Sabtu, Mac 8

SEMANGAT!!! LAWAN TETAP LAWAN, LAWAN SAMPAI JUTAWAN

ASSALAMMUALAIKUM...
Perjalanan hidup ni masih jauh...
Kepada mereka yang mulai rasa hampa..
Kerana kejayaan nampak begitu jauh di mata..
Ketahuilah bahawa perjalanan hidup ini masih panjang..
Berhenti mengeluh kerana anda telah sangat-sangat hampir menggapainya..
Kejayaan itu begitu hampir di depan mata..

Baca setiap bait-bait kata ini dengan hati..
Hayatinya dengan jiwa anda..
Rasakannya dengan hati..
Sentuhlah jiwa anda kerana anda tahu kini ianya sedang lemah..
Biarkan air mata itu mengalir kerana anda sedang mencari kekuatan..

Pegang hati anda dan katakan, 
"Aku boleh lakukan, aku pasti berjaya!"
Katakan yang aku boleh berjaya.. Aku pasti berjaya..
Semangat!!! Lawan tetap lawan.. jangan putus asa!!!
Pejuangan perlu diteruskan.. lawan tetap lawan, lawan sampai JUTAWAN..


~ SEMOGA KITA MENJADI INSAN YANG BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT.. Aamiiiin~




10 PETUA CERIA


Jumaat, Mac 7

Karakter Orang Berjaya

Hari ni ana nak kongsi salah satu artikel dalam mingguan wanita, apa yang telah ana baca dari kolum karier bulan Mac 2014. Luangkan sedikit masa untuk membacanya okey???


Dengan memiliki sikap yang betul anda pasti berjaya seperti tokoh terkemuka. Ikuti apa yang boleh anda pelajari daripada mereka.°

  1. BEKERJA KUAT - tidak merungut bila menghadapi cabaran sebaliknya, mereka fokus dan hanya jangkakan yang terbaik..
  2. BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN - mereka mahu mempelajari perkara baru & berfikiran terbuka..
  3. UNIK DAN KREATIF - mereka sentiasa melihat peluang dalam setiap cabaran sementara orang lain melihatnya sebagai masalah..
  4. NIKMATI HIDUP PADA WAKTU SEKARANG - fokus utama mereka adalah kejayaan pada masa hadapan, mereka menjadikan memori pahit untuk bangkit semula & tidak menjadikannya alasan untuk tidak berjaya..
  5. MILIKI JARINGAN KENALAN YANG POSITIF - Bak kata pepatah, your network is your net worth.. Mereka tidak semestinya orang yang paling menyerlah dalam sesuatu kumpulan, kebanyakan individu yang berjaya lebih gemar bersikap merendah diri tetapi mereka memiliki karakter positif dan dikelilngi golongan yang memilik sikap yang sama. 
  6. BIJAK HADAPI MASALAH - apabila menghadapi masalah, mereka akan bertenang, menganalisis perkara tersebut daripada perspektif positif, bertanya soalan yang betul dan kemudian membuat keputusan yang tepat. Mereka tidak membiarkan emosi menguasai pemikiran mereka.
  7. LEBIH BERTANGGUNGJAWAB - individu yang berjaya tidak akan takut bertanggungjawab dan tidak menunding jari jika sesuatu tidak berjaya. Bagi mereka, kegagalan adalah jalan untuk berjaya.



Tip Agar Disukai Orang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...