“Eh, biar betul tajuk entry kali ni? Main-main je, kan?”
“Tak adalah, ana tak main-mainlah...
ana bukan ke rabun? Sebab tu tulis pasal gilap-menggilap ni... maklum,
kadang-kala ‘spectacle’ ni kabur...”
“Emmm, apa kaitannya dengan
berjayanya ni?”
“Kalau barangan atau peralatan yang
selalu digunakan, lama-lama serinya boleh sirna. Sebab tu, ana ajak kamu semua
belajar menggilap tu...
Minda dan perlakuan manusiapun begitu, kalau tak
diperbaiki dan diperbetulkan, pastinya akan hilang cahaya dan seri minda serta
perlakuan manusia tersebut...
Senang cerita, segala apa yang difikirkan oleh
mindanya serta segala perlakuannya sia-sia atau akan disia-siakan...
Kita perlu
belajar menggilap untuk memastikan ilmu, kemahiran dan bakat yang kita ada,
dapat digunakan dengan sebaiknya...
Ya, post entry kali ini ditujukan kepada
semua readers terutama kepada mereka yang bercita-cita untuk MEMULAKAN
PERNIAGAAN atau sebagai bimbingan kepada mereka yang ingin MEMULAKAN KEHIDUPAN
BARU”
“Oh, macam tu... cepatlah cerita
macam mana nak menggilap tu”
“Okey! Sesuai dengan nama blog yang
ada celup-mencelup ni... mencelup pun salah satu cara untuk menjadikan sesuatu
itu kembali kelihatan baru dan cantik.... menggilap pun begitu, untuk
menjadikan sesuatu kelihatan baru semula, untuk mengembalikan sinarannya yang
dah mula sirna... OKEY READERS > TERUSKAN MEMBACA, CATATAN LENGKAP POST KALI
INI... dan selamat beramal...”
OKEY READERS... budak
otak bisnes ni, dah mula nak berceloteh. Sebenarnya, dia sendiripun tak pasti
lagi nak sambung belajar dekat mana lepas ni... Banyak sangat pilihan tapi,
kena pilih satu saja... kan bagus kalau boleh ambil semua! Em..tak apalah...
malas nak fikir sangat sebab kadang-kala apa yang kita suka tak semestinya kita
dapat buat, kan? Jadi, yang pastinya sekarang readers semua kenalah doakan yang
terbaik untuk ana, okey! Ana sebenarnya rasa nak menangis fikir pasal
sambung-sambung belajar ni sebab kiri kanan banyak sangat pilihan, tambah lagi
dengan paksaan sesetengah pihak... keliru sekejap! Tinggal tawakal saja yang
mampu dibuat sekarang ni.. itu sajalah yang menahan air mata ini untuk tidak
keluar mencurah-curah, mengalir di pipi... masa hadapan ibarat mimpi ngeri bagi
hampir semua pelajar lepasan SPM... perkara biasalah tu...
Okey, straight to the point... Jom,
bercerita pula pasal gilap-menggilap... Pernah dengar lagu Spider yang berbunyi
lebih kurang macam ni, “Gosok jangan tak gosok, gosok sampai berkilat...”, bestkan lagu ni... dan sebenarnya ia banyak mengandungi maksud dan makna yang tersembunyi jika, kita fikirkan dengan teliti....
Ana suka untuk memetik salah satu
kata-kata hikmah orang Arab yang berbunyi, “Ilmu tanpa
amal ibarat pohon tanpa buah”... ilmu tanpa amal tidak mampu menghasilkan apa-apa
manfaat... post entry kali ini, ingin mencerita mengenai kepentingan beramal dengan
ilmu tetapi dalam wajah relaks dan santai....
amal ibarat pohon tanpa buah”... ilmu tanpa amal tidak mampu menghasilkan apa-apa
manfaat... post entry kali ini, ingin mencerita mengenai kepentingan beramal dengan
ilmu tetapi dalam wajah relaks dan santai....
