Lidah ingin berdalih,
otak dikerah melontarkan hujah
tetapi
hati melarang diri daripada berdusta pada nafsi sendiri...
Seribu kemaafan
dipinta kepada
semua FOLLOWERS AND READERS kerana
blog ini telah lama tidak dikemaskini...
blog ini telah lama tidak dikemaskini...
Minda sibuk mencari alasan
tetapi pepatah ada berkata,
hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih...
Tiada kesibukan yang tercipta kecuali
hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih...
Tiada kesibukan yang tercipta kecuali
jika jiwa dan minda disetkan mengatakan
penulisan ini adalah suatu bebanan...
penulisan ini adalah suatu bebanan...
Tipu, tipu dan tipu!
Siapa kata ana sibuk jika
ana terlalu asyik
membazirkan masa dengan sia-sia...
ISTIGHFAR dan muhasabah diri,
Demi masa
sesunggguhnya manusia kerugian. (Al-Asr: 1-2)..
Dua nikmat yang manusia selalu abaikan ialah
Dua nikmat yang manusia selalu abaikan ialah
nikmat masa lapang dan kesihatan...
Ya Allah,
jauhnya hambaMu ini daripada rasa bersyukur kerana
telah dikurniakan dua nikmat
ini sementara
ada orang telah Engkau tarik daripada mereka nikmat-nikmat
ini...
Apa yang telah aku lakukan untuk
menyatakan rasa syukurku kepadaMu ya
Allah?
Nabi Muhammad SAW sanggup bertahajud sehingga
bengkak kaki Baginda
semata-mata untuk
menyatakan rasa syukurnya kepadaMu wahai sang
Kholiq...
Siapalah aku ini ya Allah jika hendak dibandingkan dengan dia,
kekasihMu Muhammad SAW?
Begitu jauh nilai syukur dalam diri ini...
MasyaAllah, tak
mampu digambarkan penyesalan kerana
selama ini telah menjadi hambaMu yang kufur
terhadap nikmat-nikmatMu...
Hanya air mata yang terungkap di tubir mata
terhadap nikmat-nikmatMu...
Hanya air mata yang terungkap di tubir mata
mampu
menggambarkan rasa itu...
tiada kata-kata yang mampu mensyarahkan rasa sesal itu...
tiada kata-kata yang mampu mensyarahkan rasa sesal itu...
Istighfar,
tanya pada diri siapakah PenciptaKu?
Apa yang telah Dia kurniakan padaku?
Apa yang telah Dia kurniakan padaku?
Lihatlah orang yang dibawah,
yang ditimpa kesusahan tapi
tidak pernah terungkap kata-kata keluhan mereka kepadaMu
tidak pernah terungkap kata-kata keluhan mereka kepadaMu
hatta dalam detik hati mereka
malah limpahan rasa syukur terbit
apabila Engkau kurniakan hanya sedikit
nikmat kesenangan kepada mereka...
lihatlah orang yang hidup serba kekurangan
bandingkan pula dengan nasib diri...
Adakah aku lebih bernasib baik berbanding mereka?
Kenapa begitu sukar terungkap kalimah
ALHAMDULILLAH daripada lidah ini apabila
engkau wahai diri mendapat sesuatu kebaikan?
Bukankah ia datangnya dari Allah?
ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM itulah kekurangan diri...

Berpaling ke kiri, berpaling ke kanan...
Siapakah hambaMu yang paling bersyukur?
Bukan aku, bukan dia tetapi Baginda SAW...
Kenapa RasulMu yang Engakau uji dengan
kehilangan orang yang disayangi sejak
sebelum kelahirannya lagi
masih mampu menggambarkan rasa syukur
yang tidak terhingga padaMu tetapi
bukan kata-kata cacian atau sesalan?
Dihilangkan satu persatu orang yang disayangi daripadanya...
bapanya,ibunya,atuknya,isteri kesayangannya,bapa saudaranya
tetapi makin bertambah rasa syukur di hati Baginda kepadaMu....
butakah hati Baginda sehingga
ditutupkan rasa untuk menyalahkanMu?
Ya hatinya memang buta kerana
cintanya yang dalam dan tidak berbelah padaMu,
pada agamaMu...
Mampukah aku menandingi nilai syukur dalam
diri Baginda SAW itu?
Istighfar, muhasabah diri kerana
sebahagian takdir yang telah Engkau laksanakan atas diri ini,
disalahkan orang lain atas kesilapan yang
dibuat oleh tangan sendiri...
Ya Allah, aku yang bertanggungjawab atas kesilapan diriku...
Aku pohon keampuan daripadaMu atas segala dosa-dosaku
sama ada yang nyata atau
yang tersembunyi di dalam hati...
Jadikanlah aku, ibu bapaku, keluargaku,guru-guruku,
rakan-rakanku, Muslimin dan Muslimat semua
termasuk di antara hamba-hambaMu
yang bersyukur atas nikmatMu
dan termasuk dalam golongan yang sedikit...Aamiiiin...
Sekian, Assalammu’alaikum daripada best stud celup.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan