula stress juga dibuatnya tapi, bila difikir-fikir balik bagus juga...
Entah siapa-siapa yang aku 'add' itu? Entah kenal, entah tidak!
Entahlah, Allah lebih mengetahui....
Tapi, macam biasa ana ambil hikmahnya saja...
'Serious koi kabo kat oakme yang yang ni memang pengalaman pahet tapi
maneh bila difikir-fikirkan semula'....
HA x3, ana sendiri pun asyik dok gelak saja menuleh cite nih... 


     Ana jadi lebih kuat, lebih mudah terima kenyataan,
 lebih mudah terima kesalahan diri sendiri...
lebih sabar... sebab tiap-tiap hari main FB tapi,
 tak boleh 'send friend request' selama satu minggu..
Lamanya... apa ertinya FB tanpa 'send friend request'
... HA x3...
'Actually', macam orang putus cinta ada jugakan? Rindu tapi,
tak boleh nak 'contact' dah..
Ish x3... Kesian x3.... 
Dah terhantuk baru nak terngadah 
jadi, memang buruk padahnya!!


    Sungguh memang pahit sangat X2, hati ini waktu itu... 
Hanya Tuhan yang tahu!!(nyanyi sikit)
Tapi, yang pahit itu ubat,
vaksin bila jatuh kali ke-2, kali ke-2 kena 'block' lagi bengang....
Orang dah 'cancel friend request' kawan-kawan sendiri pun boleh kena 'block'...
Eh, hairanlah.. kenapa kena 'block' lagi ini....
Padahal, rasanya dah 'cancel' dah mana-mana yang tak patut....
Jadi, macam biasa muncul dekat 'skrin' 3 pilihan....
Pilihan pertama 'cancel' semua sekali 'friend request', 
yang kedua tak payah 'cancel' langsung,
yang ketiga 'cancel' mengikut kawan kepada siapa...
Jadi, pilihan ana 'cancel' semua... bahasa Arabnya, الغاء مطلوب حال
Wah, belajar bahasa Arab nampak... Mestilah!! Guna FB dalam
bahasa Arab, okey!!
Semangat barulah katakan...
Ha! Kan,senang cerita...  tak ada dah lepas ini,
nak 'block2' lagi dah... KUANG x3


Tapi, jatuh kali kedua, pedihnya tak sama dengan kali pertama jatuh...
Lukanya agak ringan... mudah untuk diubati, mudah untuk sembuh....
Ahhhhhhhh.... bila masa pula, ana nak tulis pasal tajuk 'entry' kali ini...
Dah banyak dah mengarutnya ke tempat lain... 
Sudah-sudahlah mengarutnya.... Benci aku!!


'Okey, fine!!' Bencilah ana... (Mood sedih)
Siapalah diriku ini!! Hanya insan biasa yang ingin megarut sekali-sekala...
Ewah! Drama 'Queen' pula budak ni!!


'Okey x2, memang dah nak berhenti dari tadi lagi tapi, itulah masalah.....
Kau memang,kan! Kau memang, selalu ingatkan aku lambat! 
Kau memang! Ya, kau memang!'.


     Berbalik semula kepada cerita tadi... Yang mana? Lah, 
pasal budak XXXXX yang
mula2 sapa a.k.a tegur aku itulah... Yang mana lagi!!
Topik perbincangan dan perbualan memang indah...
Ish x2, bukan pasal cintalah OKEY!!
Pasal cerita zaman sekolah rendah dulu x2....
Dekat Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Temerloh...
 Ha! Kepada sesiapa yang tak tahu...
Dulu ana sekolah dekat sinilah... tapi, itu 10 tahun dululah (lebih/kurang)...
Kalau nak tahu lebih lanjut... KLIK SINI  
HA x3. Promote blog sendiri nampak!!,
Mestilah, barulah cun!! Asyik promote blog orang saja, penat sudah!!
HA!! Satu lagi nak bagitahu ni... 'Entry' tu ialah 'FIRST entry' ana sejak ber'blogging'...
Tapi, jangan tanya kenapa tarikh dan masanya bukan yang pertama...
Sebab ana akan cerita semua itu pada 'entry' ana yang seterusnya pula. Tunggu ya!!
InsyaAllah, kalau diizinkan Allah. 'For sure,' ana memang tak menipu OKEY!!


Ehhhhhh, mana isi cerita kau ni budak???
Ok x2, senang ceritalah... 
Sila baca balik tajuk 'Entry' kali ini apa?? Ya x3,
tahu siapa yang cakap semua itu!! Tak tahu??
Tahulah... Tolonglah, tahu!! Tak tahu tak apa, mari ana tolong bagitahu
kat pembaca semua... Cuba 'check' label 'post' ini apa?
Ha, itulah klu dan jawapannya!!
Macam mana?? Dah tahu??


Bagus!! Sukalah kat anta,anti semua...
Dahlah pandai, setia pula... Ish x2... Terima kasih, sudi terima arahan budak kecil ini..
HA x3... Aku 'Big boss' kat sini... Tak ada sesiapa berani melawan!! HA x3....


     Siapa tak sakit hati a.k.a. makan hati bila kawan dia waktu sekolah rendah yang
dah lama 'lost contact' hampir2 satu dekad... Tup tup, tiba-tiba kata....
 yang dia, dah tak nak 'chat' dah dengan dia,
mungkin untuk sebulan, dua bulan atau lebih....
Kesiannya dia... 'Alah, lelaki apa aku kesah!! 
Lagipun, dia dah ada makwe.. Lagi, aku tak kesah...'


Siapa sanggup jadi mangsa aku seterusnya?? Angkat tangan!!
Apa?? Tak ada!!
Tapi, ana sanggup kalau ada yang buat macam itu dekat ana...
Lagipun, ana buat semua itu bersebab OKEY
dan ana dah cakap dah sebabnya,
lebih kurang dekat dia... HOPEFULLY, he gets that...


Ana yang buat macam itu pun rasa sakitnya... inikan pula dia...
Tuhah saja yang tahu! (Ewah2)... Sedih x3, 
nak menitis air mata bila difikir-fikir balik!!


Nak tahu sebabnya apa? Ya x3.... 
Jadi, macam biasa!! Teruskan membaca....


****************************************************************


Because I lost myselfffffffffff!! 
Ya, Allah kenapa tiba-tiba ana cakap macam ini pula?
Betul ke ni? Betullah tu!!
Disingkatkan cerita, bila kita dah ingat kisah-kisah lama...
Maka, memori-memori lama termasuk dosa-dosa lama atau baru...
Pasti diingat kembali...
Dari saat itu ana mula mencari 
'Where my real self have been gone?'...
Lost in the puzzle of life?
Kenapa macam itu pula? Maksud ana sebenarnya.... Ana hilang FITRAH ana...
Fitrah? Ya, fitrah!!


Fitrah manusia yang dilahirkan suci tanpa dosa...
Dosa? Besar sangatkah dosa yang kau dah buat itu ha?
Ahhhhh, besar ke! kecil ke! Dosa tetap dosa,
menggelapkan hati juga OKEY....


Dah alang-alang cerita pasal dosa.. Memang berkewajipanlah ana untuk 
SHARE LINK INI
'Check' sendiri tengok manalah tahu... 
kot2 ada yang anta, anti dah terbuat...
Memang tak disangka-sangka,
ana ada juga terbuat beberapa yang disebut dekat dalam itu dulu....
Ya, itu dulu!! Sekarang??  InsyaAllah sedang berHIJRAH... 
Jom, sama-sama HIJRAH.
Peliharalah dirimu dengan HIJRAH. Ya, sama-sama kita berHIJRAH dan
TAUBAT NASUHA...


'Tapi, serios koi nak kabo ke oakme.... yang koi WAJIB 
ucap terima kasih kat semua kengkawan koi 
sebab dia orang yang banyak tolong koi
untuk dalam mendedahkan identiti sebenar koi ni! 
Sama ada secara deme sedo  ke dok!
Betullah kata orang bijak pandai: Kawan adalah
cerminan diri kita!! Sebab merekalah orang yang
paling hampir dengan kita, tahu baik buruk kita... 
tegur kita bila salah dan sewaktu dengannya...


HA x2 ~~ Hidup TEMERLOH ~~ Tanpa anda sedari anda sedang belajar
LOGHAT TEMERLOH... 


Koi = Saya = Ana = I, oakme = awak =  enta,enti = you....


Yes, my dear reader... you now... Are learning my LOGHAT TEMERLOH... HA x3..


Jadi, sekarang pembaca macam mana? 
Dah jumpa siapa 'REAL IDENTITY' kamu?
Apa? Tak jumpa lagi!!
Mari ana tolong bagi satu tips mudah... 
Satu saja? Mana cukup? Weh, nak lagi!
'Satu pun cukup ma!!'
Apa yang satu itu? Satu pun tak diberi lagi..
Tengok!! Kan dah kena tegur!! Itulah banyak sangat mengarutnya...


Okey x2, 'Okey, fine'.. ini tipsnya...


"Pesan Nabi, Mintalah fatwa pada hatimu, 
kebaikan adalah sesuatu yang membuat
hatimu tenang 
dan keburukan adalah sesuatu yang membuat
hatimu gelisah. 
[H.R. Ahmad dan al-Dârimî]"


Mudah bukan? Oh, my favourite quotation... 
THANKS, Ustazah Fatimah Syarha for SHARING this 
lovely HADITH from Rasullah s.a.w.
               ...... اللهم صل على سيدنا محمد ......


Alang-alang dah cerita pasal FB tadi jadi, molek benar rasanya... 
Kalau nak sambung lagi sikit...


Eh, kau ini pun!! Kalau ya pun, nak sambung cerita ini 
sambung dekat 'Entry' lain sajalah..
kesian dah aku tengok dekat pembaca-pembaca, kuyu2, 
berpinar-pinar sudah biji matanya itu!!


"Mana boleh!! Nanti kalau tak sempat nak tulis macam mana?
Tak sempat pula aku nak berdakwah a.k.a 
ajak pembaca-pembaca aku berfikir pasal:


**********************************************************************


' KELEBIHAN TIMELINE '


Ana tiba-tiba terfikir kenapalah ramai sangat tak suka 
a.k.a BENCI dekat TIMELINE itu...
Awat hangpa dengki sangat? Lawo apa? Profile 
berTIMELINE.... Group pun berTIMELINE...


"Ya, cantik!! Tapi, susah kami nak baca 'post' 
kalau-kalau ada orang SHARE LINK kat kami".
Alah x2, kesiannya... sedih ana mendengarnya!!


"We like the simple one, miss. Yes, I understand that!! 
But, do you realise that TIMELINE has
its own BENEFITS? Oh, I don't."


The TIMELINE actually shows about our past... 
It just like a record. Most exactly, 
just like TIME MACHINE... 
we can go back to our past with it.


Wow, very impressive!!
Sure!! We can see all about what we do in the past with it...
We can see what we SHARE... What we LIKE.. What we comment.. All there!!


Do you REALIZE that, before reading this my readers? 
NO... but yes I REALIZE now....


Ehem x2, actually I hate the TIMELINE too but, just a little...


Ok x3, 'stop speaking now'!!
Hi... ana kembali!!


    Macam biasa ambil HIKMAHnya saja... 
Dahlah, tiba-tiba saja bertukar jadi, TIMELINE... ISH x3.. GERAM x2...
'TIMELINE' itu dibenci sangat bukan apa!! 
'Complicated' sangat...
banyak sangat cabang-cabang dia... tang sana ada, tang sini ada... 
pokoknya, suma tang ada...
Ada apa? Ada gadjet2 tersembunyi... maaf, 
FUNGSI-fungsi TERSEMBUNYI!!
Itulah yang membuatkan otak ini PENING sikit itu!! 
Maklum, lambat 'pick up'... Bukan tak cerdik, kadang-kadang KELIRU...
Adatlah keliru, BENDA BARU... Yang LAMA pun dan yang dah TERBIASA pun
boleh salah, inikan pula yang BARU!!


Banyakkan berSABAR!! 
Learning is FUN... RIGHT?


Tapi, TIMELINE ajak minda ana ini untuk 
berFIKIR di luar kotak PEMIKIRAN BIASA..
kalau dekat FB dah terCATAT SEMUA apa yang 
KITA BUAT dekat situ,
macam mana DEKAT LUAR pula?


Maksud ana "THE REAL ONE".... 
You know what I want to say, RIGHT?


Hidup kita sebagai manusia yang sebenar, 
ada malaikat tolong 'RECORD'kan untuk kita semua... 
Ya!! SESUAI dengan RUKUN IMAN yang kita BELAJAR ITU..
 tapi, lepas itu tak berpeluanglah kita nak tengok-tengok, 
intai-intai apa yang dia tulis... SENDIRI mau INGAT MA!! 
Tapi, dengan TIMELINE lain... boleh review semula...
Lepas itu, pada hari PEMBALASAN 
nanti kita kena SOAL balik...
Ya, Allah akan TUNJUKKAN SEMUA APA 
YANG KITA DAH BUAT,...
Ya, semua termasuk kita main FB itu... HA x3...


