Isnin, April 23

Perdagangan


~~~~ KESELURUHAN SUBJEK
* Dapatkan Modul Pembelajaran Teknikal (M-Tek) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta soalan Projek JUJ.
* Buat dan kuasai latihan setiap topik, jika pelajar mampu menguasainya dengan baik. Pelajar mampu memperoleh ‘A dalam subjek ini.
* Ulangkaji mengggunakan buku teks, 
*** buku rujukan fakta mungkin kurang tepat.

~~~~ Kertas 1 – 40 soalan objektif (40 m)
* Tips : Banyakkan menjawab soalan-soalan tahun lepas, kebiasaannya soalan-soalan subjekif hampir sama setiap tahun.

~~~~ Kertas 2 – 2 Bahagian (25 m ^ 4 = 100 m)
Bahagian A – 5 soalan jawab 3, Bahagian B – 1 soalan wajib jawab (soalan kajian kes)
1. Fakta mestilah jelas&lengkap berdasarkan gambar, dialog bahan ransangan yg diberikan.
2. Jangan ulang sebarang fakta.
3. Tulis jawapan dalam bentuk poin tak perlu dalam bentuk esei.
4. Berikan jawapan mengikut peruntukan markah jika 8 markah, berikan 8 isi/poin.
5. Fakta perlulah relevan dgn soalan yg diberikan. Kenal pasti kata kunci soalan spy jawapan tidak terpesong.
6. Buat rangka serta jawab 30 minit per soalan termasuk bacaan sepintas lalu soalan-soalan.
7. Untuk mendapatkan (100 markah/markah penuh). Pastikan anda telah memberikan 100 poin. 1 poin = 1 markah.

8. Kata kunci soalan
* Apakah – berikan TAKRIF
* Jelaskan – berikan KETERANGAN
* Bandingkan – jawab menggunakan kolum, jawapan mestilah berpasangan, terperinci dan teratur.
* Huraikan – PERIHALkan, berikan fakta+huraian
* Mengapakah – SEBAB BERLAKU, kebaikan/keburukan
* Bagaimanakah – PENERANGAN cara/ keadaan sesuatu
* Soalan membuat keputusan 
– buat pilihan yang sesuai dan berikan sebab pilih/kebaikan yang dipilih..... 
*Boleh buat dua-dua jika, kurang pasti....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...