Ahad, Januari 5

KOPI: BAIK UNTUK ANDA

Penyelidikan terbaru tentang kopi menemui bukti bahawa kopi mempunyai banyak manfaat kesihatan.


KOPI MENINGKATKAN KECERGASAN
Kopi bukan sekadar meningkatkan kepekaan. Kajian menunjukkan kopi juga mungkin membantu meningkatkan prestasi fizikal dengan menaikkan keupayaan dan memperbaiki stamina. [1]

MEMBANTU PENGURUSAN BERAT BADAN
Kopi adalah minuman yang rendah kalori jika diminum kosong. Kopi yang dibuat dengan 2 gram serbuk kopi tanpa ditambah gula atau krimer mengandungi kurang daripada 7 kcal. Mereka yang ingin menjaga badan tentu seronok kerana ada sesetengah pendapat mengatakan kopi boleh membantu anda mengawal berat badan.

MEMBANTU MELINDUNGI DARIPADA SESETENGAH PENYAKIT 
Banyak kajian saintifik memutuskan bahawa kopi mungkin membantu mengurangkan risiko anda mendapat penyakit Alzheimer [2], Parkinson [3] dan sesetengah kanser [4].

Rujukan:
[1]EFSA Panel of Dietatic Products, Nutrition and Allergies (NDA).2011.EFSA Journal;9(4):2053 [24pp.].doi:10.2903/j.efsa.2011.205
[2]Santos C et al. J Alzheimer Dis. 20(Suppl 1):S175-85.
[3]Ascherio A et al. Ann Neurol. 50(1):56-63.
[4]Larsson SC et al.2007.Coffee consumption and liver cancer: a meta-analysis. Gastroenterology, 132:1740-1745.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...