Sabtu, Februari 25

Syahadah Paling Susah? Betul ke?

                                                                   ~~ Kalau RAJIN~~
                                            ~~ Versi Cerpen ~~
                     ~~  Jika Sambungan Cerpen itu 'Slow' sangat ~~




Ramai yang cakap Haji ibadah paling susah nak buat....
Jika anda kata,'Ya!'
Ana kata,'Ya, anda salah!'


Jom fikir-fikirkan semula!
Haji kena buat setiap masa ke?
Haji kena buat setiap hari ke?
Kalau tak ada duit dan kemampuan yang cukup, kena buat juga ke?
Jika jawapan anda... TAK... teruskan membaca...


Sebelum antum dan antunna semua membaca lebih lanjut.
Ana nasihatkan kepada yang kesuntukan masa supaya membaca poin-poin penting sahaja,
yang telah di'
HIGHLIGHT'kan. Sekian, selamat membaca. 


Pernah terfikir tak!
Kenapa Syahadah diletakkan di tempat pertama dan
mengatasi semua ibadah lain dalam Rukun Islam?
Tak pernah terlintas pun soalan itu di minda!


MasyaAllah, samalah kita...
tapi, lepas dah terbaca satu 'article' ini...
Rasanya, dah jadi satu kewajipan buat ana untuk tulis pasal benda yang sangat-sangat 'crucial' ini....
Juga sebagai peringatan untuk diri ana sendiri...


Malunya sebab yang terfikir nak tanya soalan ini budak kecil saja bukan orang tua
(Sila rujuk versi cerpen) Patutlah kita perlu muliakan kanak-kanak (Nasihat Imam Al-Ghazali)...
Mereka ini sangat unik, sangat hampir dengan fitrah,
sangat sesuai untuk belajar, mengkaji dan menuntut ilmu kerana:
"ILMU bermula bukan ketika kelas dimulakan atau ketika helaian buku mula diselak tetapi
saat RASA HATI INGIN UNTUK BELAJAR." (Abul Fakar).
Kadang-kadang kita tak terfikir pun sampai ke situ tapi, budak kecil boleh terfikir sampai ke situ... 'Curiosity' yang tinggi itulah, kunci ilmu...
Rasa ingin belajar atau rasa ingin tahu itulah yang membawa kita hampir kepada ilmu.
Subhanallah... Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dengan fitrah yang tersendiri...


Allah Maha Besar, Maha Kaya IlmuNya tak tergali ilmu itu oleh kita...
Kadang-kadang tak sedar, tulis punya tulis...
Rasa nak menangis bila baca balik...
Rasa banyak sangat kelemahan diri..
Astagfirullah Al-'Azim....
Jom sama-sama kita perbaiki diri...


Mengapa Rukun Islam terdiri daripada ibadah-ibadah??
Tapi, tiba-tiba ada satu yang nampak macam bukan ibadah tetapi terletak dekat atas sekali...
Fikir.
Fikir lagi sekali...
Bukan ibadah ke? Tak mungkinlah...
Dah cantik punya susunan takkan tiba-tiba, ada cacat celanya... Islamkan Sempurna??
Aneh bin pelik ini...
Syahadah juga satu ibadah? 
Jawapannya:Ya! Syahadah satu ibadah.
Bagaimana beramal dengannya? Nanti ana akan terangkan...


Malah, Syahadah merupakan ibadah yang terpenting... mengatasi segala ibadah yang lain...
Haji, sekali seumur hidup...
Zakat, sekali setiap tahun....
Puasa, sebulan saja dalam setahun...
Solat, 5 kali saja yang diwajibkan...
Syahadah, bila pula nak melakukannya?
Ya, kita perlu beramal, berpegang seterusnya meyakini
Syahadah sepanjang masa selagi hayat dikandung badan...


Susahnya! Tak ada masa dan musim-musim tertentu saja ke nak buat semua itu?
Tak ada... Sepanjang masa hatta, ketika tidur pun kita WAJIB beramal dengannya..
Kita sebagai umat Islam seharusnya sedar
bahawa kita bertanggungjawab atas apa yang kita ucapkan...
Inikan pula apa yang saksikan, yang kita berikrar dengannya, yang kita bersumpah dengannya...


MasyaAllah, berat sungguh nak difikirkan!!


*************************************************************************


Macam mana pula nak beramal dengannya?
Nak beramal dengannya memang betul-betul berat....
Setiap detik, setiap saat, setiap masa kita kena percaya....


Percaya apa??


>> Percaya bahawa Allah mengetahui dan berkuasa atas setiap sesuatu
     yang terjadi pada diri kita...
     Hatta, setiap kali kita bernafas pun itu adalah atas kehendak Allah...
     La Illaha illallah..... Jauhnya lagi nak sampai tahap itu...
   
    Jika ditakdirkan kesusahan, kekecewaan, kematian pun atas kekuasaan Allah...
    Kita kena benar-benar yakin....
    Yakin sepenuh hati kita yang setiap apa yang berlaku ke atas diri kita
    sama ada sihat, sakit, senang, susah, dan semua yang berlaku di sekeliling kita
    Semuanya atas kehendak Allah
    dan setiap perlakuan kita diketahui dan diperhatikan oleh Allah...
    Tiada siapa boleh memberi manfaat dan mudharat kepada diri kita tanpa izinNya...
    Kepada yang bersenang-lenang, bermewah-mewah, bersusah, bersedih, berduka, bergembira...
    Ingatlah Allah berkuasa untuk mengubah keadaan kita sekarang...
    Jadi, jangan leka... Ingat Allah selalu...
    Jika ingat kepada Allah ketika kita senang
    maka, Allah akan ingat kepada kita ketika kita susah....
    Allah! Allah! Allahu Akbar!

    Kita juga perlu yakin bahawa kita ini hamba Allah...
    tuan kita Allah...
    Jadi, setiap perintahNya, kita WAJIB buat...
    Segala laranganNya kita WAJIB tinggalkan...
    Jika kita tak buat apa yang Allah perintahkan...
    dan ikutkan hawa nafsu kita
    maka, kita bertuhankan nafsu bukan Allah...
     
   Jika kita lebih mengagungkan hukum manusia berbanding hukum Allah..
   maka, kita mentuhankan manusia bukannya Allah...
   Inilah yang dikatakan berfikiran sekular...
   iaitu meyakini dan mengagung-agungkan hukum manusia melebihi hukum Allah...
   Nauzubillah...

   Mengagungkan Allah bererti melebihkan Dia melebihi segala-galanya di dunia ini...
   Meyakini bahawa Dialah sebaik-baik Pencipta...
   Yang menciptakan segala sesuatu dengan penuh hikmah dan kebaikan....
   Hukum Allah MEMANG lebih baik....
   Tiada manusia yang mampu mencipta hukum 
yang lebih baik daripada hukum Allah itu sendiri...
   Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya....
 
Maaf tiada sebarang unsur-unsur politik di sini... Sekali lagi, maaf jika ada yang berkecil hati...

>> Percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah
 pesuruh Allah 24 jam sehari semalam tanpa henti...
Ini kerana jika kita meragui akan kenabian dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. 
maka, syahadah kita secara automatik terbatal.
Cara untuk beramal dengannya ialah dengan melaksanakan sunnah-sunnahnya daripada  yang sebesar-besar sunnah hinggalah yang sekecil-kecil sunnah.
Dan yang terpenting di sini, kita tidak boleh memperlekehkan sunnah Baginda s.a.w.
walaupun kita tidak mahu buat. 
Sebagai contoh, kita tak suka simpan janggut lalu, kita berkata kepada rakan kita, 'Aku tak simpan janggut macam Nabi sebab zaman Nabi tak ada Gillette nak cukur janggut .'
Jangan!! Itu sudah termasuk dalam meragui kebenaran Baginda s.a.w.
Jika berlaku begitu maka, kita sudah tidak meyakini bahawa 
nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah...
Sedangkan kita menyatakan bahawa, 'Tiada tuhan selain Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Nah, sekarang antum dan antunna semua fikir bagaimana?
Susah ke senang lafaz Syahadah itu nak diamalkan?
Susah!!
Mudah saja kalau kita benar-benar beriman dan yakin bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini bahawa tuhan kita hanya Allah sahaja dan nabi Muhammad s.a.w. pesuruh Allah yang benar dalam setiap perkara.
Secara mudahnya, kita perlulah membuang segala prasangka dan ragu-ragu akan 
Allah dan Rasulluh setiap masa 
serta setiap perbuatan kita perlulah sesuai dengan kehendak Allah dan rasulNya.

####################################################################



Kesimpulannya:
Para pembaca yg budiman sekalian,
kita sering memandang mudah akan 'maksud' dan 'hak' penyaksian kalimah tauhid kita itu.
Kita rasa kita sudah islam dgn solat, puasa, zakat atau haji.
Sedangkan dalam hati kita ada penyakit iaitu:
penyakit meragui ketuhanan Allah.
Kita memang tak menyembah manusia,
tetapi jika kita lebih mengutamakan perintah manusia daripada perintah Allah,
bukankah itu maknaya kita lebih mengagungkan manusia daripada Allah?


Kita bersaksi bahawa nabi Muhammad itu benar.
Ajarannya benar.
Kenabiannya benar dan kerasulannya benar.
Tetapi,jika kita tidak yakin dan memperlekehkan sunnahnya 
serta apa yang dibawa olehnya....
maka, adakah kita termasuk dalam
kalangan orang-orang yang membenarkan kerasulannya?


Subhanallah!!
Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dengan fitrah yang suci...


Ya!! Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri
dan bertaubat atas setiap ketelanjuran yang telah kita lakukan. Sekian. Yang benar, best sud celup.


Temuduga Wajib kepada semua?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...