Gelak, gelak juga.. TAUBAT dan menyesal 
dengan dosa jangan lupa!!
Ana bukan cakap dekat enta atau entilah..
 tapi, ingatkan diri sendiri!!


Jangan PERASAN boleh? Kalau PERASAN 
pun tak apa, BAGUS JUGA!!
Kiranya dakwah ana ni  
menjadilah ya???????


Jadi, lepas ini buka FB ENTA, ENTI yang berTIMELINE itu...
Cuba tengok-tengok, INTAI-intai, APA yang kita dah POST??
Kalau ada terPOST benda yang tak elok!! ELOKlah kiranya DELETE!!
Tengok balik KOMEN-KOMEN..
mana yang dah terkasar bahasa itu, mintalah maaf!!
Tengok balik MESEJ-mesej dan CHAT-chat....
Kalau dah SEDAR buat SILAP, berTAUBAT!!
Selagi pintu taubat dibuka
selagi nyawa di kandung badan,
selagi berPIJAK dan tinggal di atas muka BUMI ALLAH ini...


Ana bukan BAIK sangat tetapi, 
sedang berusaha untuk berHIJRAH menjadi lebih BAIK...
Ana pun pernah buat DOSA tapi, kalau nak TUNGGU betul-betul BAIK...
baru BOLEH berDAKWAH, jawabnya KIAMAT DAHULUlah...


Imam Hassan al-Banna 
berkata, "Tegakkanlah 
Islam dalam dirimu nescaya, 
kamu akan melihat 
Islam tertegak di tanah airmu."





Ya, ITULAH apa yang SEDANG ana buat sekarang ini!!
PERBAIKI DIRI... AJAK orang LAIN sekali...
Sekian, ana dah penat mengarut dengan diri sendiri...
Akhir kata daripada ana, TIMELINE mencatatkan 
SEJARAH FB anda.
Jom, 'CHECK TIMELINE'....


~~ السلام عليکم ورحمة الله وبراکته ~~ May Allah Bless You ~~
Sekian daripada best stud celup.

Sabtu, Februari 25

Syahadah Paling Susah? Betul ke?

                                                                   ~~ Kalau RAJIN~~
                                            ~~ Versi Cerpen ~~
                     ~~  Jika Sambungan Cerpen itu 'Slow' sangat ~~




Ramai yang cakap Haji ibadah paling susah nak buat....
Jika anda kata,'Ya!'
Ana kata,'Ya, anda salah!'


Jom fikir-fikirkan semula!
Haji kena buat setiap masa ke?
Haji kena buat setiap hari ke?
Kalau tak ada duit dan kemampuan yang cukup, kena buat juga ke?
Jika jawapan anda... TAK... teruskan membaca...


Sebelum antum dan antunna semua membaca lebih lanjut.
Ana nasihatkan kepada yang kesuntukan masa supaya membaca poin-poin penting sahaja,
yang telah di'
HIGHLIGHT'kan. Sekian, selamat membaca. 


Pernah terfikir tak!
Kenapa Syahadah diletakkan di tempat pertama dan
mengatasi semua ibadah lain dalam Rukun Islam?
Tak pernah terlintas pun soalan itu di minda!


MasyaAllah, samalah kita...
tapi, lepas dah terbaca satu 'article' ini...
Rasanya, dah jadi satu kewajipan buat ana untuk tulis pasal benda yang sangat-sangat 'crucial' ini....
Juga sebagai peringatan untuk diri ana sendiri...


Malunya sebab yang terfikir nak tanya soalan ini budak kecil saja bukan orang tua
(Sila rujuk versi cerpen) Patutlah kita perlu muliakan kanak-kanak (Nasihat Imam Al-Ghazali)...
Mereka ini sangat unik, sangat hampir dengan fitrah,
sangat sesuai untuk belajar, mengkaji dan menuntut ilmu kerana:
"ILMU bermula bukan ketika kelas dimulakan atau ketika helaian buku mula diselak tetapi
saat RASA HATI INGIN UNTUK BELAJAR." (Abul Fakar).
Kadang-kadang kita tak terfikir pun sampai ke situ tapi, budak kecil boleh terfikir sampai ke situ... 'Curiosity' yang tinggi itulah, kunci ilmu...
Rasa ingin belajar atau rasa ingin tahu itulah yang membawa kita hampir kepada ilmu.
Subhanallah... Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dengan fitrah yang tersendiri...


