Sabtu, Januari 4

TIPS UNTUK MEMBINA KEYAKINAN DIRI ANAK ANDA

Assalammualaikum, hari ni ana nak kongsi sikit tentang cara-cara membina keyakinan dalam diri anak-anak anda.. yang saya terbaca dekat majalah KASIH KELUARGA keluaran LPPKN.. ditulis oleh Deanne Lynn Sletten dalam Bahasa Inggeris dan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh saya sendiri.. Huhuhuhu..

Membina keyakinan dalam diri anak-anak adalah hadiah terbesar yang anda boleh berikan kepada mereka. Anak-anak dengan keyakinan diri yang tinggi, membesar menjadi seorang dewasa yang boleh bertindak sendiri, bertanggungjawab, dapat mengawal tekanan dengan baik, suka pengalaman baru, pandai berkawan dan pandai mengawal emosi baik dan buruk. Mereka merasa diri mereka dihargai, memerlukan dan diperlukan. Keyakinan diri yang baik, sangat penting untuk menjamin kesihatan mental mereka.


  • Bermula daripada bayi- Bayi mula membentuk rasa sayang dan penerimaan dari awal kelahiran mereka. Pegang bayi anda apabila dia menangis.. Senyum, sentuh dia dengan kasih sayang dan bercakap dengan lemah lembut, rasa ambil berat terhadapnya. Apabila dia membesar, bayi mula merasakan yang dia disayangi dan diterima oleh kedua ibu bapanya.
  • Ucapkan "Mak/ayah sayang kamu"- Selalu bagitahu dia yang anda menyayanginya dan gembira dia menjadi sebahagian daripada keluarga anda. Lafazkannya melalui kata-kata dan perbuatan anda. Berikan dia pelukan, senyuman dan usap belakangnya. Penerimaan dalam keluarga membuatkan anak anda rasa yakin dengan dirinya.
  • Luangkan masa dengan anak-anak anda- Sediakan sedikit masa untuk anak-anak anda. Main sebuah permainan, kayuh basikal atau main sorok-sorok. Ini membuatkan dia rasa dirinya penting pada anda. Ia juga adalah suatu masa yang sangat baik untuk berhubung dan berkongsi pengalaman harian. Apabila kanak-kanak dalam keadaan tenang, mereka cenderung untuk bercakap lebih banyak berbanding masa-masa lain. Dengar apa yang dia bicarakan dan jangan mengkritik. Merasai dia dipercayai dan merasakan anda selalu bersamanya akan mengekalkan komunikasi terbuka antara kamu berdua untuk beberapa tahun ke depan.
  • Galakkan mereka berkawan- Ajak kawan-kawan anak anda untuk datang ke rumah dan berkenalan dengan mereka. Mempunyai ramai kawan membantu anak anda rasa selamat apabila dia jauh dari atau ketika berada di sekolah.
  • Tunjukkan minat pada sekolah dan kerja sekolah mereka- Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih cemerlang di sekolah jika ibubapa mereka berminat dan terlibat dengan sekolah mereka. Pergi ke perjumpaan sekolah, jumpa guru-gurunya dan hadiri hari ibubapa atau makan tengah hari. Juga bantu anak anda melakukan kerja sekolahnya. Hati-hati, walaubagaimanapun jangan bantu terlalu banyak. Bantu mereka apa yang diperlukan sahaja, jangan pula anda yang membuat semua kerja sekolahnya.
  • Raikan kejayaan mereka- Bingkaikan hadiah mewarna mereka, letakkan keputusan cemerlang mereka di peti sejuk supaya semua orang dapat melihatnya atau belanja dia makan di luar atas kejayaannya dalam akademik di sekolah. Biarkan anak anda tahu bahawa anda menghargai kerja kerasnya dan berfikir pencapaian cemerlang mereka adalah penting.
  • Libatkan diri dalam aktiviti lepas sekolah mereka- Tengok perlawanan bola anak anda atau pergi ke kelas tariannya. Galakkan hobi atau minat mereka sama ada dia adalah yang terbaik atau tidak. Yang paling penting adalah anak anda seronok menjadi dirinya dan dia berjaya mempelajari kemahiran baru. Biar dia tahu bahawa anda berbangga mereka berada di sana. 
Bantu anak anda bina keyakinan diri melalui rasa minat anda anda dan galakan anda juga membantu dalam membina hubungan anda dengan anak-anak anda. Kadang-kadang, mungkin ada penolakan daripada pengaruh luar tetapi abaikannya. Anda akan berbangga apabila ada dewasa yang tanggungjawab, mengambil berat dan berdaya saing yang anda lahirkan ke dunia.


Source: http://www.associatedcontent.com/article

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...