Jumaat, Jun 15

Jangan pernah SILAU mengenal CINTA

Assalamu’alaikum. Apa khabar READERS? Lama betul tak kemaskini blog ni? READERS rindu tak kat penulisan ana?

TAK!

Tak apa lah..tak kisah pun sebenarnya..saja tanya tadi...

Alhamdulillah, kali ni nak kemaskini blog mengenai SUKA, SAYANG dan CINTA daripada kaca mata seorang perempuan mcm ana...nak nasihat juga lah...kiranya ni! BOLEH ke READERS??


Ana sibuk sebulan ni...sibuk mengejar CINTA dan CITA-CITA yg datang seiringan....jd, tak sempat nak kemaskinikan blog ana yg macam Nini Coklat Celup-Celup ni....hehehe.....

DEFINISI SUKA, SAYANG, CINTA menurut pandangan ana..

SUKA- Lebih menJURUS kpd TAMAK dan TA’ASUB...kita rasa nak memiliki benda tu sangat2...

CONTOH: Ana sanggup habiskan sehingga 5 jam sehari di depan komputer bermain game...semata-mata, nak menang game tersebut!....
***WAJARkah perbuatan tersebut! Padahal, ana masih lg seorg pelajar sekolah....bukankah lebih baik jika, masa itu dihabiskan dgn mengulangkaji pelajaran???


SAYANG- Give nTake...memberi dan menerima...persahabatan dan persaudaraan sesama Islam...ianya memang dibina atas dasar ini...dasar kasih sayang atas tauhid yang sama...apabila seseorang itu berkelebihan maka, dia akan memberi dan menyumbangkan bakti...manakala, apabila dia kekurangan sesuatu maka, dia akan menerima bantuan daripada orang lain.

CINTA- CINTA itu PENGORBANAN...selalunya kita terpaksa mengorbankan rasa SUKA dan SAYANG...semata2 utk mendapatkan cinta....CINTAkan ALLAH kita perlu korbankan masa utk beribadat dan berbuat kebajikan kpdNYA dlm segala segi termasuk dgn bekerja....dan NIAT SEMATA-MATA, mencari redha ALLAH...begitulah seterusnya, CINTAkan RASULLAH s.a.w., ibu bapa, keluarga, guru2, rakan2, ilmu, barangan perhiasan  dan lain-lain.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ CINTA MANUSIA...
Perempuan mudah SUKA tapi sukar untuk menCINTAi...ana sendiri pun macam tu! Kadang-kadang, SILAU membezakan  antara SUKA, SAYANG dan CINTA...Kadang2 SUKA, boleh dianggap CINTA!Pelikkan manusia ni...

OK2! Ana bagi contoh mudah lah ye?

Ada sorang MAMAT ni, dia tu HENSEMlah juga....jadi, mulalah kita kata kat diri kita....kita dah pun jatuh CINTA kepadanya..... padahal, kita sebenarnya baru SUKA je kat MAMAT tu....Boleh faham readers??? 

SUKA sbb MAMAT tu seorg yg RUPAWAN??? Tak patut!! Diri kita hampir2 tertipu dgn keindahan luaran semata-mata...

OK, masuk bab SAYANG pulak ye??? Kita mulalah mengenali MAMAT tu dengan lebih dekat sebagai seorang kawan baru!

Kita SAYANG dekat dia...kita boleh berkongsi cerita dan pengalaman kita dengan dia...kalau dia susah kita rasa kesian dan nak tolong dia tu! Kalau kita susah dia sudi untuk membantu kita tanpa perlu diminta....dia sendiri secara automatik akan membantu kita....tanpa kita minta....kadang2, sampai malu nak terima bantuan dia...Tapi, kita tak mengharapkan apa2 balasan pun kalau kita dah tolong dia tadi...begitu juga dia...

Sungguh berbeza SAYANG dgn SUKA...

Kalau kita SUKA, kita akan menolongnya kerana MENGHARAP untuk memiliki dia di kemudian hari...supaya dia membalas kebaikan yang telah kita lakukan dulu...dengan memberikan perasaan SUKA, SAYANG dan CINTA yang sama seperti kita.....TAMAKkan SUKA tu???

Ok....Bab CINTA ni, payahlah sikit....ana pun masih belajar untuk mengenal dan mendalami CINTA manusia tu sendiri..

Maklum, manusia kadang2, leka, lalai, alpa dengan keindahan sementara...tertipu dgn kekayaan, paras rupa, pangkat, kedudukan serta keturunan...agama pula diketepikan...sgt2 jauh drpd pandangan ISLAM dlm memilih pasangan hidup...

Astaghfirullah Al-Azim...harap2 kita semua tak tergolong dlm golongan sedemikian READERS??? Aamiiiin...

CINTA itu PENGORBANAN kalau mengikut definisi ana tadi jadi, untuk mencapai CINTA MANUSIAWI yang dapat melabuhkan lagi CINTA kita kepada ALLAH..Banyak yg kita kena korbankan...antaranya rasa dan keinginan utk bersama-sama...

Apabila seseorang itu mulai SUKA sama SUKA....keinginan utk berjumpa, bercakap, mesej, berhubungan secara langsung atau tidak langsung akan meningkat...itulah yg dipanggil RINDU...perasaan serta keinginan yg Allah ciptakan untuk menambahkan lagi rasa kasih dan sayang sesama insan di dunia ini....Allahu a’lam....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam ISLAM, kita tak digalakkan berjumpa-jumpa selalu utk berkenal-kenalan antara lelaki dgn perempuan tetapi sebaliknya PIHAK LELAKI hendaklah merisik khabar mengenai wanita itu melalui perantara a.k.a org tengah seperti saudara mara, kawan, serta ahli keluarga dan sahabat handai yg dekat dgn wanita berkenaan....MERISIK??? mengintip, menyiasat latar belakang, dan keturunan wanita berkenaan...sama ada drpd keluarga yg baik2 atau sebaliknya...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hal ini, sangat bertepatan firman Allah Taala....LA TAKROBUZ ZINA....zina itu menurut hadis sohih....(Hadis Riwayat Muslim, 4801)....

***** Abu Hurairah r.a., dia berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda, ‘Sesungguhnya Allah telah menentukan kadar nasib setiap manusia untuk berzina yang pasti akan dikerjakan olehnya dan tidak dapat dihindari. Zina kedua mata ialah memandang, zina lisan (lidah) ialah mengucapkan, sedangkan jiwa berharap dan berkeinginan dan kemaluanlah (alat kelamin) yang akan membenarkan atau mendustakan hal itu’. (Sebahagian Tafsir Surah Yusuf, 12:24)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
***** 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi.                                                                                Kelebihan mengamalkan tips ini:                                                                                                                                           1.Menjaga batasan pergaulan lelaki dan perempuan daripada terlalu mesra danketerlaluan.                               2. Menjaga hatimasing2 daripada perasaan suka yang berlebih-lebihan.                                                                                     3.  Menunudukkan hati, pandangandan pancaindera agar sesuai dgn kehendak Allah Taala.                                  4. Mengelakkan diri lelaki dan perempuan daripada ransangan seksual.                                                                           

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Cinta ilmu....
Suka- Sanggup menghabiskan masa berjam-jam tanpa melakukan perkara-perkara lain....duduk, menghadap komputer, buku atau berada di makmal-makmal sains untuk memahami sesuatu konsep ilmu itu sehingga lupa untuk solat. Astaghfirullah, sanggup tinggalkan solat semata-mata untuk mencari dan mendalami sesuatu ilmu!!!

Allah menyuruh kita menunutut ilmu, Thalabul ilmi faridatun ala kulli muslimin wal muslimat....tetapi, Allah juga menyuruh kita besederhana dalam semua perkara termasuk dalam menunutut ilmu. Allahu a’lam bissawab.

Sanggup menyakitkan org lain, menindas, mencuri dan menipu untuk mendapatkan ilmu...dulu ada seorang junior ana di SMA Al-Wosto...menceritakan mengenai seorang lelaki yg SANGAT SUKA membaca YASSIN setiap malam Jumaat.

Dia sangat-sangat SUKA sehingga ta’asub dengan amalan tersebut. Dia ta’asub dgn surah YASSIN tersebut dan hanya membaca surah berkenaan semata-mata serta kurang menghiraukan surah-surah lain yg terdapat dlm Al-Qur’an.

Pernah suatu ketika, isterinya menyorokkan semua YASSIN di dalam rumah mereka...Suaminya itu mencari-cari serta tidak menjumpainya, sanggup si suami memukul isteri dan anak-anak semata-mata kerana ingin mendapatkan surah YASSIN???

Sekarang kita boleh lihat, SUKA itu terkadang boleh membawa kpd perasaan ta’asub dan tamak....perbuatan yg baik pd asalnya, sekarang menjadi suatu keburukan apabila tidak besederhana dalam menyukainya! BESEDERHANA dalam MENYUKAI sesuatu perkara...itu kunci AMALAN yg TERBAIK...Allahu a’lam...

Sayang- Give and take dgn ilmu bagaimana?

Beradab dgn ilmu...meletakkan buku-buku ilmu di tempat yg sewajarnya...tidak mudah putus asa utk memahami sesuatu ilmu itu....Kemudian, beradab dgn guru yang mengajarkan ilmu....beradab ketika belajar....berdoa kpd Allah spy dipermudahkan kita menunutut ilmu....

HA! Dah nampak perbezaan antara SUKA dan SAYANG sekarang READERS?

Baiklah kita sambung pula, bagaimana untuk CINTA akan ilmu....

Cinta- CINTA adalah pengorbanan...Terkadang, kita perlu mengorbankan SUKA dan SAYANG untuk mendapatkan nikmat CINTA akan ilmu itu....semakin kita CINTAkan ilmu itu, semakin kita dekat kpd sang pencipta dan pengurnia ilmu...

Kita sanggup mengorbankan masa makan, dan masa tidur kita semata-mata untuk mencari dan mendalami secebis ilmu ciptaan Illahi...Kita sanggup meninggalkan kampung halaman, keluarga dan org yg kita sayangi....semata-mata untuk membuat kajian mengenai suatu ilmu.....semata-mata untuk menyiapkan suatu kajian ilmu....semata-mata mengharapkan kajian itu nanti memberikan kebaikan kepada masyarakat kelak....

Semata-mata mengharapkan keredhaan Allah atas usaha yg telah dicurahkan.....Semata-mata mengharapkan keredhaan Allah atas KESUNGGUHAN yg telah diberikan....

Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan dgn BERSUNGGUH-SUNGGUH.....

Begitulah CINTA sentiasa perlu berkorban rasa SUKA dan SAYANG utk mencapai nikmat MENCINTAINYA....

Pengorbanan itu memang pahit namun, ganjarannya kelak pasti manis...Yakinlah yang demikian, dengan seyakin-yakinnya...yakinlah bahawa setiap kebaikan yg kita lakukan di dunia, pasti akan mendapat balasan dan ganjaran oleh Allah kelak....InsyaALLAH....

Dan pastikan kita benar-benar ikhlas dalam menjalaninya...Allah lebih mengetahui akan apa yg nyata dan tersembunyi terutama apa yg disembunyikan di dalam hati-hati kalian...

Sama-sama kita renung-renungkan dan perbaiki diri...muhasabah, hisablah dirimu sebelum Allah menghisab amalan-amalanmu nanti....JOM HIJRAH!!! Peliharalah dirimu dgn HIJRAH....

Sekian dulu daripada ana, best stud celup. Wassalam. 

Petanda Si Dia JODOH kamu

Assalammu’alaikum....Apa khabar READERS? Sihat? Alhamdulillah kerana masih diberikan lagi kesempatan kepada kita untuk hidup hari ini...ALHAMDULILLAH,THANKS TO ALLAH....bulan ni ana sibuk nak POST UPDATE  pasal cinta pada READERS semua...boleh?