Allah Maha Besar, Maha Kaya IlmuNya tak tergali ilmu itu oleh kita...
Kadang-kadang tak sedar, tulis punya tulis...
Rasa nak menangis bila baca balik...
Rasa banyak sangat kelemahan diri..
Astagfirullah Al-'Azim....
Jom sama-sama kita perbaiki diri...


Mengapa Rukun Islam terdiri daripada ibadah-ibadah??
Tapi, tiba-tiba ada satu yang nampak macam bukan ibadah tetapi terletak dekat atas sekali...
Fikir.
Fikir lagi sekali...
Bukan ibadah ke? Tak mungkinlah...
Dah cantik punya susunan takkan tiba-tiba, ada cacat celanya... Islamkan Sempurna??
Aneh bin pelik ini...
Syahadah juga satu ibadah? 
Jawapannya:Ya! Syahadah satu ibadah.
Bagaimana beramal dengannya? Nanti ana akan terangkan...


Malah, Syahadah merupakan ibadah yang terpenting... mengatasi segala ibadah yang lain...
Haji, sekali seumur hidup...
Zakat, sekali setiap tahun....
Puasa, sebulan saja dalam setahun...
Solat, 5 kali saja yang diwajibkan...
Syahadah, bila pula nak melakukannya?
Ya, kita perlu beramal, berpegang seterusnya meyakini
Syahadah sepanjang masa selagi hayat dikandung badan...


Susahnya! Tak ada masa dan musim-musim tertentu saja ke nak buat semua itu?
Tak ada... Sepanjang masa hatta, ketika tidur pun kita WAJIB beramal dengannya..
Kita sebagai umat Islam seharusnya sedar
bahawa kita bertanggungjawab atas apa yang kita ucapkan...
Inikan pula apa yang saksikan, yang kita berikrar dengannya, yang kita bersumpah dengannya...


MasyaAllah, berat sungguh nak difikirkan!!


*************************************************************************


Macam mana pula nak beramal dengannya?
Nak beramal dengannya memang betul-betul berat....
Setiap detik, setiap saat, setiap masa kita kena percaya....


Percaya apa??


>> Percaya bahawa Allah mengetahui dan berkuasa atas setiap sesuatu
     yang terjadi pada diri kita...
     Hatta, setiap kali kita bernafas pun itu adalah atas kehendak Allah...
     La Illaha illallah..... Jauhnya lagi nak sampai tahap itu...
   
    Jika ditakdirkan kesusahan, kekecewaan, kematian pun atas kekuasaan Allah...
    Kita kena benar-benar yakin....
    Yakin sepenuh hati kita yang setiap apa yang berlaku ke atas diri kita
    sama ada sihat, sakit, senang, susah, dan semua yang berlaku di sekeliling kita
    Semuanya atas kehendak Allah
    dan setiap perlakuan kita diketahui dan diperhatikan oleh Allah...
    Tiada siapa boleh memberi manfaat dan mudharat kepada diri kita tanpa izinNya...
    Kepada yang bersenang-lenang, bermewah-mewah, bersusah, bersedih, berduka, bergembira...
    Ingatlah Allah berkuasa untuk mengubah keadaan kita sekarang...
    Jadi, jangan leka... Ingat Allah selalu...
    Jika ingat kepada Allah ketika kita senang
    maka, Allah akan ingat kepada kita ketika kita susah....
    Allah! Allah! Allahu Akbar!

    Kita juga perlu yakin bahawa kita ini hamba Allah...
    tuan kita Allah...
    Jadi, setiap perintahNya, kita WAJIB buat...
    Segala laranganNya kita WAJIB tinggalkan...
    Jika kita tak buat apa yang Allah perintahkan...
    dan ikutkan hawa nafsu kita
    maka, kita bertuhankan nafsu bukan Allah...
     
   Jika kita lebih mengagungkan hukum manusia berbanding hukum Allah..
   maka, kita mentuhankan manusia bukannya Allah...
   Inilah yang dikatakan berfikiran sekular...
   iaitu meyakini dan mengagung-agungkan hukum manusia melebihi hukum Allah...
   Nauzubillah...