Ok, semua orang ada ilmu.. Tak percaya? Ya,
mungkin ilmu yang SIMPLE-simple saja... seperti membasuh, memasak, menggoreng...
Jangan pandang mudah dengan ilmu-ilmu sebegini...
Cuba fikir dan renungkan sekali
lagi!
Apa kelebihan setiap ilmu tu?
Cuba kita perhatikan kehidupan zaman
sekarang serba moden... perbuatan ini walaupun nampak SIMPLE tetapi tetap suatu
keperluan bukan? Tiada manusia yang dapat lari daripadanya...
Ok, ana bagi contoh yang mudah...
Contoh pertama:
Orang pakai baju, blazer... tidur
atas toto... tapi, mereka terlalu sibuk sampai tak ada masa nak basuh... Jadi,
ada orang yang sangat bijaksana mula mengambil kesempatan... dengan membuka
BISNES DOBI.... asalnya hanya daripada kerja-kerja yang SIMPLE, kan? Tapi,
kenapa mereka boleh memperolehi pendapatan yang lumayan...
**** Nah, di sini tipsnya!
PEKA PADA PELUANG... TELITI DALAM MENJALANKAN TUGAS supaya pelanggan puas hati
seterusnya, datang lagi.... Ramai manusia yang dilahirkan bijak tetapi kurang
nilai peka dan teliti... inilah permasalahannya...
Okey! Itu baru satu contoh yang ana
beri... Contoh kedua:
Anda baru berjinak-jinak dalam dunia
masakan.... Walaupun, yang anda tahu masak cuma telur goreng dan telur rebus...
Ok, bagi ana itu dah cukup bagus! Selagi, telur yang digoreng tak hangus serta
telur yang direbus tak rentung...alah, rentung sebab airnya kering...
Lawak
bukan! Daripada yang simple macam ni... anda dah boleh START memasak makanan
yang sedap selepas ini...
Ok, cuba tumis bawang putih, bawang besar, sedikit
cili padi, halia.... tumis jangan terlalu garing.... sekarang isikan kicap, garam, gula, sedikit serbuk perasa...
isikan telur yang digoreng tadi, dan jeng2 telur goreng kicap dah siap
dimasak...
Cuba gantikan telur dengan daging... jadi, daging masak kicap, sedap
bukan? Daripada yang SIMPLE dengan menambahkan sedikit bahan2 lain, makanan
yang tadi nampak kurang menyelerakan kini telah menjadi menu pembuka selera
anda....
Sedar tak, apa yang anda buat tu? Anda sebenarnya sedang mengamalkan ilmu yang
anda tahu, dan menambahkan sedikit benda baru untuk memperoleh sesuatu yang
WOW! Masakan yang boleh dibanggakan selagi masakan itu tidak hangus...
Di sini
memerlukan sikap berHATI-HATI, keSABARan dan TELITI mengenai tahap kepanasan
kuali anda.... Mudah bukan? Anda mampu melakukannya...
ILMU> amal...
AMAL> teliti, peka, hati-hati,
sabar....
TELITI, PEKA, HATI-HATI, SABAR>
sesuatu yang WOW, boleh dibanggakan...
***** Ya, anda sudah mula melakukan semua
itu dengan sedikit ilmu... yang tinggal sekarang ialah meNAMBAHKAN NILAI ILMU dengan
amal, serta sikap yang positif....
YA> Anda dah mula mengGILAP
nampaknya tu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~ Habis cerita pasal ilmu, ana buka
cerita pula mengenai kemahiran...
Bukan semua orang mahir! Ya, bukan
semua orang mahir tetapi mereka telah menggilapkan kemahiran mereka yang
sedikit itu dengan USAHA, ISTIQAMAH serta TAWAKAL, tidak mudah berputus asa...
apa yang orang lain tak buat, mereka buat!
Contohnya, dalam bidang menjahit...
