Jumaat, Mac 7

Karakter Orang Berjaya

Hari ni ana nak kongsi salah satu artikel dalam mingguan wanita, apa yang telah ana baca dari kolum karier bulan Mac 2014. Luangkan sedikit masa untuk membacanya okey???


Dengan memiliki sikap yang betul anda pasti berjaya seperti tokoh terkemuka. Ikuti apa yang boleh anda pelajari daripada mereka.°

  1. BEKERJA KUAT - tidak merungut bila menghadapi cabaran sebaliknya, mereka fokus dan hanya jangkakan yang terbaik..
  2. BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN - mereka mahu mempelajari perkara baru & berfikiran terbuka..
  3. UNIK DAN KREATIF - mereka sentiasa melihat peluang dalam setiap cabaran sementara orang lain melihatnya sebagai masalah..
  4. NIKMATI HIDUP PADA WAKTU SEKARANG - fokus utama mereka adalah kejayaan pada masa hadapan, mereka menjadikan memori pahit untuk bangkit semula & tidak menjadikannya alasan untuk tidak berjaya..
  5. MILIKI JARINGAN KENALAN YANG POSITIF - Bak kata pepatah, your network is your net worth.. Mereka tidak semestinya orang yang paling menyerlah dalam sesuatu kumpulan, kebanyakan individu yang berjaya lebih gemar bersikap merendah diri tetapi mereka memiliki karakter positif dan dikelilngi golongan yang memilik sikap yang sama. 
  6. BIJAK HADAPI MASALAH - apabila menghadapi masalah, mereka akan bertenang, menganalisis perkara tersebut daripada perspektif positif, bertanya soalan yang betul dan kemudian membuat keputusan yang tepat. Mereka tidak membiarkan emosi menguasai pemikiran mereka.
  7. LEBIH BERTANGGUNGJAWAB - individu yang berjaya tidak akan takut bertanggungjawab dan tidak menunding jari jika sesuatu tidak berjaya. Bagi mereka, kegagalan adalah jalan untuk berjaya.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...