   Mengagungkan Allah bererti melebihkan Dia melebihi segala-galanya di dunia ini...
   Meyakini bahawa Dialah sebaik-baik Pencipta...
   Yang menciptakan segala sesuatu dengan penuh hikmah dan kebaikan....
   Hukum Allah MEMANG lebih baik....
   Tiada manusia yang mampu mencipta hukum 
yang lebih baik daripada hukum Allah itu sendiri...
   Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya....
 
Maaf tiada sebarang unsur-unsur politik di sini... Sekali lagi, maaf jika ada yang berkecil hati...

>> Percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah
 pesuruh Allah 24 jam sehari semalam tanpa henti...
Ini kerana jika kita meragui akan kenabian dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. 
maka, syahadah kita secara automatik terbatal.
Cara untuk beramal dengannya ialah dengan melaksanakan sunnah-sunnahnya daripada  yang sebesar-besar sunnah hinggalah yang sekecil-kecil sunnah.
Dan yang terpenting di sini, kita tidak boleh memperlekehkan sunnah Baginda s.a.w.
walaupun kita tidak mahu buat. 
Sebagai contoh, kita tak suka simpan janggut lalu, kita berkata kepada rakan kita, 'Aku tak simpan janggut macam Nabi sebab zaman Nabi tak ada Gillette nak cukur janggut .'
Jangan!! Itu sudah termasuk dalam meragui kebenaran Baginda s.a.w.
Jika berlaku begitu maka, kita sudah tidak meyakini bahawa 
nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah...
Sedangkan kita menyatakan bahawa, 'Tiada tuhan selain Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Nah, sekarang antum dan antunna semua fikir bagaimana?
Susah ke senang lafaz Syahadah itu nak diamalkan?
Susah!!
Mudah saja kalau kita benar-benar beriman dan yakin bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini bahawa tuhan kita hanya Allah sahaja dan nabi Muhammad s.a.w. pesuruh Allah yang benar dalam setiap perkara.
Secara mudahnya, kita perlulah membuang segala prasangka dan ragu-ragu akan 
Allah dan Rasulluh setiap masa 
serta setiap perbuatan kita perlulah sesuai dengan kehendak Allah dan rasulNya.

####################################################################



Kesimpulannya:
Para pembaca yg budiman sekalian,
kita sering memandang mudah akan 'maksud' dan 'hak' penyaksian kalimah tauhid kita itu.
Kita rasa kita sudah islam dgn solat, puasa, zakat atau haji.
Sedangkan dalam hati kita ada penyakit iaitu:
penyakit meragui ketuhanan Allah.
Kita memang tak menyembah manusia,
tetapi jika kita lebih mengutamakan perintah manusia daripada perintah Allah,
bukankah itu maknaya kita lebih mengagungkan manusia daripada Allah?


Kita bersaksi bahawa nabi Muhammad itu benar.
Ajarannya benar.
Kenabiannya benar dan kerasulannya benar.
Tetapi,jika kita tidak yakin dan memperlekehkan sunnahnya 
serta apa yang dibawa olehnya....
maka, adakah kita termasuk dalam
kalangan orang-orang yang membenarkan kerasulannya?


Subhanallah!!
Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dengan fitrah yang suci...


Ya!! Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri
dan bertaubat atas setiap ketelanjuran yang telah kita lakukan. Sekian. Yang benar, best sud celup.


Temuduga Wajib kepada semua?

Mampukah kita menjadi seperti Lelaki ini?

AKU......


Ya Allah!! Besarnya cinta lelaki itu untuk beribadat kepadamu...
Lelaki itu diuji namun, dia tetap melangkah....
Dia melangkah tanpa sedikit pun rasa putus asa dari rahmatmu....

Ya Allah!! Engkau mengampunkan segala dosanya...
Engkau mengampunkan segala dosa keluarganya....
Dan hampir-hampir mengampunkan dosa-dosa warga desanya...

Subhanallah... 
Maha suci Allah...
Dia pasti akan membalas setiap perbuatan
 hamba-hambanya yang berbuat kebaikan...
Allah lebih mengetahui hati-hati hambanya..
Allah maha mengetahui segala yang zahir dan tersembunyi...

*************************************

Apa yang lelaki itu perbuat
 sehingga dosa-dosanya dan keluarganya
terampun???

Sekian dari penulis, best stud celup.




Khamis, Februari 23

Teka- teki Imam Ghazali

     Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya 
lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
~Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

~Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

~Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

~IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
~Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
~Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri " 
Wallahualam... Yang benar, best stud celup.

                       
                                          
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...