Mereka adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka...(Al-Baqarah, 2:187)

Pakaian bagi diri masing-masing>>>


Fungsi pakaian pada manusia....melengkapkan gaya dan kehidupan....menutup aib dan aurat....menutupi kekurangan.....melindungi seluuh tubuh badan...menutupi sebahagian perhiasan, kecantikan dan keindahan yang Allah ciptakan pada diri masing2.....mengelakkan ransangan seks pada mata yang memandang.....

Ana samakan fungsi pakaian tu dengan pasangan READERS....setuju???


Rasulullah saw telah meriwayatkan: "Sesiapa yang meninggalkan  perkahwinan kerana takut kemiskinan maka, dia bukanlah daripada golonganku".

Dan dia antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu benar2 terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. (Ar-Rum, 30:21)

Dari jenismu sendiri>>> Pasangan manusia ialah manusia juga, bukan haiwan atau makhluk2 lain seperti jin dan lain2...mempunyai banyak persamaan dalam minat,adat dan kegemaran....Sekufu??? Allahu a’lam....

Cenderung>>> minat, suka sehingga sukar untuk membenci kekurangannya...kekurangannya kamu boleh terima dengan senang hati...dan tidak wujud perkataan benci dan marah kecuali kerana menyayanginya....semakin dicari kekurangannya, semakin terserlah rasa suka dan kagum terhadapnya....semakin dapat menerima kekurangannya....

Tenteram>>> tenang, gembira, senang hati bila bersamanya....kekurangan kamu dia terima dengan baik, begitu juga sebaliknya..aib diri masing2, dia anggap seperti aib sendiri tak akan dibocorkan serta diceritakan pada diri orang lain...maruah kamu,maruah dia...tengking herdik serta kutukan orang terhadapnya, rasa sakitnya sama seperti dilemparkan semua itu pada dirimu..teguran dan nasihatnya sama sekali tidak menjatuhkan maruah dan egomu, kamu boleh menerimanya dengan baik.... J

Kasih dan sayang>>> apabila melihat dan bersamanya akan bertambah rasa cintamu kepada Allah...dan Allah akan suburkan lagi rasa cinta kalian berdua...apabila melihatnya kamu berasa senang, begitu juga sebaliknya....kamu ingin bermanja serta ramah kepadanya begitu juga sebaliknya...Allah terbitkan rasa gembira, senang hati dalam diri kalian dan itulah bukti dan tanda kamu saling menyayangi....

Allahu a’lam....sekian dulu dari best stud celup, Assalammu’alaikum....

Macam mana minat nak STUDY?

Assalammu’alaikum READERS...lama tak UPDATE blog ni...






Emm...hari tu ada seorang lagi adik yang bertanya pada ana...Kali ini soalannya, macam mana nak minat STUDY? 


Aik, tanya kat akak soalan ni adik...Kenapa? Akak bukan bijak,pandai dan rajin sangat STUDY....kuikuikui....heeeee...


Ok, ikuti perbualan mesej kami ya READERS? LET’S CHECK IT OUT...

ADIK:Assalammualaikum kak, ni saya nak tanya....macam mana nak buat kita minat nak STUDY, sebab kadang2 malas juga nak STUDY ni.....hurm L

AKAK: Emm, tentang soalan adik tadi...jawapannya: minat kalau kita samakan dengan cinta...boleh tak?

ADIK: Em, insyaAllah lah...saya akan cuba, akak buat begitu ke?

AKAK: Eh budak ni, tak lah...JUST bayangkan STUDY tu macam budak laki yang kita suka...Mula2,kita mesti nak gaduh dengan diakan? Sebab, kita sebenarnya suka dekat dia tp, malu...nak sorok malu...kita pun cari gaduh.... J

ADIK: Owh, faham2....hehe....

AKAK: Ok,sama macam mp MATH yg kita tak suka...mula2,kita mesti bengang tak dapat jawab soalan dia....hari2 kita bengang...tapi, lama2 kita mula kenal dgn dia kan? sikit demi sikit...masa demi masa...hari demi hari....bila kita START reti nak jawab soalan MATH tu...kita pun mula sayang dia....kikiki

ADIK: Betul2....hahaha,walaupun nampak lawak tp, saya rasa berkesanlah...hehehe...

AKAK: Itulah, akak pandai pilih cara nak terangkan! Ok, kalau akak kata cinta tu pengorbanan...setuju tak?

ADIK: Em,em...setujulah kut...huhu

AKAK: Ok,bila kita dah sayang sangat2 dekat dia...kita mesti nak dia mesej kita hari2 kan? Nak tahu khabar dia...nak tahu dia buat apa...kalau tak dapat,kita rasa rindu....macam kita cinta dekat mak kita....bila duduk asrama rindu kan?

ADIK:Betul2....AND THEN?

AKAK: Jadi, kita bila dah pandai,sayang sangat2 dekat mp tu...kita kenalah tinggalkan dia sekali sekala...STUDY subjek lain pula, baru adil...tapi, dalam masa yang sama STILL rindu,sayang dan nak dekat dia....hehehe....bukan ke tinggalkan dia sehari dua tu pengorbanan? Kita pun akan sakit....sakit rindu...tapi,kita tahu dia tak akan cari yang lain dan setia dekat kita....hiiiii,macam orang bercinta pula...

ADIK: Haha...betul2, saya faham....kenapalah saya tak terfikir nak buat begitu? Hehehe.....samakan STUDY dengan cinta,huhu

AKAK: Ok...jadi,bila kita suka,sayang dan cinta akan STUDY tu...kita kena adil...jangan asyik STUDY je....waktu main,main....waktu solat,solat...teruskan kehidupan sebagai manusia yg besederhana tapi,ada cinta dan rindu yg sentiasa membakar semangat kita nak STUDY....Besederhana,WOSTO itu yg terbaik...

ADIK: Betul2...insyaAllah, sekarang ni baru saya tahu macam mana nak bagi kita lagi minat STUDY tu.... J

AKAK: Hehehe....sudahlah,nak solat asar pula ni...dah,STUDY elok2 lepas ni....biar cinta dan rindu akannya...membakar semangatmu nanti....Assalammu’alaikum....

ADIK: Waalaikum salam....thank you akak....BCOZ U HELP ME TO LIKE STUDY....






Apa macam READERS? Boleh minat nak STUDY lepas ni?Ana doakan READERS semua berjaya dunia akhirat. Aamiiin....Sekian dulu daripada ana, best stud celup.

5 Tips Berurusan dengan Lelaki

***** Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka.  Sama-samalah kita menjaga hati..


1. Elakkan berurusan dengan lelaki selagi mampu dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan.  Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut,  maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil.             
                                                                                                
......Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar.  Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..).   
                                                                                                                                                    
.......Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.          
                                                                                                                                                             
........Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara!

***Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."

***Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita.

***Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa.                                         “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

........Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…".

........Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke.. Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan.  Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja team mate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut.

.........Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go. Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi.

Rabu, Jun 13

5 langkah untuk QIAMMULLAIL

Langkah 1: Jangan terlalu letih di siang hari. Seeloknya, tidur beberapa minit sebelum zohor....QAILULLAH...

Langkah 2: Jangan terlau kenyang atau terlalu lapar sebelum tidur. Tidur dalam keadaan perut sederhana penuh.

Langkah 3: Tidur awal dalam pukul 9,10,11 malam supaya tak terlalu mengantuk. Ikut kebiasaan masing2...OK?

Langkah 3: Pasang niat yang bersungguh-sungguh untuk QIAMMULLAIL dengan menyebut INSYA_ALLAH beberapa sehingga hati yakin bahawa ALLAH akan bangunkan kita nanti.

Langkah 4: Tidur dengan tenang dan mengharapkan keredhaan ALLAH...sepanjang istirehat kita itu...


UBAT HATI ada LIMA PERKARA....

Allahu’alam...Sekian daripada best stud celup, Assalammu’alaikum.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...