Assalammualaikum....
Alah, ada adik ni bertanya tips
dekat ana macam mana ana STUDY! Jujur, ana ni taklah serajin Nik Nur Madihah
dalam bab-bab STUDY ni...
Taklah rajin mana STUDY, main koi
rajin! Kalau cuti-cuti sekolah habis semua GAME dekat dalam komputer rumah tu
koi main... HAx3...
Baca buku AKADEMIK waktu cuti
penggal persekolahan HARAM...
Nak baca, sentuh pun jauh sekali...
kalau sentuhpun sebab nak susun tu je... nak baca tak terlintas langsung dekat
otak ni kut....
THANKS kepada adik yang sudi
bertanya!
TIPS
UMUM ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Tumpuan
di dalam kelas.... memang ayat
tipikal setiap pelajar cemerlang... nak buat macam mana? Ni memang TOP TIPS, untuk belajar dekat dalam kelas... Jadi,
jangan bermain atau tidur dalam kelas YA!
2. STUDY
dari awal tahun, jangan malas... Sekurang-kurangnya, buatlah latihan
yang diberikan oleh guru-2 sahaja... Ni memang tahap PALING MALAS..
3. Mula-mula, dulu memang ana ni
malas buat latihan dalam semua subjek tapi, beberapa bulan terakhir sebelum SPM ana
baru perasan yang Malaysia sebenarnya, mengamalkan pembelajaran berteraskan
peperiksaan jadi, BUKU LATIHAN yang PALING DISYORkan untuk para pelajar beli ialah buku KOLEKSI SOALAN2 TAHUN2 LEPAS.. Lagipun, bentuk soalan peperiksaan ni sebenarnya lebih kurang je
tiap2 tahun....
4. Tambahan pula, dengan membuat
latihan DENGAN BUKU NI, STUDENT boleh MENGUASAI
TEKNIK MENJAWAB soalan-soalan peperiksaan.... dah habis buat semua
dalam buku koleksi tu, baru beli buku latihan lain... tak adalah membazir
nanti....
5. Letakkan
matlamat yang mencabar dalam diri
anda. Ini bermakna, “Sukar untuk dicapai tetapi memerlukan kesungguhan untuk
berjaya”... Jadi elok diletakkan matlamat di tahap yang agak tinggi, di mana
anda berpeluang untuk memperolehnya dengan syarat anda bersungguh2. Dengan
berbuat demikian, anda tiada pilihan lain kecuali bertungkus-lumus sepanjang
masa untuk mencapainya. Ok, matlamat ana... SILA RUJUK di sini...
6. Menghadiri
seminar dan bengkel menjawab soalan-soalan peperiksaan.... Alhamdulillah, ana sendiri dapat bengkel
percuma anjuran JAIP tahun lepas... Kalau dah rezeki memang tak ke mana, kan?
Allah sentiasa tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Kalau nak pergi
seminar dekat luar, jangan haraplah! Nak sampai tempat tu.. dalam mimipi pun
susah!Hee
7. Jangan terlalu mempercayai
soalan-2 ramalan, STUDY semua bab dalam setiap mata pelajaran daripada awal
tahun.... Jangan terlalu berharap kepada soalan-2
ramalan, OKEY!
8. Belajarlah membuat analisa soalan....
Jika tahun lepas, soalan bab tu dah keluar jadi biasanya, JARANG
kementerian nak keluarkan soalan yang sama lagi tahun ni... Daripada
analisa yang dibuat, anda boleh
TARGET soalan apa yang akan keluar dalam PEPERIKSAAN sebenar nanti... Analisa soalan-2 yang telah keluar pada
tahun-2 sebelumnya BIASAnya terdapat dalam setiap buku KOLEKSI SOALAN atau
KERTAS MODEL AKTUAL.... Mintalah bantu GURU-2 untuk menyediakannya, kerana
guru-2 memang berpengalaman membuat analisa sebegini...
