Sabtu, Februari 18

Realiti Hidupku

Kisah itu masih belum berakhir aku kini kian meningkat remaja... Masa berlalu kini usiaku 13 tahun, aku diterima masuk ke SMAKT, Temerloh.. Hatiku sebahagiannya menerima dan sebahagian lagi seolah2 menolak namun aku reda dengan ketentuanNYA agar aku bersekolah di sana, di bumi wakaf.... Di situ tersergam indah sekolahku Al-Khairiah, di sana juga aku didik supaya lebih mengenal Penciptaku... Syukurlah tahun itu, blok baru sudah siap dibina..aku yang baru masuk seolah2 disambut dan dialu2kan di situ dengan kehadirannya. Setahu aku ramai juga pelajar baru diterima memasuki sekolah itu tahun itu kira-kira 300 orang...akupun tidak pasti berapa jumlah sebenarnya..


      Masuk tingkatan 2, jumlah bilangan pelajar baru yang diterima masuk berkurangan.. Barulah aku tahu, sebenarnya susah juga untuk diterima masuk ke sini... Ramai yang ditolak dan dihantar untuk bersekolah di sekolah agama lain. Mungkin kerana prestasi sekolah ini yang cemerlang dari segi akademik, ramai ibu bapa yang ingin anaknya masuk ke sini...mungkin... tiada yang pasti....




    Naik tingkatan 3, aku sibuk dengan kelas2 tambahan dan aktiviti koko... Aku lama2 rimas dengan kekalutan yang juga berlaku dalam diriku dan keluarga.. Aku juga penat terpaksa MENUNGGU dan berulang alik ke sekolah...Aku pernah juga ditinggalkan oleh emak kerana lambat keluar kelas...Pagi2 pula selalu lambat ke sekolah SO, faham2 jelah mesti kena denda,kan? ..semuanya membuatkanku pusing,penat dan hampir menggoyahkan semangatku di samping aku sibuk dengan persediaan peperiksaan... Namun, semua itu aku hadapi dengan tabah dan aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR...  Dari sudut lain, aku merasakan sesuatu telah berubah pada diriku... Aku seolah2 kurang semangat untuk belajar... aku juga hilang tumpuan dalam kelas... Akhirnya aku 'decide' untuk berpindah sekolah......BERSAMBUNG........ Yang benar, best stud celup.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...