Ahad, Mac 2

MENGEJAR MATLAMAT

Dalam hidup, ada 3 MATLAMAT atau perkara yang MANUSIA CARI:-
  1. KEBEBASAN
  2. KETENANGAN
  3. KEBAHAGIAAN

Bagaimana CARA UNTUK CAPAI MATLAMAT tersebut?
  • Ubah persepsi minda

Setiap insiden

  1. Ada hikmahnya = peluang @ batu loncatan
  2. Proses mematangkan diri / tahu potensi diri
  3. Proses pembelajaran
Setiap masalah
  1. Mendekatkan kita kepada Allah SWT
  2. Sedar diri ini lemah dan perlukan pertolongan Allah
  3. Proses muhasabah diri
SALAH SATU CARA UNTUK MENGUBAH PERSEPSI MINDA KEPADA POSITIF:
  • iaitu dengan BERSYUKUR

  1. Manusia selalu merungut, mengatakan hidup ini tak adil
  2. Pernahkah kita betul-betul perhatikan apa yang ada di sekeliling kita?
  • Orang yang tak ada rumah, hanya tidur di kaki lima
  • Orang yang tak ada duit untuk makan, kutip sisa makanan
  • Orang yang kurang upaya, padahal kita ini sempurna anggota
PERNAHKAH KITA TERFIKIR? PERNAHKAH HATI KITA BERBICARA BETAPA BERTUAHNYA KITA LAHIR SEMPURNA, PUNYAI TEMPAT TINGGAL & MAKANAN?
LOOK UP FOR INSPIRATION & LOOK DOWN FOR SATISFACTION
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini sebelum ALLAH menariknya kembali.. Firman ALLAH, "Bersyukurlah kamu, nescaya akanku tambah nikmat bagimu."
JOM SAMA-SAMA KITA JADI ORANG YANG POSITIF..







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...