9. Soalan
percubaan biasanya, digubal oleh
negeri masing-2... Oleh itu, FOKUS
pada bahan-2 daripada program khas akademik negeri masing-2,
Pahang-JUJ, Kelantak-Gerak Gempur.
10. Sekali-sekala, bacalah buku-buku motivasi, buku teknik belajar atau
menghadiri kem-2 motivasi belajar.... kalau
rajin cari di internet pun boleh asalkan, anda rajin mencari....
“Jika orang lain tidak mampu memotivasikan diri anda, anda sendiri yang perlu memotivasikan
diri”
Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum kecuali
mereka sendiri yang berusaha
untuk merubahnya.
TIPS
KHUSUS ~~~~~~~~~~~~~ Kepada semua PELAJAR SEKOLAH ~~~~~~~~~~~~
Ramai student yang suka sangat beli buku-buku rujukan... Rasanya, tak payah kut!
Serious membazir duit je! TERUTAMA kepada BUDAK SAINS TULEN... ***
Maaf bukan nak condemn mana2 pihak....
**** Senang cerita SEMUA SUBJEK
readers GUNA jelah BUKU TEKS.... Jimat
pun jimat! Faktanya tepat! Menepati silibus pun
ya!
KEMENTERIAN kalau GUBAL SOALAN tak
adanya, nak tanya benda2 yang tak ada dalam buku teks ni.... semuanya IKUT
silibus BUKU TEKS.... jadi, JANGAN RAGU2
untuk study guna BUKU TEKS, OKEY!
Cikgu berpengalaman pun ada bagitahu
ana, tentang semua ni dekat seminar dulu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~SUBJEK-2 BAHASA seperti
Bahasa Melayu, Bahasa Arab nEnglish....
~~~~~ Macam biasalah kena banyak
membaca dan rajin-rajinlah buat karangan... Alah, buat ayat-ayat yang SIMPLE je supaya tak banyak kesalahan
tatabahasa. Ya, supaya karangan anda GRAMATIS... sifar kesalahan GRAMMAR a.k.a
tatabahasa...
~~~~~ Perbendaharaan katapun kena banyak dan kadang-kadang susah nak
ingat jadi, sila cuba buat PETA MINDA dan ikut tips ni,
okey! Kadang-kadang, cubalah BUAT LAGU ke? Atau apa-apa saja
yang lebih menarik supaya dapat tingkatkan VOCABULARY kita dalam subjek-2 ni...
~~~~~ Ya, ANDA MAMPU MENGUASAInya
sebagai second languages anda... mungkin anda boleh jadi seorang pakar bahasa
suatu hari nanti... Tuah manusia kita tak tahu, kan? Jadi, SELAMAT
BERUSAHA, CAIYOK-2.... Tak
rugipun kalau mahir dalam bidang bahasa ni, nak kerja pun senang... Semua
syarikat sibuk duk cari mereka yang ada kemahiran macam ni..
LEBIH SPESIFIK ~~~~~~~~
M/p-2 budak SEKOLAH AGAMA punya ~~~~~~~~~~
*** Khusus untuk SPM namun, masih
sesuai untuk UPSR dan PMR.. Sekian, dimaklumkan..
******************************* Aliran
Agama ******************************
2. ##### Pendidikan Syariah Islamiah
3. ##### Pendidikan Al-Qur’an dan As-Sunnah
******************************** Subjek
Teras *******************************
5. ##### English (Writing)
************* English (
6. ##### Matematik
7. ##### Sains
8. ##### Sejarah
********************************* Aliran
Sastera *****************************
9. ##### Prinsip
Perakaunan
10. ##### Perdagangan
11. ##### Matematik Tambahan
****************************
Ana tak ambil m/p ni ****************************
12. ##### Ekonomi Asas
13. ##### Pendidikan Seni Visual
14. ##### Sains Tulen (Biologi,
Fizik, Kimia)
~~~~~~~~~~~~~~ Disediakan oleh: best stud celup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan