Assalammu’alaikum....Apa khabar
READERS? Sihat? Alhamdulillah kerana masih diberikan lagi kesempatan kepada
kita untuk hidup hari ini...ALHAMDULILLAH,THANKS TO ALLAH....bulan ni ana sibuk
nak POST UPDATE pasal cinta pada READERS
semua...boleh?
Mereka adalah pakaian bagimu dan kamu adalah
pakaian bagi mereka...(Al-Baqarah, 2:187)
Pakaian bagi diri masing-masing>>>
Fungsi pakaian pada manusia....melengkapkan gaya dan kehidupan....menutup aib dan aurat....menutupi kekurangan.....melindungi seluuh tubuh badan...menutupi sebahagian perhiasan, kecantikan dan keindahan yang Allah ciptakan pada diri masing2.....mengelakkan ransangan seks pada mata yang memandang.....
Fungsi pakaian pada manusia....melengkapkan gaya dan kehidupan....menutup aib dan aurat....menutupi kekurangan.....melindungi seluuh tubuh badan...menutupi sebahagian perhiasan, kecantikan dan keindahan yang Allah ciptakan pada diri masing2.....mengelakkan ransangan seks pada mata yang memandang.....
Ana samakan fungsi pakaian tu dengan
pasangan READERS....setuju???
Rasulullah saw telah meriwayatkan: "Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka, dia bukanlah daripada golonganku". |
Dan dia antara tanda-tanda
(kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu
sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan
antara kamu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu benar2 terdapat
tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. (Ar-Rum, 30:21)
Dari jenismu sendiri>>> Pasangan
manusia ialah manusia juga, bukan haiwan atau makhluk2 lain seperti jin dan
lain2...mempunyai banyak persamaan dalam minat,adat dan kegemaran....Sekufu??? Allahu
a’lam....
Cenderung>>> minat, suka
sehingga sukar untuk membenci kekurangannya...kekurangannya kamu boleh terima
dengan senang hati...dan tidak wujud perkataan benci dan marah kecuali kerana
menyayanginya....semakin dicari kekurangannya, semakin terserlah rasa suka dan
kagum terhadapnya....semakin dapat menerima kekurangannya....
Tenteram>>> tenang,
gembira, senang hati bila bersamanya....kekurangan kamu dia terima dengan baik,
begitu juga sebaliknya..aib diri masing2, dia anggap seperti aib sendiri tak
akan dibocorkan serta diceritakan pada diri orang lain...maruah kamu,maruah
dia...tengking herdik serta kutukan orang terhadapnya, rasa sakitnya sama
seperti dilemparkan semua itu pada dirimu..teguran dan nasihatnya sama sekali
tidak menjatuhkan maruah dan egomu, kamu boleh menerimanya dengan baik.... J
Kasih dan sayang>>> apabila
melihat dan bersamanya akan bertambah rasa cintamu kepada Allah...dan Allah
akan suburkan lagi rasa cinta kalian berdua...apabila melihatnya kamu berasa
senang, begitu juga sebaliknya....kamu ingin bermanja serta ramah kepadanya
begitu juga sebaliknya...Allah terbitkan rasa gembira, senang hati dalam diri
kalian dan itulah bukti dan tanda kamu saling menyayangi....
Allahu a’lam....sekian dulu dari
best stud celup, Assalammu’alaikum....
1 ulasan:
BETUL =)
Catat Ulasan