Selasa, Februari 14

Erti Persahabatan



*Dari kaca mata seorang pemerhati*
> Syukran, sahabat-sahabatku kerana sudi menjadi sahabat yang baik <


1. Ada sahabat yang bersemangat.
 # Kita tengok kelakuan dan cara dia menyapa kita pun kita dah boleh tahu, dia ini memang jenis orang yang bersemangat.

2. Ada juga jenis 'Kaki Like'.
# 'Like' saja kerja dia, komen haram nak diberi... kadang-kadang sakit hati juga tengok perangai dia.... tapi, nak buat macam mana dah kawan, emmm... terima sajalah...

3. Ada juga yang 'sporting'.
# Jenis kawan macam ini memang mudah. Kita kritik ke? Tak puas hati ke? Dia layan saja!!

4. Ada juga yang perasan baik.
# Yang jenis ini memang menyampah kalau kawan dengan dia, asyik-asyik puji diri sendiri saja!!

5. Ada juga yang jenis sombong.
# Orang bagi mesej ke? Hadiah ke? Langsung tak dibalas, ucap terima kasih pun tak!!

6. Ada juga yang jenis peramah.
# Yang jenis ini memang bagus, ada ciri-ciri sahabat sejati.

7. Ada juga jenis manusia yang mudah percaya.
# Mudah sangat dia percaya pada orang, boleh dikatakan lurus bendul jugalah... Orang menipu dan buat baik sikit dekat dia... Mulalah, dia cair.

8. Ada sahabat yang mendekatkan diri pada agama.
# Sahabat jenis ini memang susah nak cari tapi, jenis ini memang jenis sahabat yang terbaik.... Kata-kata dia memang penuh hikmah.

9. Ada sahabat yang dapat memberikan kesedaran.
# Yang jenis ini memang unik, dia baru cakap sepatah... kita boleh fikir dan faham apa makna disebalik kata-kata dia itu.

10. Ada sahabat yang jenis ikhlas dalam berkawan.
# Keikhlasan dia Allah sahaja yang tahu tapi, kita boleh merasakan keikhlasannya dalam hati kita. Allah lebih mengetahui.

11. Ada sahabat yang mengambil berat.
# Dia ini boleh dikatakan lengkaplah, ciri-ciri sahabat sejati dekat dia ini... Kalau apa-apa mesti selalu tanya... Tanya khabar! Sakit jenguk! Jumpa dekat luar tegur! Semua hak-hak seorang sahabat dia penuhi. Memang teman sejati dia ini. :D

12. Ada juga kawan yang jenis penuh dengan emosi.
# Gembira! Marah! Sedih! Semua jenis emosilah, dia ada... Kalau kawan dengan dia ini memang tak membosankan langsung! Tak rasa pun macam kayu ke! Macam robot ke! Memang rasa macam manusia biasa, yang penuh dengan perasaan... dapat rasa sangat dekat hati kecil ini.... Terutama, bila kita dekat FB dengan orang-orang yang memang perangai dia macam robot, tak tahu adab langsung. Dia ingat kita ini apa? Hackers ke? Robot ke? Ke batang kayu? Tak ada perasaan macam dia, dia sesuka hati saja nak buat itu ini... tak fikir langsung yang kita ini manusia yang ada hati dan perasaan.

13. Ada sahabat yang setia.
# Dia ini memang baiklah, kita boleh lihat kejujuran dia dalam bersahabat... dia sanggup bersahabat dengan kita walaupun, kita ini dah buat jahat dekat dia. Kalau dah lama sangat tak jumpa sampai, kita dah lupa dekat dia. Namun, dia 'still' lagi nak bersahabat dengan kita. Orang jenis ini memang berpegang teguh dengan 'Ukhwah Islamiah'.

14. Ada sahabat yang 'open-minded'.
# Apa-apa kritikan, dia boleh terima dengan hati yang terbuka. Ciri-ciri seorang pemimpin ada pada diri dia ini. Manusia jenis ini memang mudah untuk terima kritikan dan bersedia untuk berubah, dalam kamus hidup dia memang tak ada hasad dengki, prasangka buruk... He always think positive.

15. Ada sahabat yang suka memaksa.
# Orang macam ini memang selalu nak menang... Kiranya, dia ini memang keras kepala orangnya... Kalau ada apa-apa yang dia nak, dia sanggup buat apa-apa saja untuk dapatkan benda itu. Susah juga jadi, orang macam ini... macam tak bersyukur pun ya!

:D Allah lebih mengetahui hati-hati hambaNya. 
:D Ana menulis ikut pemerhatian ana saja, kalau tak puas hati, silalah komen... 
:D Kalau ada yang terasa, ana terlebih dahulu meminta seribu kemaafan. 
:D Kalau nak tambah apa-apa pun boleh tulis dekat komen itu. 
InsyaAllah, nanti ana baca. 
:D Yang benar, best stud celup.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...