Seorang budak baru belajar menjahit,
dia sudah beberapa kali mematahkan jarum di mesin jahit itu tetapi, dia tetap
ISTIQAMAH, berusaha untuk lebih berhati-hati supaya jarum itu tidak patah
lagi... Sebenarnya daripada itu, dia telah belajar MENGAWAL TEKANAN yang ada
disekelilingnya...
Ya, jarum mesin jahit sangat mudah patah terutama jika
merentap kain yang sedang dijahit atau kerana ada benang yang berserabut
sehingga menyebabkan jarum tersentap dan patah...
Bermula daripada belajar
untuk menjahit, jahitan yang lurus... dia mula perlu belajar mengenai tekanan
pada benang, kenapa jahitan seakan-akan terloncat-loncat, jahitan terlalu
rapat...
Nilai ISTIQAMAH yang dipegangnya membawa dia PANDAI MENGAWAL
KESELURUHAN MESIN... Nah, sekarang dia sudah mahir menjahit.... Dia kini
menambah satu lagi kemahiran iaitu kemahiran mengambil ukuran... Jika dia terus
berUSAHA untuk belajar, dia layak menjadi TUKANG JAHIT PROFESIONAL... jika dia
bekerjasama dengan seorang rakan yang bijak melukis rekaan baju dan pakaian
yang lebih trendy, mereka boleh membuka BUTIK mereka sendiri.... Kini, mereka
tinggal berusaha mencari pelanggan serta TAWAKAL kepada Allah mengenai rezeki
yang akan mereka perolehi....
***** TAMBAHKAN NILAI KEHIDUPAN ANDA
dengan melipatgandakan USAHA anda, ISTIQAMAH dengan apa yang anda sedang buat,
TAWAKAL kepada Allah mengenai hasilnya nanti... YA> Anda sedang mengGILAP kemahiran anda
sendiri...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~Seterusnya, mengenai BAKAT... tidak
semua manusia dilahirkan dengan bakat yang sama... tetapi semua manusia
sebenarnya mempunyai bakat yang tersendiri, kreativiti yang tersendiri... Allah
tidak menjadikan manusia itu sama, skema, tipikal... Setiap manusia dilahirkan
unik...
Ya, dunia TAK LENGKAP TANPA ANDA!
Ya, dunia TAK LENGKAP TANPA ANDA!
Manusia dilahirkan dengan cara serta
pemikiran yang tersendiri... bakat yang tersendiri, kreativiti yang
tersendiri...
Mungkin Faizal pandai menyanyi...
Ismat pula pandai bermain muzik tetapi Ahmad tidak... Ahmad reti menulis
puisi... Jika digabungkan ketiga-tiganya menjadi satu, bukankah mereka dapat
melahirkan sebuah lagu yang enak didengari? Kalau mereka juga mengHORMATI
PENDAPAT masing-masing... Maka, mereka mungkin kini sudah berjaya menubuhkan
sebuah SYARIKAT RAKAMAN di ibu kota...
Ya, GILAP bakat anda dengan
mengHARGAI bakat ORANG LAIN... Anda mampu BERJAYA!
****************************************************************************
Dalam sesebuah syarikat juga begitu!
Dalam sesebuah rumahtangga juga begitu! Dalam sebuah persatuan juga begitu!
Dalam sebuah kelas pun begitu! Dalam sebuah rumah kongsi pun begitu!
... CARIlah, intailah KELEBIHAN ANDA
dan
HARGAIlah, hormatilah KELEBIHAN, pendapat ORANG LAIN ...
~~~~~~~~~~~~ TAMBAHKAN NILAI DALAM
KEHIDUPAN ANDA ~~~~~~~~~~~~~~
>>>>>>>>>
ANDA MAMPU MENAKLUK DUNIA serta HIDUP BAHAGIA <<<<<<<<<
Salam sayang daripada ana... Yang
benar, best stud celup....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan