Jumaat, Jun 15

Petanda Si Dia JODOH kamu

Assalammu’alaikum....Apa khabar READERS? Sihat? Alhamdulillah kerana masih diberikan lagi kesempatan kepada kita untuk hidup hari ini...ALHAMDULILLAH,THANKS TO ALLAH....bulan ni ana sibuk nak POST UPDATE  pasal cinta pada READERS semua...boleh?




Mereka adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka...(Al-Baqarah, 2:187)

Pakaian bagi diri masing-masing>>>


Fungsi pakaian pada manusia....melengkapkan gaya dan kehidupan....menutup aib dan aurat....menutupi kekurangan.....melindungi seluuh tubuh badan...menutupi sebahagian perhiasan, kecantikan dan keindahan yang Allah ciptakan pada diri masing2.....mengelakkan ransangan seks pada mata yang memandang.....

Ana samakan fungsi pakaian tu dengan pasangan READERS....setuju???


Rasulullah saw telah meriwayatkan: "Sesiapa yang meninggalkan  perkahwinan kerana takut kemiskinan maka, dia bukanlah daripada golonganku".

Dan dia antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu benar2 terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. (Ar-Rum, 30:21)

Dari jenismu sendiri>>> Pasangan manusia ialah manusia juga, bukan haiwan atau makhluk2 lain seperti jin dan lain2...mempunyai banyak persamaan dalam minat,adat dan kegemaran....Sekufu??? Allahu a’lam....

Cenderung>>> minat, suka sehingga sukar untuk membenci kekurangannya...kekurangannya kamu boleh terima dengan senang hati...dan tidak wujud perkataan benci dan marah kecuali kerana menyayanginya....semakin dicari kekurangannya, semakin terserlah rasa suka dan kagum terhadapnya....semakin dapat menerima kekurangannya....

Tenteram>>> tenang, gembira, senang hati bila bersamanya....kekurangan kamu dia terima dengan baik, begitu juga sebaliknya..aib diri masing2, dia anggap seperti aib sendiri tak akan dibocorkan serta diceritakan pada diri orang lain...maruah kamu,maruah dia...tengking herdik serta kutukan orang terhadapnya, rasa sakitnya sama seperti dilemparkan semua itu pada dirimu..teguran dan nasihatnya sama sekali tidak menjatuhkan maruah dan egomu, kamu boleh menerimanya dengan baik.... J

Kasih dan sayang>>> apabila melihat dan bersamanya akan bertambah rasa cintamu kepada Allah...dan Allah akan suburkan lagi rasa cinta kalian berdua...apabila melihatnya kamu berasa senang, begitu juga sebaliknya....kamu ingin bermanja serta ramah kepadanya begitu juga sebaliknya...Allah terbitkan rasa gembira, senang hati dalam diri kalian dan itulah bukti dan tanda kamu saling menyayangi....

Allahu a’lam....sekian dulu dari best stud celup, Assalammu’alaikum....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...