Sabtu, Disember 28

Khas Untuk Wanita | Cara Kesan Kamera CCTV Tersembunyi

Cara Untuk Kesan (Detect) Kamera CCTV Tersembunyi. Khas Untuk Perempuan. Kali ni nak share tips untuk kesan CCTV tanpa wayar (wireless) yang tersembunyi terutamanya dalam tandas perempuan. Sekarang ni semakin berleluasa kes orang pasang CCTV tersembunyi di dalam tandas. 

Kebaikan CCTV ni sudah tentulah untuk memantau sebarang perkara yang tidak bagus tapi telah disalahgunakan oleh pihak tak bertanggungjawab dengan pasang di tempat yang tak sepatutnya. 

Dapat tips ni dari Pegawai Forensik bahagian video and audio, jadi ianya boleh dipercayai 99.9%.

Cara untuk kesan CCTV tersembunyi ni. Korang just follow up step di bawah; 

1) Sebelum masuk tandas. Sila bawak handphone yang ada aplikasi bluetooth. 

2) Turn ON bluetooth dan search devices yang ada. Kalau korang tak reti nak cari devices macam mana, korang buat-buat la nak send gambar atau lagu. Kemudian korang tekan via bluetooth, pastu boleh nampak devices yang ada. 

3) Kalau jumpa devices yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang korang rasa sangat pelik bunyinya. Sebaiknya batalkan hajat korang tue je kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV. 

Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone??...Sebabnya CCTV yang dipasang ialah jenis tanpa wayar yang digunakan secara ber’bluetooth’ seperti kes nasha aziz dulu tue. Yang manual dah tentu akan nampak wayar -wayar yang berselerak. Senang la orang boleh kesan dan terbantutlah projek jahat diorang. SHARE untuk keselamatan kaum hawa  Copy !! 

Khamis, Februari 7

Istikarah Tanpa Jawapan


Assalammu’alaikum readers...
Apa khabar antum,antunna semua? 
Diharapkan semua sihat...

Menarik tak tajuk entri ana ni?

ISTIKARAH TANPA JAWAPAN
















Kalau menarik, kisah disebaliknya pun mestilah best kan?
Best tak best, kita tolak tepi dulu...

Emm, tajuk entri ni sebenarnya ada kaitan dengan
hidup ana sekarang ni...
Ha, mesti semua nak tahu apa kisah disebalik tajuk entri ni..
Oklah, sebenarnya ni pasal masa depan ana..
nak sambung belajar mana lepas SPM?

Pilihan tu memang banyak...
Istikarah pun dah beberapa kali dibuat namun
jawapannya tak kunjung tiba... 

Matrik dapat, U pun dapat,
Maktab pun sempat ditemuduga tetapi 
istikarahku tiada jawapan...

Dikuatkan hati dan pendirian setelah mimpi yang kualami...
Berlatar belakangkan lapangan kapal terbang, 
di mana sebuah kapal terbang sedang berlepas...
Penemuduga yang menemudugaku, datang menemuiku
dan berbicara dengan menyebut perkataan, 
‘Liyana Maisarah’ setelah 
dokumen-dokumen penting temudugaku dicuri
oleh seorang budak...
Nakal sungguh budak tu...
Haih, nasib...

Readers nak tahu kenapa ana boleh begitu kuat pendirian
setelah mendengar bual bicara penemuduga tu? 
Sebab maksud ‘Liyana Maisarah’ tu menggambarkan kebaikan
yang mungkin  berlaku,insyaAllah...
Liyana- Ketelitian, kelembutan... 
Maisarah-kesenangan, kemudahan...

Maksud disebalik mimpi ana dengan lebih mendalam 
tak mampu ana nak takwilkan...
emmm,kelemahanku...

Ana tolak semua tawaran yang datang dan
menunggu jawapan daripada temuduga tu
dan ana gagal mendapat tempat di mana-mana IPG..

Dan reaksi mak, abah ana apalagi 
mestilah marah waktu tu tapi pendirian ana sekarang
telah membawa ana ke tempat ana belajar sekarang
iaitu Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Kuantan...

Berkat kesabaran ana, 
Allah memberikan petunjuk dengan 
menghantar nenek saudara ana, Wan Tam sebagai
pembawa khabar gembira dengan menawarkan ana 
supaya belajar di sini...
TAM-sempurna... 

Nak disyarahkan lebih lanjut lagi
memang bukan kepakaran ana jadi, 
biarkanlah ia kekal sebagai rahsia Allah yang
 Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Sesiapa yang pandai takwilkan mimpi 
sudi-sudikanlah meninggalkan komen atau
 link anda di entri ini...
Terima kasih... J

Semoga kegembiraan yang datang bukan hanya
singgah berteduh dalam hidupku ini,ya Allah...
Diharapkan ia kekal abadi sampai 
ke syurga kegembiraan di akhirat sana... Aamiiin...
Sekian dahulu daripada best stud celup...

Pentingkan dirikah aku?


Assalammu’alaikum....
Tak tahu nak mulakan entri ni macam mana... 


Dipermudahkan cerita, 2 bulan yang lalu ana habis final exam dan
terus pulang ke kampung, Temerloh... 
Ana langsung tak CONTACT dengan mak angkat ana 
sepanjang cuti tu sampailah pada Sabtu yang lepas 
barulah ana terfikir nak jumpa dia, pergi rumah dia...

Ana langsung tak telefon dia, tak mesej pun dia sebelum
pergi rumah dia tu...
dalam perjalanan ana nak pergi rumah dia tu, 
ana pergilah bandar dulu...
Tup! Tup! Terjumpa dia dekat bandar...

Alang-alang dah jumpa tu ana pun apa lagi tegurlah dia...
Mujur minggu tu dia balik rumah dia selepas
dua minggu dia tak balik rumah dia sebab dia sakit,
tekanan darah tinggi...
Sampai kena tahan dekat wad,
kedua-dua kaki dia pun bengkak, kesian ana tengok...

Haih, mak angkat masuk hospital pun
ana tak tahu...teruknya!!! 
Bukan ana tak nak contact dia dalam cuti tu tapi
tak ada kredit...
so, readers did I’m a selfish?

UNGKAPKANLAH RASA SYUKURMU


Lidah ingin berdalih, 
otak dikerah melontarkan hujah 
tetapi hati melarang diri daripada berdusta pada nafsi sendiri...

Seribu kemaafan dipinta kepada 
semua FOLLOWERS AND READERS kerana
blog ini telah lama tidak dikemaskini...

Minda sibuk mencari alasan
tetapi pepatah ada berkata, 
hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih...

Tiada kesibukan yang tercipta kecuali
jika jiwa dan minda disetkan mengatakan 
penulisan ini adalah suatu bebanan...

Tipu, tipu dan tipu!
Siapa kata ana sibuk jika
ana terlalu asyik membazirkan masa dengan sia-sia...

ISTIGHFAR dan muhasabah diri,
Demi masa sesunggguhnya manusia kerugian. (Al-Asr: 1-2)..


Dua nikmat yang manusia selalu abaikan ialah 
nikmat masa lapang dan kesihatan...

Ya Allah, jauhnya hambaMu ini daripada rasa bersyukur kerana 
telah dikurniakan dua nikmat ini sementara
ada orang telah Engkau tarik daripada mereka nikmat-nikmat ini...

Apa yang telah aku lakukan untuk 
menyatakan rasa syukurku kepadaMu ya Allah? 

Nabi Muhammad SAW sanggup bertahajud sehingga
bengkak kaki Baginda semata-mata untuk 
menyatakan rasa syukurnya kepadaMu wahai sang Kholiq...

Siapalah aku ini ya Allah jika hendak dibandingkan dengan dia,
kekasihMu Muhammad SAW?

Begitu jauh nilai syukur dalam diri ini...

MasyaAllah, tak mampu digambarkan penyesalan kerana
selama ini telah menjadi hambaMu yang kufur 
terhadap nikmat-nikmatMu...
Hanya air mata yang terungkap di tubir mata
mampu menggambarkan rasa itu...
tiada kata-kata yang mampu mensyarahkan rasa sesal itu...

Istighfar, tanya pada diri siapakah PenciptaKu?
Apa yang telah Dia kurniakan padaku?
Lihatlah orang yang dibawah,
yang ditimpa kesusahan tapi 
tidak pernah terungkap kata-kata keluhan mereka kepadaMu
hatta dalam detik hati mereka
malah limpahan rasa syukur terbit 
apabila Engkau kurniakan hanya sedikit
nikmat kesenangan kepada mereka...

lihatlah orang yang hidup serba kekurangan 
bandingkan pula dengan nasib diri...
Adakah aku lebih bernasib baik berbanding mereka?

Kenapa begitu sukar terungkap kalimah 
ALHAMDULILLAH daripada lidah ini apabila
engkau wahai diri mendapat sesuatu kebaikan?
Bukankah ia datangnya dari Allah?
ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM itulah kekurangan diri...

Berpaling ke kiri, berpaling ke kanan...
Siapakah hambaMu yang paling bersyukur? 
Bukan aku, bukan dia tetapi Baginda SAW...

Kenapa RasulMu yang Engakau uji dengan
kehilangan orang yang disayangi sejak
sebelum kelahirannya lagi
masih mampu menggambarkan rasa syukur
yang tidak terhingga padaMu tetapi 
bukan kata-kata cacian atau sesalan? 

Dihilangkan satu persatu orang yang disayangi daripadanya...
bapanya,ibunya,atuknya,isteri kesayangannya,bapa saudaranya
tetapi makin bertambah rasa syukur di hati Baginda kepadaMu....

butakah hati Baginda sehingga
ditutupkan rasa untuk menyalahkanMu? 
Ya hatinya memang buta kerana 
cintanya yang dalam dan tidak berbelah padaMu,
pada agamaMu...

Mampukah aku menandingi nilai syukur dalam
diri Baginda SAW itu? 

Istighfar, muhasabah diri kerana 
sebahagian takdir yang telah Engkau laksanakan atas diri ini,
disalahkan orang lain atas kesilapan yang 
dibuat oleh tangan sendiri...

Ya Allah, aku yang bertanggungjawab atas kesilapan diriku...
Aku pohon keampuan daripadaMu atas segala  dosa-dosaku 
sama ada yang nyata atau
yang tersembunyi di dalam hati...

Jadikanlah aku, ibu bapaku, keluargaku,guru-guruku,
rakan-rakanku, Muslimin dan Muslimat semua 
termasuk di antara hamba-hambaMu 
yang bersyukur atas nikmatMu 
dan termasuk dalam golongan yang sedikit...Aamiiiin...
Sekian, Assalammu’alaikum daripada best stud celup. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...