Isnin, April 23

Bahasa Arab – Karangan, Pemahaman, Afkar Ra'isah, Terjemahan, Soalan Pilihan

Bahasa Arab - Karangan
1. Mula-2, fikir nak buat jumlah apa? Jumlah ismiah atau jumlah fe’liah. 
Untuk menulis jumlah perlu tahu asas dalam pembinaan jumlah tersebut.
CONTOH: jumlah ismiah, mesti ada mubtada’ wa Khobar.

2. Yang penting, ayat tersebut boleh difahami oleh pemeriksa.

3. Guna penanda wacana yang bersesuaian. LIHAT DI SINI.

4. Syarat yang perlu dipenuhi oleh karangan:
 *Mesti lebih 150 patah perkataan.
 *Tidak lari daripada tajuk.
 *Jangan tipu pemeriksa dengan tulis perkataan sebegini, KASUT ditulis sebagai AL-KASUT.

*Untuk impression/psikologi pemeriksa tulis karangan menggunakan 7 perenggan.
1 perenggan- Mukadimah
5 perenggan- Isi (Isi=Huraian+Contoh+peribahasa/kata-2 hikmah/ayat-2 Al-qur’an dan Hadis)
1 perenggan- Penutup



Bahasa Arab – Soalan kefahaman
1. Baca soalan dahulu dan tandakan klu-2 dalam soalan.
2. Biasanya soalan 1,2 – Jawapan di perenggan 1
Soalan 3,4 – Jawapan di perenggan 2
Soalan 5,6 – Jawapan di perenggan 3
3. Tulis MUQADIMAH JAWAPAN –  ½ markah, jawapan terlebih potong ½ markah
4. Soalan kefahaman biasanya tiada soalan KBKK.

Bahasa Arab- Isi Penting/ Afkar Ra’isah
1. Salin semua 1 ayat hingga ke titik noktah. (2m * 4 = 8 m)
2. Salin semua ayat dalam petikan ke dalam ayat-2 yang berasingan untuk SELAMAT.
3. Salin dan tukar sikit-2. ( 3m * 4 = 12m)
#Tukar satu perkataan sahaja kepada mufradat.  
#Jangan tulis contoh yang terdapat dalam ayat. 
#Buat ayat sendiri – tidak digalakkan jika pelajar kurang faham isi kandungan petikan.

Bahasa Arab – Terjemahan
1. Baca keseluruhan petikan dan buat palang sebanyak 15 palang. 15 palang= 15 markah, setiap palang mewakili ayat yang lengkap untuk diterjemahkan.
2. Ketika menterjemahkan ayat-2 ke dalam bahasa Arab, anda tidak perlu menterjemahkan perkataannya satu per satu. Terjemahkan mengikut kemampuan anda dan ayat terjemahan anda mestilah difahami pemeriksa.

Bahasa Arab – Soalan Pilihan ¾
* Kalau boleh jawab dua-2.
1. Buat jumlah.
* 1m diberikan untuk jenis jumlah yang betul/ayat yang ditulis, 1m diberikan apabila memenuhi syarat/kehendak soalan.
* Jenis-2 jumlah ada 3 – 1.Jumlah ismiah 2.Jumlah fe’liah 3.Jumlah sahaja/bebas.

2. Balaghah.
* Boleh ubah ayat yang diberikan asalkan, memenuhi kehendak soalan.

3. Kata-2 hikmah/ayat-2 Al’qur’an dan Hadis.
* PENGAJARAN – Berikan 2 sahaja pengajaran, 4m diberikan+1m untuk nahu.
* BUAT CERITA – ditulis dalam 25 patah perkataan sahaja. Tidak perlu panjang.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...